Explore Global Furniture Group's office workstations. Find a variety of systems furniture, including modular desks. Design a great place to work. Start browsing.
🍀🦋
Illustration, Branding, Graphic Design, Adobe Illustrator, Adobe After Effects, Adobe Photoshop
razak khan, bollywood character, caricature of hindi film industry, personality, comedian, artist, india, cartoon, comic
PTAR, LIBRARY
Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ahli Umno perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyuarakan pandangan mereka kerana kebebasan menyuarakan pendirian adalah fitrah yang azali. Khaled dalam ucapannya selaku pengerusi perhubungan Umno Negeri Johor dalam mesyuarat perwakilan Bahagian Pasir Gudang turut memberi amaran sekiranya saluran formal ditutup, ahli parti akan mencari ruang alternatif untuk menyuarakan pendirian mereka. "Tutuplah ruang formal untuk bersuara, pasti akan dicari ruang lain untuk mereka menyatakan rasa dan pandangan mereka. "Dalam dalam kebanyakan keadaan, mereka akan menemui ruang alternatif, malah lebih berpengaruh, lebih kuat dan lebih berkesan," katanya, dalam ucapan di hadapan lebih 700 perwakilan yang hadir. Beliau berkata, lebih-lebih lagi di kawasan Pasir Gudang, Umno berhadapan pengundi yang lebih "urban dan sophisticated" yang mengambil maklum berhubung keadaan sekeliling hari ini. Ketua bahagian Umno Pasir Gudang itu berkata, mereka merasakan keyakinan terhadap parti Melayu itu semakin pudar. "Saban hari, kami dapat merasakan keyakinan terhadap Umno semakin pudar, bukan sahaja daripada rakyat tetapi dari ahli sendiri. "Mereka mula radikal dalam soalan dan reaksi mereka. Mereka mula menunjukkan rasa dingin dengan apa jua penjelasan yang kita berikan," kata menteri besar Johor itu. Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Pasir Gudang. "Kerana itu, kita harus mendengar dengan sabar, kerana jika kita mendengar, kita akan memahami aspirasi rakyat dengan lebih mendalam dan jangan lupa kita memerintah di zaman yang bukan zaman kita," kata Khaled. Beliau berkata, melalui mendengar luahan dan pendirian ahli, pemimpin hari ini akan mencorakkan masa depan mereka. "Zaman ini adalah zaman generasi pelapis, oleh itu, bila kita mendengar, dan mengambil iktibar daripada apa yang kita dengar, sekurang-kurangnya kita bersama mereka, mencorakkan perjalanan masa depan mereka," katanya. Khaled mengakui terdapat isi hati yang bersuara keras dan kritikal, namun tiada apa yang dapat menghalang mereka menyuarakannya. "Kami percaya, semua mesti punya ruang untuk menyatakan isi hati mereka. Benar ada yang kritikal, benar ada yang keras, dan benar ada yang meragukan. "Tetapi apa daya yang ada pada kita untuk menghalang ini semua," katanya. "Pentas politik Malaysia sudah berubah, berubah dengan luar biasa sekali, kita tidak boleh menidakkan sesiapa jua daripada bersuara kerana itu fitrah manusiawi, kerana itu jiwa demokrasi". Najib sebelum ini menggugurkan beberapa pemimpin Kabinet, susulan kritikan yang diterimanya daripada isu membabitkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Selain beliau turut menerima nasib sama adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang digugurkan daripada jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. sumber
Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin terus tampil dengan gesaan pembaharuan dalam Umno, termasuk keperluan bersuara terhadap amalan rasuah. Pemimpin Umno itu menegaskan bahawa perjuangan Umno untuk bangsa dan parti dan bukan kepentingan peribadi. Beliau juga menyeru Umno berubah kepada sebuah parti yang lebih proaktif dan dominan dan berdiam diri atas alasan kesetiaan dan disiplin mentaati pemimpin “Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati,” katanya. “Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Khaled berkata demikian ketika merasmikan persidangan Wanita Umno Pasir gudang pada Ahad lalu. Petikan ucapan itu dimuatkan kembali dan diketengahkan dalam Facebook beliau hari ini. Kepemimpinan bukan dewa Khaled antara pemimpin Umno Johor yang dilihat lantang bersuara selepas tokoh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri. Penyingkiran Muhyiddin itu dispekulasi meluas susulan kelantangannya bersuara dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan kontroversi negara yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, dalam ucapan itu juga, Khaled berkata Umno harus tampil menyatakan apa yang benarnya terbuku di hati dan kepimpinan harus berlapang dada dengannya. “Zaman ini bukan lagi zaman di mana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. “Sifat dan budaya feudal bukan budaya Umno. Budaya Umno adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah. “Umno bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Jawatan tidak ada turun menurun.” katanya. Beliau juga berkata sama ada ada suka atau tidak, orang Umno harus menerima hakikat bahawa parti sedang berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa. Ia, katanya, bukan lagi krisis persepsi tetapi menular sebagai krisis kewibawaan dan rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan. sumber
Tun Razak Exchange C7.7-CT - The Skyscraper Center
Graphic Design, Fashion, Advertising, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator
Buro Happold helped the Malaysian government to develop a transformational and impactful development on the edge of central Kuala Lumpur.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan, jika ekonomi negara berada dalam keadaan baik, mengapa terdapat individu yang ditahan Putrajaya kerana "mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara". Bekas perdana menteri itu berkata demikian mengulas laporan dalam akhbar berkaitan kerajaan yang menyatakan negara ini tidak menuju ke arah satu krisis kewangan. "Lapan orang terkemuka, termasuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak), memberitahu kita, semuanya dalam keadaan baik. "Sekiranya segalanya dalam keadaan baik, mengapa timbul keperluan menangkap orang kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan di negara ini? "Jika mereka mensabotaj, maka sesungguhnya, perbankan dan kewangan Malaysia tidak berada dalam keadaan menjadi baik. Ia akan jadi tidak berfungsi," tulis beliau dalam posting terbaru di blognya hari ini. Beliau merujuk kepada bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, yang baru-baru ini didakwa atas pertuduhan cuba mensabotaj sistem perbankan dan kewangan Malaysia. Tetapi, adakah benar semuanya baik-baik sahaja, Dr Mahathir bertanya lagi. "Tak mungkin! "Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi ada indikator lain menunjukkan ekonomi tidak dalam keadaan baik." Sebagai contoh, katanya, ringgit kini susut kepada RM4.30 berbanding dolar AS. "Itu satu penurunan yang besar dari segi nilai dan boleh menjejaskan perniagaan import atau pinjaman yang dibuat dalam AS$." Pada masa sama, beliau berkata, pasaran saham jatuh dengan kerugian besar dalam permodalan pasaran. "Sekali lagi, ini tidak baik untuk ekonomi." Dr Mahathir berkata, pertumbuhan ekonomi negara juga ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. "Ini tidak normal. Dulu kita tinggalkan mereka jauh di belakang. "Semua orang mengadu tentang kenaikan kos sara hidup – kadar tol naik, harga beras naik, GST, kos pengeluaran dan perkhidmatan, pengangkutan, gaji kakitangan kerajaan, pengangguran graduan, dan lain-lain. Semuanya tinggi, menurunkan kuasa membeli semua orang." Dr Mahathir menegaskan, kelihatan seperti terdapat kehilangan keyakinan terhadap kerajaan yang dicetuskan oleh skandal 1Malaysia Development Berhad. Bukan itu sahaja, beliau berkata, terdapat juga "ketidakupayaan untuk membayar kadar faedah hutang, kehilangan wang, wang tunai di akaun peribadi PM, kehilangan seterusnya, ketidakmampuan menjelaskan mengenai wang AS$100 juta, pemberian wang dalam Bajet 2016, sumber negara yang makin mengecut, penggunaan dana KWSP dan KWAP yang dipertikaikan, FDI yang lemah, dan lain-lain." Katanya: "Tidak betullah semuanya dalam keadaan baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Takkanlah nak kata tiada pihak yang bertanggungjawab!" Pastinya, kata Dr Mahathir, orang yang bertanggungjawab ialah mereka yang menguruskan ekonomi dan negara, yang mempunyai kuasa dan pengaruh dan yang kata-kata dan perbuatan mereka boleh memberi kesan kepada ekonomi. Katanya, di kebanyakan negara, pemimpin akan meletakkan jawatan apabila mereka gagal, dasar-dasar mereka gagal dan penawar yang diberikan mereka gagal. sumber
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan agenda bumiputera dalam Bajet 2015 bukan kerana kerajaan rasis, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Katanya, ia sebaliknya untuk menangani peningkatan populasi sehingga 70 peratus pada 2020 dan kerajaan merasakan apabila bumiputera maju barulah negara akan membangun. Katanya, kerajaan tidak berhasrat menjadi rasis dan tidak mahu isu itu berbangkit. Beliau berkata demikian dalam taklimat berhubung GST kepada penjawat awam di Bangi, Selangor. Ahmad membangkitkan keadaan di mana 70 peratus lagi yang masih tertinggal dan kebanyakan tinggal di kampung-kampung. sumber
NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai polis kanan. Pengerusi NGO tersebut R Sriv Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum. Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya. "MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pengkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini "MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahan sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," kata Sanjeevan dalam satu kenyataan. Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta. “Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia bertindak atas maklumat," katanya. Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi. sumber
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk meletak jawatan, lapor Utusan Malaysia. Memetik sumber, akhbar milik Umno itu melaporkan, Najib membuat kenyataan itu sejurus selepas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu. Bagaimanapun, difahamkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian. "Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian," sumber itu dipetik berkata. Difahamkan perkara itu turut dilaporkan portal berita Malaysia-today.net. Selasa lalu, pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut menggesa perkara yang sama kepada menteri yang tidak bersependapat dengan keputusan kolektif Kabinet berhubung isu 1MDB. Beliau bersetuju dengan saranan bekas Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua Kabinet memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab mereka berhubung isu syarikat yang dibebani hutang itu. Jumaat lalu, Kementerian Kewangan menjelaskan, sebuah syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1MDB dalam usahanya membayar hutang AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi. Husni berkata, pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments, merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi. "Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa. "Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu. Butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya. sumber
Seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Naib presiden Umno itu berkata, sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, beliau difahamkan, mereka sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan. "Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli Parlimen pembangkang untuk menarik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang. "Saya dapat maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai. Ini usaha yang sedang dijalankan... peliknya, ia diketuai Umno, ahli BN," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan, dan berkata ia akan “terbongkar sendiri”. Zahid berkata, gerakan itu sedang berjalan, dan seorang peguam sudah bersedia untuk bentang memorandum 7 halaman yang dibuat dengan kertas kuning, dengan dilampirkan sekali SD, bagi menunjukkan mereka mewakili majoriti. “Ini adalah perkara serius. Mereka tidak boleh tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. Mereka mahu masuk ikut pintu belakang. “Mereka bukan saja tikam parti dari belakang, tetapi mereka memusnahkan institusi demokrasi,” katanya. Beliau berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha menggulingkan kerajaan akan berjaya dan menggesa Umno bangkit mencegah rancangan itu daripada jadi realiti. Zahid juga menggesa perwakilan supaya jangan mensabotaj parti sendiri, dan berkata mereka yang berbuat demikian tidak stabil mentalnya. “Jangan tebuk lubang dalam kapal ini. Kita perlu layari kapal ini bersama. Itu cari yang betul. “Sebaliknya, kita ada seseorang yang ambil pemutar skru dan korek lubang dalam kapal itu. Pemimpin itu tidak stabil mentalnya, masuk air,” kata Zahid. Khabar angin tersebar menyatakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang cuba menggulingkan kerajaan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan beliau daripada Kabinet. Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menafikannya berulang kali dan menegaskan beliau tidak akan mengkhianati Umno. Sementara itu, Asia Sentinal melaporkan veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ada bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bagi menyingkirkan Najib. sumber
Pelakon Datin Seri Umie Aida mengharapkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis akan dilindungi Allah. Umie, 42, dalam status di laman social Facebook dan Instagramnya turut mengharapkan hal berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. “Suami saya telah ditahan atas akta 124C . Semoga esok segalanya dapat diselesaikan dengan baik baik. InshaAllah. Me (Umie) doakan Allah sentiasa melindungimu… Aamiin,” kata Umie dalam status di laman sosialnya sebaik suaminya ditahan polis pada malam Jumaat. Khairuddin dilaporkan ditahan polis dekat sini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Terdahulu, Khairuddin mendakwa dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut disekat ke luar negara ialah peguamnya, Matthias Chang. Khairuddin sebelum ini telah membuat laporan polis mengenai 1MDB di Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong. Dalam pada itu Umie Aida turut mendapat sokongan ramai yang meminta beliau bersabar menempuh ujian itu selepas beliau memuat naik status berkenaan. Status di Instagramnya sehingga pagi Sabtu mendapat lebih 3,200 like sementara di Facebook pula dikongsi lebih 65 orang. Artis-artis tempatan antaranya Betty Banafe, Datin Sofia jane, Nazia Mustafar, Nourul Wahab dan Salamiah Hassan turut memberi kata-kata semangat dan doa buatnya dan suami dalam menempuh ujian itu. sumber
Jawatan Kosong di Universiti Tun Abdul Razak Sdn Bhd - 5 Januari 2019
Bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau tidak berkongsi pendapat dengan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa agensi tajaan penuh kerajaan, 1MDB tidak menggunakan wang rakyat. Mendakwa beliau hanya memberi komen - dan bukan mengkritik Najib - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bernilai berbilion ringgit yang dipinjamkan kepada syarikat itu dijamin kerajaan yang beroperasi menggunakan dana pembayar cukai. "Perdana menteri juga sebutkan, mengapa kita perlu bising-bising tentang 1MDB ini? (Kata Najib), kita tak pakai duit rakyat. "(Apa yang berlaku ialah) saya mengulas, bukan mengkritik (perdana menteri)," katanya di Semporna hari ini. Muhyiddin hadir di Semporna untuk merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian itu. Umno Bahagian Semporna diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga naib presiden parti berkenaan. Muhyiddin dan Mohd Shafie sama-sama diketepikan oleh Najib dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lalu. Majlis hari ini menjadi program pertama Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk sepentas sejak mereka dipecat. Memberikan contoh, Muhyiddin berkata, jika beliau adalah pemilik sebuah syarikat yang mengalami kerugian, tindakan yang betul adalah memecat pegawai yang bertanggungjawab di agensi berkenaan. "Kalau saya pemilik syarikat, bangun pagi, syarikat saya rugi berbillion ringgit. Apa yg saya buat? Pecat semua. "Tetapi sampai sekarang tak ada seorang pun yang disingkir atau dipecat dari 1MDB, sebaliknya timbalan perdana menteri dan menteri yang dipecat," katanya. Muhyiddin juga memberitahu, beliau diperingatkan supaya berhati-hati memberi kenyataan dan tidak bimbang dengan isu 1MDB kerana kerajaan tidak menggunakan wang rakyat. "Benar.... Tapi wang berbilion ringgit itu dipinjam dari bank. Setiap sen pinjaman itu pula ditangung oleh?" kata beliau tanpa menghabiskan ayat berkenaan. Kepada pertanyaan itu, hadirin kemudian menjawab: "Rakyat!" Muhyiddin kemudian membalas: "Orang Semporna ni bijak..." sumber
Saya menarik perhatian pembaca kepada komentar Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mempersoalkan asas kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan ke atas Malaysia yang dibuat pada sesi pleno di Persidangan Invest Malaysia 2015 semalam. Zeti membandingkan negara serantau lain dan mendakwa Malaysia sekurang-kurangnya setanding, malah mungkin lebih baik di segi prospek pertumbuhan dan prestasi serta ‘fundamentalnya’. Persidangan 2 hari yang bermula semalam itu dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia dan CIMB Group untuk kali ke-11 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Membaca dari teks ucap utama, Najib yang juga menteri kewangan lazimnya memberi anda satu gambaran ekonomi dan kewangan negara ini sangat baik dan dalam unjuran mencapai negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020 atau lebih awal. Kalau sudah baik dan sihat semuaya, mengapa badan badan penarafan seperti Fitch Ratings dan juga para ‘analysts’ lain termasuk kami pembangkang, perlu sibuk dan membuat ramalan dan telahan yang negatif ? Sebelum itu, apa benda ‘penarafan’ yang mereka hebohkan sangat? Sedikit kuliah pencerahan Kewangan 101. Apa kepentingannya? Tidak susah sangat hendak faham, bukanlah ‘rocket science’. Ringkasnya ‘penarafan kredit’ atau ‘credit rating’ adalah penilaian ke atas kemampuan penghutang membayar semula hutang. Credit rating dijalankan ke atas negara (penarafan kredit sovereign) dan juga syarikat, yang menerbitkan sekuriti hutang seperti bon dan sukuk (bon Islam). Contoh agensi ialah Standard & Poor's, Moody's dan Fitch Ratings termasuk sebuah syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa yang bernama Rating Agency Malaysia (RAM). Credit rating memberi markah atau penarafan contohnya dengan markah AAA, AA+, BBB+, B- dan seterusnya. Semakin rendah credit rating semakin berisiko tinggi untuk pelabur melabur (membeli dan berisiko tinggi untuk default atau tidak membayar hutang (bon). Selain daripada itu credit rating agency juga meramal atau memberi pandangan mereka tentang keadaan risiko hutang sesebuah negara samada positif, negatif atau stabil. Nah, di sinilah yang dipertikaikan Gabenor BNM itu. Sementara Moody’s memberi penarafan positif, Standard and Poor (S&P) mengesahkan penarafan stabil untuk Malaysia. Fitch Ratings pula meletakkan penarafan Malaysia sebagai negatif. Untuk pengetahuan pembaca, penarafan Malaysia kini berada pada A-/A3. Ancaman untuk diturunkan satu ‘notch’ atau ‘tangga’ oleh Fitch Ratings bermakna meletakkan Malaysia pada kedudukan BBB+/Baa1. Apakah makna semua ini? Secara impaknya, kalau berlaku penurunan atau ‘downgrade’ credit rating, kesannya antara lain, terhadap nilai matawang ringgit Malaysia, pasaran bursa saham dan juga nilai pasaran bon serta pastinya kenaikan kos pinjaman. Boleh juga berlaku penjualan saham dan bon oleh pelabur luar (sell-off in both equities and bonds) secara knee-jerk atau mendadak kerana mereka cemas dan takut tentang keupayaan kewangan negara. Kesan-kesan awal sudah mula dirasai semenjak Fitch menurunkan kredit Malaysia sebagai negatif Julai tahun lalu dan semakin ketara semasa nilai ringgit terus susut tambahan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia. Sebagai contoh khusus, CIMB melaporkan kos satu instrument insuran 5 tahun, untuk risiko pinjaman tidak berbayar, yang bernama CDS atau “Credit Default Swap” mengalami kenaikan kos sebanyak 122 basis point atau 1.22%. Perbandingan dengan jiran Indonesiadan Thailand juga disertakan. Namun Najib dan Zeti tahu rakyat sebenarnya tidak faham pun apa yang dipertikaikan tentang pernarafan dan kesan terhadap kewangan negara! Ya, yang mudah difahami rakyat hari ini ialah kewangan negara tidak diurus dengan baik sehinggakan kerajaan secara wajib, memungut cukai (GST) dari semua rakyat. Tidak mengambil kira umur, pendapatan dan kekayaan, warga emas atau bayi, status pekerjaan–pesara atau berkerja penuh masa atau kerja sendiri atau kerja kampung; mengambil upah petik kelapa sawit atau buah kelapa, golongan asnaf atau jutawan atau bilionair, OKU atau yang sihat walafiat. Yang ini rakyat faham dan kini MARAH! Najib dan Zeti wajar diberi amaran sekali lagi, rakyat hari ini meletakkan seluruh kepincangan mentadbir-urus kewangan negara dipersalahkan kepada kepimpinan Umno-BN yang kini di bawah kepimpinan Najib. Untuk secara lebih khusus buat Zeti, tolong respon persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini, yakni tentang aliran keluar dana secara haram sebanyak RM1.2 trillion sejak 2002, seperti yang didedahkan oleh Global Financial Investment (GFI). Ternyata sehingga kini, tidak diambil apa-apa tindakan oleh BNM! Untuk Najib pula selaku terlalu banyak. Tetapi secara spesifik buat yang berdegil untuk kekal sebagai menteri kewangan, walaupun jelas ketidakupayaannya di segi itu dan lebih jelas lagi ketidakupayaannya di aspek-dimensi yang lain, mengapakah 1MDB tidak dipaksa datang untuk menghadiri Invest Malaysia Forum kali ini. Kehadiran 1MDB yang diwakili oleh CEOnya atau ‘penasihat istimewa’nya, Low Taek Jho atau Jho Low pastinya mampu ‘memulihkan’ sindrom ‘Trust-Deficit’ (Hilang Kepercayaan) yang sedang melanda negara malang ini. Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak, selaku penganjur bersama, secara sinis menyebutkan alangkah baik kalau ‘elephant in the room’ di negara ini, maksudnya 1MDB berani hadir sendiri dan membuat penjelasan. Akhir kalam, untuk Zeti dan Najib, tidak perlulah terlalu gusar dengan ancaman Fitch ratings untuk menurunkan atau ‘downgrade sovereign rating’ Malaysia. Sesungguhnya, kita sendiri ‘mendowngradekan’ negara ini dengan tatakelola dan tadbir urus kewangan negara apabila hilang rasa kebertanggunjawaban dan ketelusan yang hakiki. 1MDB adalah lambang segala kebobrokan urus niaga dan urus tadbir kewangan negara! Kita sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut dan kebejatan tatakelola kewangan dan ekonomi negara, lantas berhutang besar, defisit fiskal yang sudah ke-16 tahun, boros, tiris-bocor dan wujud pembolotan kekayaan oleh segelitir super-kaya. Jangan takut kepada Fitch Ratings. Takutlah kepada pertanggungjawaban kepada rakyat dan amanah Allah. Jangan asyik nak ‘showcase’ atau diperagakan fundamentals yang baik sahaja kerana rakyat lebih nampak yang tempang dan jelek buruk. Sebenar-benarnya rakyat yang celik tahu apa masalahnya. Meminjam kata-kata Shakespeare di hujung penulisan ini, dengan izin, isunya ialah “To be or not to be – that’s the question”. sumber
Umno perlu menyelesaikan 3 isu besar jika ia berharap untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (PRU14), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dalam komen secara terbuka pertama dibuat beliau selepas digugurkan daripada Kabinet empat hari lalu. Tiga isu itu ialah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Felda, katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini. "PRU14 akan menjadi sukar dan Umno mesti sangat bersatu dalam jenteranya untuk menghadapinya. "1MDB, GST dan Felda merupakan isu yang mesti kita tangani," Shafie memberitahu hadirin. Ia merupakan majlis rasmi pertama Shafie sejak beliau digugurkan daripada Kabinet pada 28 Julai, bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan pengendalian skandal 1MDB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan dan cetusan idea Najib, ketika ini disiasat berhubung hutang terkumpulnya mencecah RM42 bilion. Penyiasat juga melihat kepada dakwaan yang sejumlah RM2.6 bilion wang daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib. sumber