Rosinaldo Bual é candidato ao cargo de Deputado Estadual pelo partido PMN, coligação PMN. Eleições 2022.
Design: OmdesignLocation: PortugalProject Type: ProducedClient: Blandy'sProduct Launch Location: GlobalPackaging Contents: Madeira WinePackaging Substrate / Materials: Glass bottle, walnut wood, fabric, fine paper, medal of brassPrinting Process: relief, stamping foil, varnish Blandy’s Bual 1920 is the first wine of “Heritage Wine Collection”, a collection of Madeira wines of Blandy’s, one of the oldest companies of this…
CYBERJAYA: Syarikat studio kandungan digital, Bual Design Sdn. Bhd. menjangkakan sasaran pendapatan RM500,000 untuk menaik taraf bahan komunikasi jualan dan pemasaran dalam industri kesihatan dan teknologi pada 2025.
Interior Design Ideas
1959 Blandy's Bual Madeira
La Pollera Blanca está dentro de la categoría de las Polleras de Lujo y se confecciona de igual forma, es más apreciada por los pueblos para las fiestas de más importancia como: Bodas, Quinceaños y Re novación de Votos precisamente por la delicadeza de su trabajo y por lo que representa el color blanco para tan especial ocasión. La misma es también trabajada en otros tipos de telas como Organza, El Organdí, Letín y Bual.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi menjadi bual bicara para pengguna media sosial apabila memuat naik dua keping gambar yang menonjolkan teknik memasak. Meskipun mendapat kecaman berikutan muat naiknya pada 7 Jun lalu, Ahmad masih meneruskan pendiriannya untuk ‘mendidik’ rakyat Malaysia mengenai Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksana sejak April lepas. Ahli politik berusia 49 tahun itu memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasak itu sekitar jam 8 pagi menerusi akaun Twitter peribadi. “Sesekali sedia sarapan untuk keluarga. Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO”, ujarnya di Twitter. Muat naik yang dikongsi lebih dua ribu kali itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial: Salam tuan@ahmadmaslankenapa ada ridsect tepi masakan? Nak sembur muka org yg cakap tak sedap ke?— Fabulist / Syfq (@fabulistjiwa)June 14, 2015 @ahmadmaslanasal timun bnyk sngt dato,ingt nak buat masker kat muka,— famie (@fahmi_ahmd)June 14, 2015 @ahmadmaslanasal Kata GST akan turunkan harga barang..kenapa bagi tips untuk elakkan GST ?— wak(@maslan)June 14, 2015 @ahmadmaslanberapa kali nak tegur. Masak nasik goreng kena buang tangkai cili tu. masuk jugak dgn dahan-dahan sekali. Lambat pickup ke pe— REBEL (@AinulNunanaa)June 14, 2015
30 Jun 2015 1:36 AM Khalid Abu Bakar (empat dari kiri) melihat bungkusan kuih raya yang akan diagihkan kepada pegawai dan anggota polis yang bertugas ketika lebaran pada Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2015 di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Noor Rashid Ibrahim (empat dari kanan). UTUSAN/Farid Janudin KUALA LUMPUR 29 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Diraja Thailand (RTP) untuk menyoal siasat bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, 49, yang ditahan di negara itu, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, permohonan itu dilakukan sebelum suspek yang dikaitkan dengan kebocoran maklumat IMDB itu dihukum mengikut undang-undang negara tersebut. “PDRM menunggu apa sahaja hasil siasatan yang diperoleh polis Thailand. Namun begitu, kita turut membuat permohonan untuk menemu bual Justo di Thailand,” katanya dalam sidang akhbar, di Bukit Aman di sini hari ini. Mengulas lanjut, Khalid berkata, PDRM juga akan melakukan perbincangan dengan polis Thailand berhubung penahanan bekas eksekutif kanan itu sejurus wakil RTP tiba dalam satu lawatan rasmi di Bukit Aman pada 2 Julai ini. “Ketua Polis Thailand akan berada di sini pada minggu ini dan saya akan berbincang untuk mendapatkan langkah-langkah yang akan diambil selepas ini,” katanya. Ditanya tentang jumlah mangsa rakyat tempatan yang telah diperas ugut oleh Xavier Justo, Khalid enggan menjawab bagi menghormati siasatan yang dilakukan pihak berkuasa negara jiran. Malah beliau juga memberitahu, senarai nama individu yang dikaitkan dengan kebocoran maklumat IMDB juga belum dihantar ke Thailand untuk membantu siasatan. Xavier Justo ditahan sepasukan anggota Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Diraja Thailand (CSD) di sebuah rumah mewah di Ban Bang Makham, Tambon Angthong di pulau peranginan terkenal Koh Samui, Surathani pada 22 Jun lalu. Penahanan warga Switzerland itu dibuat selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiatan peras ugut yang membabitkan wang 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta). Xavier Justo dikatakan pernah menandatangani satu kontrak dengan syarikat itu agar tidak membocorkan maklumat sulit selain dibayar pampasan berjumlah lebih RM15 juta semasa dipecat kira-kira dua tahun lalu. Berdasarkan siasatan, polis mendapati Xavier Justo berdendam dengan bekas majikannya. Ini kerana selepas tidak mendapat wang yang diminta berjumlah RM10 juta daripada PetroSaudi, dia telah membocorkan maklumat termasuk menokok tambah sebahagian maklumat kepada syarikat pesaing dan pihak lain melalui e-mel. Sementara itu, dalam majlis penyerahan bungkusan kuih raya, Khalid berkata, sebanyak 4,500 bungkusan akan diagihkan kepada pegawai dan anggota yang berkhidmat pada hari lebaran nanti. Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis, Puan Sri Imran Ibrahim dan timbalannya, Datin Seri Shahriza Saad @ Mansor. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-hantar-permohonan-untuk-soal-siasat-justo-1.108942#sthash.kDzUHKPn.dpuf
Malaysia dengan pentadbiran yang sedia ada masih belum mencapai ciri-ciri sebuah tadbir urus yang baik atau 'good governance' kerana ia gagal menangani masalah rasuah dan ketirisan, kata bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah. Katanya terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan kedua-dua kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, contohnya dengan memberi penekanan kepada penggunaan sistem e-perolehan dan e-bidaan supaya kadar rasuah dan ketirisan dapat dikurangkan. "Infrastruktur untuk 'good governance' ini sudah disediakan. Contohnya, program transformasi kerajaan (GTP), di mana salah satu bidang keutamaannya ialah membasmi rasuah. "Infrastruktur sedia ada lain yang boleh dimanfaatkan ialah sistem atau teknologi e-perolehan dan e-bidaan. Saya difahamkan, ia sudah menjadi dasar supaya digunakan oleh agensi kerajaan. "Tetapi soalnya, berapa peratus sistem itu digunakan oleh semua agensi kerajaan? Jika dilaksanakan sepenuhnya, kita akan dapati kadar rasuah dan ketirisan akan berkurangan dengan sendirinya," kata ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu. Beliau berkata demikian pada satu sesi bual santai bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dalam program yang dinamakan Grand Discoffee malam tadi. Katanya, langkah terbaik mengatasi isu ketirisan dan rasuah negara ialah dengan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan kerajaan. "Sama ada kerajaan Persekutuan atau negeri atau tempatan atau institusi, ia melibatkan duit rakyat. Mesti memastikan keberkesanan dalam tugas kita. "Beberapa dasar sudah dimulakan di bawah GTP. Tetapi tidak tahulah sejauh mana ia diteruskan," katanya. Beliau juga menyarankan supaya satu tempoh tertentu ditetapkan bagi semua agensi kerajaan membuat persediaan sepenuhnya bagi melaksanakan GTP. "Dan diisytiharkan, mulai satu tarikh, tiada lagi kompromi," katanya. Seorang lagi panel jemputan, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, melalui pendedahan laporan ketua audit negara setiap tahun, dapat dikesan terlalu banyak ketirisan, pembaziran dan penyelewengan dalam kerajaan. Ia sekali gus menjawab persoalan sekiranya pentadbiran kerajaan sedia ada mempunyai ciri-ciri sesebuah tadbir urus yang baik. "Laporan tahunan ketua audit mendedahkan berlakunya banyak ketirisan, pembaziran, penyelewengan. Ini menunjukkan kerajaan kita terlalu leka, dan perkara tadbir urus ini memang ada banyak ruang untuk dipertingkatkan," katanya. Bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu berkata ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menambahbaik 'good governance.' "Kalau nak dipertingkatkan tidak susah... contohnya seperti langkah yang diambil Pulau Pinang dengan dasar tender terbuka, mengisytiharkan aset secara terbuka, tidak membenarkan wakil rakyat atau keluarga mereka berurusan dengan kerajaan untuk mendapat kontrak kerajaan dan sebagainya. "Itu antara usaha kecil yang boleh dilaksanakan dengan segera oleh kerajaan Persekutuan," katanya. Beliau juga menyeru agar kerajaan Persekutuan mengurangkan elemen orang tengah seperti yang dilakukan kerajaan negeri Pulau Pinang, kerana katanya, konsep orang tengah hanya menyumbang kepada peningkatan rasuah dan disifatkan sebagai berat sebelah. "Kalau hendak cerita pasal prestasi kerajaan Persekutuan. Banyak ketirisan yang sepatutnya boleh dibendung, seperti perbelanjaan untuk Istana Negara dan klia2. "Kerajaan kita harus elakkan kerajaan monopoli. Yang dipanggil 'state monopoly capitalism'," katanya yang menganggap konsep tersebut tidak cekap. Diskusi yang dianjurkan oleh pelajar universiti tersebut, sepatutnya dimulakan jam 8.30 malam tetapi tergendala kira-kira 30 minit ekoran anggota keselamatan universiti yang cuba menghalang ia dijalankan. Menurut presiden Discoffee, Adam Roslan, ia merupakan kali pertama diskusi seperti itu diganggu pihak keselamatan. Adam berkata, diskusi tersebut bertujuan memberi pencerahan kepada pelajar mengenai isu semasa yang berbangkit pada masa kini dan tidak ada sebarang tujuan politik. Sebelum ini, mereka pernah menjemput Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Lokman Adam berdiskusi mengenai isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Tujuan asal bukan untuk berpolitik tetapi untuk mendidik dan membudayakan ilmu di universiti. Pihak universiti tidak ada masalah, tetapi pihak keselamatan. "Ini pertama kali kami diganggu. Sedangkan semasa sesi Ong dan Lokman, kami tidak pernah diganggu," katanya. sumber
THE HAGUE 27 Ogos - Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar. Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17, Datuk Dr. Zahari Noh (gambar) berkata, kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA yang prosesnya mengambil masa panjang. "Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti. "Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya. "Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini," katanya di sini. Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang itu berkata demikian sewaktu temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini. Dr. Zahari menjelaskan, dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi). Katanya, selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga. Jelas beliau, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti. "Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom. "Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Apabila semua sudah setuju, baru sahkan identiti jenazah. "Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi," katanya. Dr. Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta. Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti, jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting. Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar. Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata, setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa. "Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia. "Prosedur di sini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi," katanya. Tegas Dr. Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak. "Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia. "Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini. Dr. Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera. "Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti. Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air. Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas. Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_03/Fasa-mencabar-kenal-pasti-jenazah#ixzz3BeRTOJWz © Utusan Melayu (M) Bhd