Naskah drama titah - Download as a PDF or view online for free
Apanama
HULU SELANGOR: Kerajaan digesa supaya bersikap adil terhadap pematuhan undang-undang termasuk berhubung ketaatan kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang merupakan pengerusi dalam Lembaga Pengampunan.
Hedonism is NOT a dirty word. In fact, it's necessary in this life! Click to read the Wandering Ex-Housewife's The Hedonism Handbook review.
#filsafat#aksarajawa Ya: Yakin marang samubarang tumindak kang dumadi – yakin atas titah/kodrat Illahi
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI dan SAFINA RAMLI [email protected] Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah menerima titah ucapan daripada Mukhriz Tun Mahathir (kiri) pada majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darulaman di Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi ALOR SETAR 11 Ogos - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dukacita berikutan terdapat banyak kejadian yang menggugat keharmonian kaum dan agama kebelakangan ini. Baginda bertitah, ketegangan agama dan ideologi perkauman yang berlaku dalam masyarakat terutamanya melalui media sosial membayangkan sikap tidak beradab terhadap pelbagai keputusan yang dimuktamadkan oleh datuk nenek semua warga. "Ketika ini, terlalu ramai anak-anak muda yang menyampaikan pandangan dan fikiran melalui media sosial tanpa mempedulikan sensitiviti hubungan antara kaum, agama, tradisi dan adat resam. Tanpa kebijaksanaan datuk nenek kita ketika mencapai kemerdekaan, maka ramai keturunan kini mungkin menjadi rakyat tanpa negara. "Dengan demikian, adalah amat wajar semua pihak faham dan sentiasa hormat dengan asas-asas kehidupan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda. Tuanku Abdul Halim bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Teks titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. Yang turut hadir, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tuanku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim serta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Tuanku Abdul Halim turut menasihatkan rakyat jelata agar memelihara negeri dan negara sebaik-baiknya supaya kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi dapat dipertahankan selama-lamanya. "Apabila kita bersengketa antara kita dan tamak haloba maka kita sanggup mengamalkan rasuah hingga menjual maruah bangsa dan agama sehingga anak cucu kita akan menderita," titah baginda. Baginda bertitah, sistem pendidikan nasional yang bersepadu boleh dijadikan pemangkin utama perpaduan sekali gus mengatasi perbuatan yang menggugat keharmonian kaum dan agama. Titah baginda, sarjana sosiologi pendidikan tersohor, E.D Hirsch melalui bukunya 'Cultural Literacy' menyatakan pendidikan adalah unsur terpenting dalam mewujudkan perpaduan rakyat di sesebuah negara. Titah baginda, Hirsch menyarankan bahawa masyarakat yang bersatu padu hanya dapat dibentuk melalui satu sistem pendidikan nasional yang bersepadu. "Peribahasa Melayu mengatakan, kalau ingin melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. "Justeru beta percaya sekiranya kita ingin memupuk perpaduan yang kental dalam kalangan rakyat, maka pendidikan boleh menjadi pemangkin utama," titah baginda. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140812/dn_02/Sultan-dukacita#ixzz3A8n34QeC © Utusan Melayu (M) Bhd
wartalive.co.id – Kapolres Tapanuli Selatan (Tapsel), AKBP Imam Zamroni, SIK, MH, menegaskan bahwa, sepanjang waktu, pihaknya terus melakukan kegiatan maupun tindakan ke para preman. Terutama, yang meresahkan masyarakat. Hal tersebut merupakan perwujudan pelaksanaan titah Kapolda Sumut, Irjen Pol Drs RZ Panca Putera Simanjuntak, MSi, ke Kapolres jajaran Polda Sumut. Yang mana, Kapolda meminta Kapolres untuk […]
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD [email protected] SULTAN Sharafuddin Idris Shah ketika bertitah dalam Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang, Selangor, semalam. - Utusan/RASHID MAHFOF SEPANG 15 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini amat kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di bawah undang-undang. Baginda bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk. "Kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," titah baginda lagi. Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang, di sini hari ini. Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada 17 Jun lalu, Khalid dan beberapa pemimpin Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan. Khalid berkata, kajian semula enakmen itu adalah perlu berikutan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu. Dalam titah ucapannya, Sultan Selangor turut meminta Khalid pada masa depan supaya lebih berwaspada di dalam mengeluarkan kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadab serta jahil apabila membicarakan isu berkaitan kuasa baginda selain peranan MAIS dalam menasihatkannya mengenai agama Islam. "Khalid yang bukannya anak jati Selangor, namun berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil langkah untuk melengkapkan diri memahami sejarah negeri Selangor. "(Dan) mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor," titah baginda. Terdahulu, Sultan Sharafuddin dalam titahnya melahirkan rasa dukacita kerana terdapat dalam kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai beragama Islam sendiri tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak tertentu. "Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. "Ada dalam kalangan mereka ini berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Selangor ini," titah baginda. Dalam pada itu, Sultan Selangor menegaskan MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain dalam mengamalkan ajaran mereka. Titah baginda, MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain," titah baginda. Sultan Selangor sekali lagi mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak menjadikan agama Islam sebagai modal politik. "Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara," titah baginda. Selain itu, baginda turut mengingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempatan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di dalam mahupun di pekarangan masjid. "Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu beribadat serta bertemu bagi mengeratkan silaturahim antara orang Melayu umat Islam," titah Sultan Sharafuddin. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140716/dn_01/Sultan-Sharafuddin-murka#ixzz37mLyGyrd © Utusan Melayu (M) Bhd
Tuanku Abdul Halim zahir kebimbangan lihat situasi masa kini JAMLIAH ABDULLAH | 19 Januari 2015 2:23 AM Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (dua dari kiri) berkenan memeriksa perbarisan kehormat pada Istiadat Perbarisan Kehormat Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-87 di Dataran Balai Besar, Alor Setar, semalam . – BERNAMA ALOR SETAR 18 Jan. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menzahirkan kebimbangan mengenai hubungan antara kaum dan agama dalam kalangan rakyat yang dilihat semakin rapuh. Titah baginda, sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum dan agama yang dipelopori sejak merdeka hingga kini seolah-olah tidak diutamakan. ‘‘Dengan izin Allah SWT, beta telah bersemayam di takhta selama 57 tahun. Walaupun pelbagai peristiwa beta saksi sepanjang pemerintahan, beta tidak pernah berasa begini bimbang dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin rapuh. ‘‘Kebebasan dan hak bersuara tanpa batasan akan mengundang reaksi balas daripada pihak yang tersinggung. Malah, Perlembagaan Persekutuan secara jelas digubal untuk mengelak daripada tercetusnya konflik dalam kalangan rakyat. ‘‘Jika rakyat cintakan keamanan dan kedamaian seperti beta, maka gunakanlah kebebasan dan hak bersama ini dengan berhemah,’’ titah Tuanku Abdul Halim dalam Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-87 di Istana Anak Bukit di sini hari ini. Teks baginda dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tuanku Temenggong Datuk Seri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. Justeru, Tuanku Abdul Halim bertitah menggesa rakyat tidak mengambil tindakan provokasi yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat dan sentimen perkauman. ‘‘Keadaan negara yang aman dan selamat merupakan prasyarat utama bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dan menarik masuk pelaburan. Apa yang berlaku di beberapa negara lain boleh dijadikan contoh dan teladan,’’ titah baginda. Tuanku Abdul Halim turut menzahirkan kebimbangan dengan pembabitan rakyat negara ini dalam kegiatan dan fahaman ekstremisme sehingga sanggup menjadi pengganas berani mati di negara asing. ‘‘Ibu bapa disaran mengawasi anak-anak supaya menghindari mereka daripada terjebak dengan fahaman yang sebenarnya menyimpang daripada ajaran agama sebenar. ‘‘Beta berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam akan dapat meneruskan usaha pemantapan fahaman ajaran Islam dalam kalangan rakyat, sekali gus menghindarkan umat Islam daripada tercicir pegangan dan amalan yang sebenar,’’ titah baginda. Baginda menyeru semua rakyat memastikan projek pembangunan serta kegiatan sosioekonomi yang dirancang tidak menjejaskan alam sekitar, sekali gus menyebabkan bencana alam. Titah baginda, semua pihak perlu bertanggungjawab memelihara alam sekitar dengan berkesan demi mengelakkan bencana alam seperti banjir di Pantai Timur baru-baru ini. “Elakkanlah daripada menarah bukit, melakukan pembalakan haram, pembakaran terbuka dan pembuangan sampah yang tidak terkawal,” titah Tuanku Abdul Halim. Dalam perkembangan lain, Tuanku Abdul Halim turut menzahirkan keinginan untuk melihat cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Sungai Petani oleh kerajaan negeri menjadi kenyataan. ‘‘Adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan akan segera meluluskan cadangan kerajaan beta untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. ‘‘Beta yakin pembinaan projek tersebut dapat mencetuskan pertumbuhan ekonomi bagi negeri-negeri di wilayah utara,’’ titah baginda. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hubungan-kaum-agama-semakin-rapuh-1.49543#sthash.Z3v7gLvw.dpuf
TUANKU Sharafuddin Idris Shah bersama Addul Khalid Ibrahim (lima dari kiri), Ahmad Zaharin Mohd. Saad (lima dari kanan) bergambar bersama pegawai kanan JAIS sempena Majlis Ramah Mesra Sultan Selangor Bersama Warga Kerja Jabatan Agama Islam Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah SHAH ALAM 8 Ogos - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diminta mengelak daripada terlibat dalam mana-mana parti politik bagi memastikan tumpuan serta fungsi kedua-dua institusi itu dalam memartabatkan agama Islam di negeri ini tidak dicemari dengan agenda pihak tertentu. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ketika ini terdapat segelintir ahli politik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan MAIS dan JAIS untuk mencapai agenda politik mereka. "Beta tidak mahu perkara ini berlaku di Selangor. Beta mahu agar semua pihak di MAIS dan JAIS mengelakkan diri dari terlibat dalam agenda politik mana-mana parti sekalipun. "Beta mahu JAIS dan MAIS kekal sebagai institusi yang berkecuali dan menumpukan fungsinya dalam memartabatkan agama Islam di Selangor yang beta kasihi ini," titah baginda pada Majlis Mengadap Sultan Selangor oleh Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Yang turut hadir mengiringi baginda pada majlis itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi; Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dan Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad. Terdahulu, dalam titah berkenan, baginda turut mengingatkan JAIS supaya mempunyai satu prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap dan kemas bagi memastikan hanya mereka yang melakukan kesalahan di bawa ke muka pengadilan selain tidak bertindak secara kasar serta keterlaluan termasuk mengenepikan hak seseorang individu di bawah undang-undang. "Prosedur yang teratur ini penting bagi memelihara nama baik JAIS kerana terdapat golongan tertentu yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempertikaikan setiap tindakan dan kredibiliti JAIS dalam menjalankan tugas," titah baginda. Selain itu, Sultan Sharafuddin juga mahu JAIS bertindak dalam lingkungan tugas yang melibatkan kesalahan terhadap isu agama Islam sahaja tanpa menganggu tugas serta bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penguatkuasaan terhadap rumah-rumah urut dan sebagainya bagi mengelak tohmahan terhadap jabatan itu. "Beta menasihatkan supaya JAIS memberi penekanan yang lebih kepada penguatkuasaan kes yang lebih berat dan penting seperti kes melibatkan ajaran agama Islam, isu murtad, ceramah tanpa tauliah dan ceramah politik di masjid dan surau yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan merosakkan akidah serta menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam. "JAIS juga perlu memberi penekanan kepada orang ramai mengenai fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan teras aliran kepercayaan orang Islam di negara kita," titah baginda. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140809/dn_14/Elak-terlibat-agenda-mana-mana-parti-politik#ixzz3A2SAfrFB © Utusan Melayu (M) Bhd KOMEN : KALAU NAK BERPOLITIK SANGAT BERHENTI KERJALAH...
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR 7 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah mahu semua rakyat berganding bahu dan bersatu tenaga dengan pihak pemerintah supaya segala yang dirancang dan dicita-citakan menjadi kenyataan. Seri Paduka bertitah tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta nama hanya dengan bergantung kepada inisiatif pemerintah dan pentadbir sahaja tanpa sokongan warganya. "Tanggungjawab mempertahan, membangun dan mendaulatkan negara yang bertuah ini terletak di bahu setiap warganya. "Beta percaya dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat antara pemimpin dan rakyat, pelbagai kejayaan akan terus dilakar oleh negara pada masa depan," titah Tuanku Abdul Halim di istiadat menghadap dan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena hari ulang tahun kepute-raan rasmi Seri Paduka di Istana Negara di sini, hari ini. Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut menghulurkan salam takziah kepada seluruh kerabat diraja dan rakyat Perak di atas kemang-katan Sultan Azlan Shah dan berdoa semoga Allah memberi ketenangan, ketabahan dan kekuatan kepada kerabat-kerabat diraja Perak. Seri Paduka berdua turut mendoakan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 supaya diberi kekuatan dalam menghadapi situasi yang sukar. Tuanku Abdul Halim bertitah bahawa baginda menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha dalam operasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia itu. Baginda turut bertitah berhubung kepentingan untuk kembali kepada landasan sebenar asas-asas penubuhan negara seperti yang dihasratkan pemimpin terdahulu. Titah baginda, semua rakyat berbilang kaum di negara ini perlu mengukuhkan perpaduan dengan memupuk perasaan hormat-menghormati dan kesederhanaan dalam menjalani kehidupan. "Beta bersyukur di atas keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara selama ini dan berdoa agar nikmat ini dapat terus dikecapi," titah baginda. Tuanku Abdul Halim percaya perpaduan yang kental juga dapat menyelamatkan negara daripada pelbagai ancaman sama ada musuh negara, wabak penyakit mahupun bencana alam. Selain itu, Seri Paduka juga bertitah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah berjaya mencapai kejayaan melebihi sasaran keseluruhannya pada tahun 2013. Namun, baginda bertitah pihak kerajaan tidak boleh berasa puas hati dan selesa kerana banyak ruang dan ikhtiar yang perlu digembleng untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang. "Negara telah menempa banyak kejayaan termasuk berjaya keluar daripada kadar kemiskinan pada tahap lebih 60 peratus kepada 1.7 peratus pada 2012 dengan kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya," titah baginda. Tuanku Abdul Halim percaya negara berada di landasan yang betul dalam menuju negara maju menjelang 2020 berdasarkan petunjuk sahih yang diiktiraf oleh badan-badan di peringkat global. Seri Paduka turut bertitah menyokong usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan ketelusan tadbir urus melalui konsep ketelusan yang mantap dan pembanterasan rasuah sehingga membolehkan negara memperoleh kedudukan lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah 2013. Namun baginda bertitah masih banyak lagi yang perlu dilakukan di peringkat kerajaan, swasta dan seluruh rakyat untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140608/dn_01/Rakyat-pemerintah-diseru-bersatu#ixzz34769qsNw © Utusan Melayu (M) Bhd
Sultan Nazrin Shah sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan titah ucapan pada majlis perasmian Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan majlis berbuka puasa di Batu Gajah, Perak, semalam. - BERNAMA BATU GAJAH 30 Jun - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menjunjung wasiat arwah ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk merasmikan sebuah masjid bernilai RM21 juta di sini yang dibina semula serta diperkenankan untuk dinamakan sempena nenda baginda, Toh Puan Besar Hatijah sebagai pewakaf tanah tersebut pada 1930-an. Bangunan pertama yang dirasmikan Sultan Nazrin selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 itu siap dibina semula pada tahun lalu dan telah diwasiatkan oleh Almarhum untuk dirasmikan pada bulan Ramadan tahun ini selain diadakan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat. "Almarhum tidak sempat bersolat di masjid yang telah dibina semula ini. Sepanjang hayat, Almarhum terlibat secara langsung dan tidak langsung menasihati, mengawasi dan memantau pelbagai projek membina bangunan merangkumi istana, mahkamah, stadium, institusi pendidikan, galeri dan rumah kediaman. "Projek pembinaan masjid ini merupakan pembinaan terakhir yang Almarhum telah berikan tumpuan dan terlibat secara langsung," titah baginda sempena perasmian masjid tersebut dan majlis berbuka puasa di sini. Terdahulu, Sultan Nazrin bersama adinda baginda, Raja Datuk Seri Azureen dan Raja Datuk Seri Eleena serta kerabat diraja yang lain menziarahi makam Toh Puan Besar Hatijah di Tanah Perkuburan Segedup berhampiran masjid tersebut. Masjid yang asalnya diperbuat daripada kayu telah dirobohkan sebelum diganti dengan binaan berasaskan batu-bata pada 1970-an. Pada akhir tahun 2006, Almarhum Sultan Azlan Shah menitahkan agar masjid tersebut dibina semula dan pembinaannya telah dimulakan pada 9 Oktober 2008. Almarhum memberikan sepenuh perhatian apabila memantau dan mengawasi kerja-kerja pembinaan semula masjid itu dengan mengadakan lawatan tapak malah baginda turut memberikan sentuhan peribadi terhadap reka bentuk, hiasan dalaman dan komposisi kompleks masjid tersebut. Rumah Allah yang diperkenankan Almarhum untuk dinamakan sebagai Masjid Toh Puan Besar Hatijah melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada seorang bonda selain peringatan kasih sayang baginda terhadap seorang kakanda berikutan dewan serba gunanya turut dinamakan sebagai Dewan Raja Baharum Baha'uddin Shah. Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, walau sejauh mana merantau serta mencapai kejayaan, Almarhum sentiasa mencari masa untuk kembali memijakkan kaki di bumi Batu Gajah yang menjadi menjadi tempat baginda diputerakan. Menurut Sultan Nazrin, baginda juga sentiasa menghargai dan terus mendampingi rakan-rakan sepermainan dan sepersekolahannya di Batu Gajah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, agama dan kaum. "Demikian dalamnya ingatan Almarhum kepada bumi dan alam persekitaran Batu Gajah. Rumah Allah ini adalah hadiah kenangan daripada Almarhum kepada masyarakat Batu Gajah yang sangat nostalgik dalam ingatan baginda. "Semoga usaha Almarhum membangunkan kemudahan fizikal ini akan disambut dan dilengkapi oleh ahli-ahli qariah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti agar masjid ini menjadi masjid yang hidup, diimarahkan setiap masa dan sepanjang waktu," titah baginda. Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, masjid berfungsi sebagai institusi asas lagi utama untuk mendukung peranan mengembangkan syiar Islam selain berperanan sebagai tapak semaian mencanai minda berilmu dan membina sahsiah insan. "Masjid tidak sekadar pusat untuk melakukan ibadah solat malah telah dan hendaklah terus berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu, perkembangan budaya dan turut berperanan sebagai pusat membangunkan masyarakat," titah baginda. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140701/dn_18/Sultan-Nazrin-tunaikan-wasiat-Almarhum-Sultan-Azlan-Shah#ixzz36lFuVBH5 © Utusan Melayu (M) Bhd
24 Mac 2015 1:55 AM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melafazkan titah ikrar sebelum Istiadat Kemahkotaan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, Johor Bahru, semalam. Ihsan Kerajaan Negeri JOHOR BAHRU 23 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berikrar akan memelihara kesucian agama Islam, kehormatan adat istiadat Melayu dan kepentingan semua rakyat bangsa Johor. Baginda turut berikrar untuk menjaga kedaulatan raja dan kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim serta memerintah negeri Johor dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa. “Bahawa sesungguhnya saya berikrar dan berjanji dengan limpah kurnia dan izin Allah Subhanahu Wata'ala, saya akan memerintah negeri Johor dengan adil dan saksama serta timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk negeri ini dengan mengikut undang-undang dan adat resam mereka yang tidak bertentangan dengan undang-undang negeri ini. “Saya juga berikrar akan memelihara kesucian agama Islam, kehormatan adat istiadat Melayu dan kepentingan semua rakyat bangsa johor serta menjaga kedaulatan raja dan kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim. Ya Allah, peliharakan kami semua,” ikrar baginda pada Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor di Istana Besar, di sini hari ini. Dalam istiadat itu, Mahkota Kerajaan itu diletakkan di kepala Sultan Ibrahim oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin. Tahrir kemudian turut meletakkan Mahkota Permaisuri di kepala Raja Zarith Sofiah dengan diiringi bacaan selawat. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-ibrahim-berikrar-pelihara-8232-islam-jaga-kedaulatan-raja-1.73115#sthash.THehIEz9.dpuf
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menandatangani dokumen perisytiharan baginda sebagai Sultan Perak yang baharu di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.- BERNAMA PERISYTIHARAN Raja Dr. Nazrin Shah, 58, sebagai Sultan Perak yang ke-35 disambut penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat jelata. Membawa gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, pelantikan baginda dilihat sebagai penyambung naungan diraja bagi bumi bertuah, Perak Darul Ridzuan. Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ini bakal meneruskan legasi ayahandanya sebagai raja yang bijaksana, berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat. Berbeza dengan negeri-negeri beraja lain di negara ini yang menabalkan anak sebagai pewaris selepas kemangkatan Sultan, pemilihan Raja Pemerintah di Perak agak unik kerana perlu mengikut hierarki sistem penggiliran Kesultanan Perak. Justeru sejurus kemangkatan Sultan Perak ke-34 petang kelmarin, mesyuarat khas Dewan Negara Perak diadakan bagi menentukan pengganti yang akan menerajui takhta pemerintahan negeri. Keputusan melantik Raja Dr. Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas itu yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin. Istiadat pelantikan dan perisytiharan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 kemudiannya disempurnakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda di Makam Diraja Kuala Kangsar. Sultan Nazrin Shah yang berkahwin dengan Tuanku Zara pada 2007, dikurniakan seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, 4, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, 2. Baginda dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Februari 1984. Mengikut hierarki sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah pada galur ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan. Kedudukan di bawah Raja Kecil Besar ialah Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah dan Raja Kecil Bongsu. Pada 1987, apabila Raja Muda, Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, Raja Di-Hilir pada masa itu telah memberi laluan kepada Sultan Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia. Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak mulai April 1989 hingga 1994. Sultan Nazrin Shah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, melanjutkan pelajaran menengah di St. John Institution. Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Falsafah, Politik dan Ekonomi daripada Universiti Oxford. Sekembalinya dari luar negara, baginda bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Petronas dari 1979 hingga 1983. Baginda kemudian menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam di Kennedy School of Government, Universiti Harvard. Sultan Nazrin Shah yang juga Pro-Canselor Universiti Malaya turut menjadi Felo Kehormat Kolej Worcester, Universiti Oxford. Tahun lepas, baginda dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Universiti Oxford serta Ahli Pemegang Amanah Pusat Kajian Islam universiti tersebut. Selain itu, Sultan Nazrin Shah ialah Felo Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS). Baginda juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak serta Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC). Mengikuti jejak ayahandanya, Sultan Nazrin Shah pernah memegang jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia selain menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak. Baginda pernah menerima Anugerah Melvin Jones Fellowship daripada Lions International Foundation berpangkalan di Chicago, anugerah tertinggi yang diberikan kepada individu untuk khidmat kemanusiaan, selain menerima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2012. Terkenal dengan sifat merendah diri dan berjiwa rakyat, baginda turut mengejutkan banyak pihak apabila menolak dengan hormat peruntukan kerajaan negeri untuk urusan perkahwinan pada 2007. Semasa Istiadat Menghadap Sembah Titah Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-86 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah pada 19 April lalu, baginda bertitah bahawa fungsi raja dalam kerajaan adalah memerintah dan bukannya mentadbir. Raja titah baginda, menjadi payung kedaulatan negara, memberi naungan saksama kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum atau agama. "Institusi raja bukanlah 'cermin lama untuk melihat wajah yang telah tua' dalam sistem pentadbiran negara. Institusi raja juga bukan hiasan, sebaliknya adalah institusi utama yang termaktub secara perundangan dalam Perlembagaan negara. "Ini terbukti apabila 10 peratus iaitu 19 daripada 183 Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara-perkara berkaitan dengan raja. Ini bermakna Malaysia yang mengamalkan kerajaan berkonsepkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen telah memperuntukkan secara perundangan peranan dan tanggungjawab tertentu kepada raja pemerintah," titah baginda. Dan seluruh rakyat jelata khususnya di Perak meyakini Sultan Nazrin Shah akan membawa tenaga kepada institusi raja agar terus bersifat dinamik dalam menghadapi tuntutan dan cabaran semasa. Daulat Tuanku! Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140530/re_01/Sultan-bijaksana-berjiwa-rakyat#ixzz33AEIu1pz © Utusan Melayu (M) Bhd
02 Mac 2016 2:16 AM Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Anugerah Bisnes Utusan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam KUMPULAN Utusan bermula dengan penubuhan Utusan Melayu Press Limited yang diperbadankan di Singapura pada 1938. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, diterbitkan dalam tulisan Jawi dilancarkan pada 29 Mei 1939. Akhbar Utusan Melayu diterbitkan, tidak sekadar untuk memenuhi keperluan masyarakat Melayu yang ketika itu, majoritinya lebih celik tulisan Jawi, tetapi Utusan Melayu telah memainkan peranan yang jauh lebih besar lagi signifikan, berperanan sebagai pencanai minda serta jurubicara yang menyuarakan pendirian dan tuntutan bangsa. Akhbar Utusan Melayu, berperanan penting sebagai medium yang telah mencetuskan kesedaran bangsa, meniupkan semangat kebangkitan bangsa dan menggemakan suara bangsa hingga sampai ke cuping telinga pihak berkuasa Inggeris. Utusan Melayu turut berperanan sebagai tapak semaian yang telah menunaskan daya pemikiran kritis di kalangan anak bangsa hingga berjaya menghasilkan angkatan pemikir, cendekiawan dan inteligensia Melayu. Utusan Melayu juga adalah tempat yang turut menyalakan puntung-puntung perjuangan, lalu membara keberanian bangsa untuk bangkit menuntut kemerdekaan watan. Amatlah pilu di hati, amatlah terhiris jantung bangsa, apabila akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi, terpaksa dihentikan penerbitannya atas timbangan yang diletakkan di dacing perniagaan. Huruf dan tulisan Jawi, bersumberkan huruf yang terkandung di dalam kitab al-Quran, huruf dan tulisan Jawi telah lama berakar di bumi ini dan adalah sebahagian daripada budaya dan identiti bahasa Melayu, huruf dan tulisan Jawi mendapat tempat utama dalam persuratan Melayu, berperanan sebagai huruf yang digunakan dalam urusan surat-menyurat utama dan watikah penting Raja-raja Melayu dan kekal digunakan di istana sehingga hari ini. Amat menghibakan apabila huruf dan tulisan Jawi menghadapi nasib malang, terkubur tanpa nisan dengan pemberhentian penerbitan akhbar Utusan Melayu. Lebih menghibakan, apabila hayatnya ditamatkan, bukan ketika negara diperintah oleh kuasa penjajah, tetapi akhbar Utusan Melayu dikuburkan tanpa talkin dalam sebuah negara merdeka, pada waktu bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, ketika orang Melayu masih memiliki kuasa politik dan pada waktu anak-anak Melayu yang terpelajar masih diberikan amanah menerajui pelbagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berjaya menunjukkan keuntungan besar kewangan. Nasib malang akhbar Utusan Melayu yang berakhir di liang lahad, adalah manifestasi yang membuktikan betapa lemahnya semangat jati diri Melayu untuk mempertahankan satu warisan bangsa dan manifestasi yang menunjukkan betapa tipisnya semangat nasionalisme yang mengalir dalam darah bangsa. Utusan Melayu tidak hanya sebuah akhbar; akhbar Utusan Melayu ialah sebuah institusi bersejarah milik bangsa yang amat berjasa dalam memperjuangkan martabat bangsa. Begitu mudah bangsa melupakan jasa dan perjuangan sebuah institusi bersejarah, betapa mudahnya sikap kacang lupakan kulit berlaku hanya selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, dalam kalangan mereka yang sudah mendapat nikmat hasil daripada perjuangan akhbar Utusan Melayu. Bangsa begitu cepat lupa, bahawa kejayaan sebahagian besar daripada mereka pada hari ini, menjadi kapten pelbagai konglomerat, industri dan syarikat perniagaan, telah dijaguhkan oleh suara perjuangan yang digemakan oleh akhbar bertulisan Jawi itu. Ketika menghadapi hari-hari terakhir hayatnya, beta disembah maklumkan Utusan Melayu ketika memohon dan merayu untuk mendapatkan sokongan, telah dilayani bagaikan pengemis jalanan oleh cerdik pandai Melayu yang menjadi kapten pelbagai konglomerat, industri dan syarikat perniagaan, yang tidak langsung menunjukkan semangat mahu membantu, memberikan talian hayat untuk penerusan satu warisan bangsa yang amat berharga. Malah akhbar bertulisan Jawi itu, diperlekeh kerana dianggap tidak ada nilai komersial. Terkuburnya satu warisan bangsa, tanpa diberikan pembelaan, tanpa ditangisi, tanpa disedari malah tanpa dihiraukan dan dipedulikan, adalah satu tamparan yang sepatutnya menyedar dan menginsafkan bangsa, betapa rapuhnya semangat daya tahan dan betapa tipisnya jati diri bangsa hingga tergamak membenarkan anak di riba mati tak makan. Sejak ditubuhkan 78 tahun lalu, Kumpulan Utusan telah mengharungi perjalanan yang panjang dan telah mencipta pelbagai sejarah. Pada pagi ini, Kumpulan Utusan merintis inisiatif baru dalam hasrat dan usaha mahu melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Anugerah Bisnes Utusan. Anugerah ini adalah satu lagi usaha berterusan Kumpulan Utusan untuk sama-sama mendukung wawasan negara ke arah membentuk sebuah komuniti idaman yang makmur lagi sejahtera. Anugerah mengiktiraf pencapaian syarikat-syarikat perniagaan telah banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dengan pelbagai tujuan. Penganjuran Anugerah Bisnes Utusan ini sekali gus menandakan ‘gergasi’ yang senantiasa wujud dalam Kumpulan Utusan Melayu kini kembali bangkit. Anugerah ini juga menandakan Kumpulan Utusan Melayu kini turut melangkah untuk melebarkan penglibatan Kumpulan dalam segmen perniagaan berprestasi tinggi, di samping tetap berusaha mengekalkan peranan sebagai penerbit akhbar berbahasa Melayu yang berwibawa dan berwawasan, yang akan terus memastikan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kekal terjamin dan tidak tergugat. Berasaskan konsep, keanggotaan panel penilai, kriteria pemilihan dan senarai penerima ulung Anugerah ini, Kumpulan Utusan telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah organisasi yang menghayati semangat satu Malaysia dan bukannya sebuah organisasi yang mengamalkan fahaman rasis. Kelantangan Utusan menyuarakan isu-isu berkaitan Melayu selama hari ini bukan perkara baru; kelantangan tersebut adalah satu penerusan dasar yang menjadi asas pegangan sejak penubuhannya. Peranan tersebut tidak bermakna dan sama sekali tidak boleh disimpulkan bahawa Utusan bersikap memusuhi dan membenci kaum-kaum lain. Semasa menzahirkan titah, bertemakan ‘Permuafakatan dan Perpaduan Nasional’ di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 8 Julai 2013, Beta telah memetik contoh rencana tulisan Zaini Hassan membela Melissa Gooi yang dilaporkan, ditahan oleh pihak keselamatan untuk membantu siasatan kerana dikatakan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Facebook. Episod Melissa Gooi dan pembelaan Utusan Malaysia, meningkatkan keyakinan beta bahawa majoriti rakyat di negara ini tidak bersifat rasis; di sebaliknya mereka adalah insan-insan berjiwa rasional - berfikiran waras. Susulan penahanan Melissa Gooi, Zaini Hassan telah menulis rencana yang diterbitkan di muka surat 11, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Jun 2013, bertajuk “Salahkah Melissa Gooi? Ajarlah Asas Perlembagaan di sekolah.” Zaini Hassan antara lain telah menyentuh perkara-perkara berikut; Petikan: “Saya tidak salahkan Melissa Gooi yang mencetuskan kisah menghina Yang di-Pertuan Agong dalam Facebooknya. Sebenarnya Melissa dan rakan-rakan Facebooknya, Shuh Chien Loo, Hun Kiet Wong, Carol Tay yang berbicara mengenai titah Yang di-Pertuan Agong itu mungkin tidak kenal pun siapa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mereka tidak tahu pun fungsi-fungsi Baginda... ...Kisah Melissa Gooi seharusnya menjadi satu teladan oleh kita semua, juga oleh Kerajaan BN yang diberikan mandat baru ... ...Bukan masa lagi mahu menongkat dagu memandang ke langit. Sesuatu harus dilakukan terhadap orang seperti Melissa yang semakin hari, semakin tahun, semakin dekad, semakin generasi, semakin bertambah... ...Ia memperlihatkan berlakunya fenomena kejahilan atau ignorant mengenai sistem kebudayaan kita, sistem kenegaraan kita yang menjalar kepada sistem Perlembagaan Negara kita... Zaini Hassan selanjutnya menyarankan: Petikan: Oleh itu, saya syorkan Kementerian Pendidikan mula memikirkan soal ini. Ia bukan soal hari ini sahaja, atau untuk penggal ini sahaja, tetapi untuk generasi rakyat Malaysia. Jika subjek Asas Perlembagaan, tidak diperkenalkan...maka selama itulah orang kita akan terus menerus mempertikai Perlembagaan Negara. Saya berharap Kementerian Pendidikan dapat memikirkan perkara ini supaya tidak lagi melahirkan Melissa Gooi dan rakan-rakannya. Ajar subjek Asas Perlembagaan di semua aliran sekolah...” Melissa Gooi ialah rakyat Malaysia berketurunan Cina; sementara Zaini Hassan, wartawan kanan, bukan sahaja berketurunan Melayu, berwajah Melayu, berdarah Melayu malah bertugas dengan akhbar Utusan Malaysia yang dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai akhbar yang meniup api perkauman. Zaini Hassan telah mencerminkan jiwa besar dan contoh semangat seorang Malaysian, secara tegas melahirkan pandangan kritis atas prinsip kebenaran, meskipun beta percaya, Zaini juga tidak kenal Melissa Gooi. Apa jua jenama negatif yang dilabelkan terhadap Utusan Malaysia, akhbar tersebut tidak melakukan diskriminasi untuk tidak menyiarkan rencana yang bernada membela situasi seorang anak gadis keturunan Cina. Kumpulan Utusan dan akhbar utama penerbitannya Utusan Malaysia kini semakin dijenamakan sebagai rasis; sengaja digembar-gemburkan oleh kalangan yang tidak senang dan oleh kalangan yang mempunyai agenda terancang, mahu menghapuskan persetujuan kontrak sosial yang telah dicapai oleh pendukung-pendukung utama ketika memformulasikan dasar-dasar utama untuk membentuk sebuah negara merdeka. Mereka semakin vokal mempersoalkan status pribumi negara ini dan turut melakukan pelbagai aktiviti subversif mahu menghapuskan kedudukan istimewa pribumi yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Mereka sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan; mereka sedang menghasut warga untuk bermain api. Anugerah Bisnes Utusan, diperkenalkan dalam persekitaran dunia perniagaan dan keusahawanan yang kini bukan sahaja semakin kompleks dan mencabar tetapi tidak kurang juga semakin dicemarkan oleh pelbagai skandal salah laku urus niaga, menyentuh penipuan, pecah amanah, rasuah, penyeludupan, percukaian, ketirisan dan pelbagai lagi. Oleh itu, Anugerah Bisnes Utusan hendaklah memiliki falsafah, mempunyai identiti dan mengandungi makna tersendiri; meletakkan statusnya sebagai anugerah yang dilandaskan kepada nilai-nilai murni, menghayati roh yang terkandung dalam ayat 85 Surah Al-Araaf yang antaranya bermaksud; “Sesungguhnya telah datang kepada mu bukti yang nyata daripada Tuhan mu. Kerana itu sempurnakanlah takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya...” Kriteria penilaian anugerah ini hendaklah memberikan penekanan kepada aspek-aspek amalan yang menghormati prinsip dan etika urus niaga yang murni, pada setiap masa menghormati undang-undang dan tidak meraih keuntungan besar secara menipu. Walaupun dinamakan Anugerah Bisnes, penganjur jangan kabur penglihatan, tenggelam dalam arus perniagaan hingga anugerah ini boleh dihanyutkan oleh matlamat komersial semata-mata. Di sebaliknya, anugerah ini hendaklah berperanan sebagai penanda aras, mendorong dan menggalakkan syarikat-syarikat menjunjung prinsip perniagaan yang beretika dan bermoral tinggi dengan mengamalkan budaya niaga secara tulus, telus, jujur dan benar serta mengamalkan budaya yang memberi perhatian (caring) kepada alam sekitar, kebajikan pekerja, kemajuan kerjaya dan latihan, serta program-program tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. Adalah penting untuk dipastikan, anugerah ini secara langsung atau secara tidak langsung, pada akhirnya akan berperanan sebagai penggerak membentuk nilai, moral, budaya dan etika yang berjaya mengimbangi kepentingan perniagaan untuk meraih keuntungan dengan kepentingan memenuhi tanggungjawab sosial untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup masyarakat dan persekitaran secara lestari. Negara ini adalah antara negara di rantau ini yang berjaya mencipta nama yang harum kerana kejayaannya merangka dan melaksanakan dasar secara bijak di samping menggubal dan menguatkuasakan undang-undang secara adil lagi telus. Dasar yang bijak dan udang-undang yang adil lagi telus telah membina keyakinan pelabur dan peniaga baik dari luar dan dalam negara untuk menjalankan urus niaga di bumi ini. Malaysia lalu diiktiraf di peringkat antarabangsa, dihormati sebagai sebuah negara contoh, menjadi negara pilihan di rantau ini untuk pelabur kerana sifat mesra pelaburnya. Berdasarkan laporan Bank Dunia 2016, daripada 189 buah negara yang dinilai, Malaysia berada di tangga ke-18 dari segi ranking kemudahan menjalankan perniagaan. Laporan yang sama turut mengiktiraf Malaysia kekal berada dalam kelompok 20 buah negara yang mesra menjalankan perniagaan. Namun panas sehari boleh terhapus bila turunnya hujan pada sebelah petang. Pada lazimnya, usaha membina nama baik dan usaha membina keyakinan, memakan masa yang panjang; sementara perbuatan yang merosakkan nama baik dan meruntuh keyakinan boleh berlaku dalam tempoh sekelip mata, hanya disebabkan tersilap perhitungan atau tersalah perkiraan. Indeks Persepsi Rasuah 2015 oleh Transparency International, meletakkan negara hanya mencapai skor 50 daripada 100 markah dan negara berada pada ranking ke-54 daripada 168 buah negara yang dinilai. Rasuah adalah isu penting yang wajib ditangani dengan segala kesungguhan melalui langkah-langkah tegas oleh pelbagai agensi yang bertanggungjawab, tanpa gentar – tanpa pilih kasih. Kebenaran yang berpaksikan undang-undang wajib ditegakkan, tanggungjawab kepada Allah SWT dan tanggungjawab kepada negara hendaklah berada di atas tanggungjawab terhadap mana-mana kumpulan atau individu. Rasuah adalah barah yang dikatakan sedang merebak dalam batang tubuh negara; rasuah bagaikan anai-anai yang sedang membusut besar dan semakin mereputkan tonggak-tonggak utama negara. Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya. Kegagalan memerangi dan kegagalan membanteras rasuah secara serius, secara bersungguh, secara berkesan, secara komited, dibimbangkan berpotensi melumpuhkan negara dan rakyat keseluruhannya, terpaksa membayar dengan penderitaan dan kesengsaraan seperti yang dialami oleh rakyat di kebanyakan negara mundur. Kumpulan Utusan melalui bahan-bahan penerbitannya hendaklah berperanan aktif membantu membina sebuah pentadbiran dan sebuah negara bangsa yang sifar rasuah. Salah laku rasuah hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar – tanpa berat sebelah, kerana rasuah ialah rasuah walau siapa juga yang melakukannya. Warga perlu diasuh dengan budaya yang benci rasuah dan menolak pemimpin yang melakukan rasuah. Warga perlu dididik untuk memandang rasuah dengan rasa amat jijik. Ruangan yang meningkatkan kesedaran tentang rasuah hendaklah disediakan. Contoh tokoh-tokoh yang bersih rasuah boleh dijadikan teladan sementara kisah-kisah pemimpin yang melakukan rasuah boleh dijadikan sempadan. Memerangi rasuah hendaklah dijadikan satu perjuangan – satu jihad. Adalah menjadi tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan untuk setiap warga berperanan aktif memelihara negara daripada terjerumus ke lembah kehinaan. Beta menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang telah diperakukan layak menerima anugerah pada pagi ini. Beta menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur yang telah merintis inisiatif ini, begitu juga apresiasi beta kepada panel penilai yang telah memenuhi tugas masing-masing. Dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, beta mengisytiharkan pelancaran Anugerah Bisnes Utusan. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/menjunjung-urusniaga-beretika-1.196117#sthash.37xLrSDT.dpuf
PENDAHULUAN Undang-undang Melaka yang lebih dikenali Hukum Kanun Melaka dan risalat hukum kanun (dalam bahasa Arab) merupakan undang tradisional yang tertua di negara ini. Hukum Kanun Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr Mohd Yusoff Hashim, Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru ditulis dan disusun secara teratur pada pemerintahan Sultan Mahmud Syah pada tahun (1489M – 1511M). Hukum Kanun Melaka ini diwujudkan bertujuan untuk melindungi rakyat, kerajaan dan negeri Melaka. Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja dan pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahn jenayah awam dan undang-undang Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka juga, sedikit sebanyak menyentuh tentang hukum hukum Islam seperti Hukum Hudud. Contoh bahasa yang telah digunakan dalam petikan Hukum Kanun Melaka atau dikenali Undang Undang Melaka :- “Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang kerajaan juga. Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima 'anugerah'. Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata demikian itu, digocoh hukumnya” KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA SEBAGAI PANDUAN YANG LENGKAP DALAM MENJALANKAN PEMERINTAHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu, perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat lain terpelihara. Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau undang-undang awam yang menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam menjalankan pemerintahan kerajaan. Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut, terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata. Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat Melayu tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi memastikan perbezaan antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning, payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara. Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka, mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat jelata mahupun hamba. PENGARUH ISLAM DALAM HUKUM KANUN MELAKA Undang-undang islam dalam Hukum Kanun Melaka 1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian. 2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh. Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal. Hal ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda). Hal ini selari dengan mazhab Shafiee. Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina, Qazaf, Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yang telah berkahwin dan disebat 100 x bagi yang belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah an-Nur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80 x sebatan. Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yang tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Contoh akan diminta pulang semula barang yang dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampung sebagai pengajaran. Undang-undang Muamalah, o Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30 Hukum Kanun Melaka. Contoh disebut dengan nyata haramnya riba, tidak boleh berniaga dengan orang gila. Undang-undang Keluarga o Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya. Dalam hal ini semuanya selari dengan hukum Islam. Undang-undang Keterangan dan Acara o Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti Islam, adil, pengampun, pemurah dan sebagainya. Disini dinyatakan juga hakim/kadi dilarang menerima hadiah. Penglibatan Ulamak dalam soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam Hukum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah. Undang-undang yang Tidak Selari Dengan Islam : 1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja) 2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri. 3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang. Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang : o Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti Konsep Daulat dan Tulah : o Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim. Pengaruh adat Temenggung : o Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung. Kesan Hukum Kanun Melaka terhadap Undang-Undang Malaysia Sebagai sumber rujukan hukum kanun melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukn hukuman bagi kesalahan tertentu.dan tidak akan berlaku fenomena main hakim sendiri dalam kalangan masyarakat kerana hukum kanun melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan. hukum kanun melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas,peranan serta struktur pemerintahan. dalam undang-undang terkandung satu adat yang digelar adat lembaga yang didalamnya menganunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran,memudahkan urusan tertentu kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu produktiviti.maka nyatanya undang-undang islam dalam hukum kanun melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan. RUMUSAN Kesimpulannya, Hukum Kanun Melaka penting bagi melancarkan pemerintahan negeri. Undang-undang ini yang awalnya dipengaruhi oleh agama Hindu, diresapi unsur agama Islam yang ketara pada akhirnya. Hukum-hukum syarak ini meresap secara beransur-ansur. Sesungguhnya, undang-undang ini sungguh lengkap, menyentuh pelbagai perkara berkaitan dengan adat lembaga dan tanggungjawab pembesar, hukuman awam dan perbuatan jenayah serta perkara-perkara berkaitan dengan pertanian, perhambaan, dan kekeluargaan. Walaupun Hukum Kanun Melaka diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentangan dengan syarak. Hal ini, Undang-undang Melaka masih dipakai oleh undang-undang zaman sekarang.