Download this Beautiful Ramadan Png, Transparent Elements Ramadan, Ramadan Png Design, Islamic Png PNG clipart image with transparent background for free. Pngtree provides millions of free png, vectors, clipart images and psd graphic resources for designers.| 6231694
Here you will find photos of interior design ideas. Get inspired!
Pt. Sahadev Ji is an famous and best astrologer in bangalore.his life he was under the guidance and divine supremacy of his father Pt. Ramd...
Trello is a fun tool for collaborative project management , but you can also use it personally to get things done . Google Insights Lead Gautam Ramd
complete Ram mandir drawing 😍ram mandir drawing tutorialhow to draw ram mandirRam mandir step by step drawingshree Ram ji drawinghow to draw lord Shree Ramd...
Mohamad Hasan (lima dari kiri) melihat Muhriz Marzaidi menyiram air mawar pada pusara ibunya, Mastura Mustafa di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA SEREMBAN 22 Ogos - Anak lelaki pramugari kanan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mastura Mustafa, Muhriz Marzaidi, 10 ditenangkan berapa kali oleh ahli keluarga selepas dia dilihat amat sedih sebaik sahaja mendekati keranda yang menempatkan arwah ibunya di Masjid At Taqwa Paroi dekat sini. Dia dilihat menangis teresak-esak berdekatan keranda arwah ibunya sebelum dipujuk beberapa kali oleh ahli keluarga terdekat serta anggota tentera yang berada di situ. Ketika suasana itu dirakam jurugambar Utusan Malaysia, Abd. Razak Aid di masjid berkenaan hari ini, Muhriz masih dilihat mengesat air mata dalam beberapa minit. Bagaimanapun Muhriz tidak dapat ditemubual kerana kesedihan. Dalam pada itu, bapa Mastura, Mustafa Ab. Samad, 83, berkata, dia bersyukur jenazah anaknya itu dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, dekat sini. "Saya reda dengan ketentuan ini dan amat bersyukur kerana jenazah anak perempuan saya ini dapat dibawa pulang dan dikebumikan di sini. Inilah harapan kami sekeluarga selepas dimaklumkan mengenai tragedi yang berlaku itu. "Saya bagi pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan selepas berusaha membawa pulang jenazah anak saya dan yang lain. Saya memohon seluruh rakyat mendoakan arwah anak perempuan saya ini ditempatkan dalam kalangan orang beriman,'' ujarnya sambil sesekali mengesat air mata. Sementara itu, suami Mastura, Mohamed Affendi, 43, semasa ditemui memberitahu, dia bersyukur selepas doa dipermudahkan urusan membawa pulang jenazah arwah isterinya itu dimakbulkan Allah. "Apa yang penting jenazah selamat sampai ke tanah air dan selamat dikebumikan. Memang inilah permintaan ahli keluarga sebelum ini,'' katanya. Turut berada di masjid dan tanah perkuburan itu ialah 12 rakan sekolah yang sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (KGV), Seremban dekat sini. Sementara itu jenazah Mastura, 40, selamat dikebumikan pada pukul 3.29 petang ini selepas selesai solat Jumaat dan solat jenazah. Solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Yusof Ahmad itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan ribuan umat Islam sebelum dibawa menaiki kenderaan jenazah tentera dari Kem 1 Briged ke tanah perkuburan berdekatan. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berkenan menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah di masjid itu serta memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Mastura. Sebelum jenazah diusung oleh anggota tentera dari 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Senawang dan 24 Rejimen RAMD Rasah pada pukul 2.11 petang ini, keluarga Allahyarham diberi peluang memberikan penghormatan terakhir di ruang utama masjid. Sebelum itu, khutbah khas solat Jumaat bertajuk 'Kesabaran Pusat Kekuatan' disampaikan Imam Eksekutif Masjid berkenaan, Ahmad Naim Azlan. Sementara itu, lebih 2,000 orang bersama-sama mengiringi jenazah Mastura. Mohamad yang ditemui pemberita di tanah perkuburan itu berkata, kerajaan negeri akan membantu keperluan anak arwah. "Kebajikannya akan diberi perhatian sebaiknya. Kerajaan negeri amat berharap anak arwah bersabar, begitu juga ahli keluarga lain ketika menempuh saat sukar ini,'' katanya. Pada masa sama, beliau memberitahu, kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri ini berkabung dan menzahirkan kehibaan atas ketibaan jenazah mangsa tragedi yang menyayat hati ini. "Kita bersyukur istiadat pengebumian dan penghormatan negara ke atas jenazah berjalan lancar dan penuh ketertiban,'' katanya. Terdahulu, kakitangan kerajaan dan orang ramai di Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan di sini turut bertafakur selama seminit. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_14/Anak-menangis-lihat-keranda-ibu#ixzz3BMsXghl6 © Utusan Melayu (M) Bhd
FIKRI ROSLY | 13 Ogos 2015 1:15 AM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR bersama peserta Konvoi KMJ 2015 tiba dengan memandu sendiri bas Prevost Marathon di Padang Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Batu 17 di Kahang, Kluang, Johor, semalam. KLUANG 12 Ogos - S elepas dua hari menunggang motosikal berkuasa tinggi, hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan kemahiran baginda mengendalikan bas untuk bertemu rakyat jelata di daerah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi dalam siri jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015. Walaupun memasuki hari ketiga KMJ 2015, namun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetap ceria dan bersemangat memandu bas mewah, Prevost Marathon Coach sejauh 286 kilometer bermula dari Kem Batalion Ke-5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu 3, di sini menuju ke destinasi pertama Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Batu 17, Kahang. Pada majlis tersebut, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan hamper bernilai RM100 setiap satu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 20 individu dan pelbagai bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bernilai RM288,300 kepada 15 golongan asnaf. Lima penerima bantuan MAINJ mendapat sumbangan perumahan berjumlah RM40,000 setiap seorang bagi membina kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik. Sultan Ibrahim juga berkenan melawat pameran Jabatan Pertanian bagi melihat tanaman cili, lada, buah kelapa sawit, nanas, produk burung puyuh dan kraf tangan berasaskan rotan serta mengunjungi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Baginda kemudiannya mengadili pertandingan memasak yang disertai kaum India dan seterusnya menyaksikan pertunjukan acara memanah tradisional. Majlis tersebut turut diserikan dengan pertandingan sukan rakyat yang mengetengahkan acara seperti terompah gergasi, boling buah kelapa, lari dalam guni dan tarik upih. Sultan Ibrahim kemudian meneruskan jelajah ke Felda Nitar 1, Mersing dan sempat singgah kira-kira setengah jam untuk beramah mesra dengan penduduk di sana. Sementara itu, semasa singgah di Jeti Penyabong, di sini baginda berkenan menyampaikan sumbangan daripada MAINJ dan seterusnya melawat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menyaksikan acara memancing dan bento ketam. Selepas itu, baginda bersama kerabat diraja dan rombongan KMJ 2015 bersantap sambil menyaksikan sukan rakyat dan persembahan kebudayaan. Konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Felda Tenggaroh 3 dan Tanjung Sedili untuk bertemu masyarakat sebelum bermalam di Desaru. Hari terakhir konvoi esok akan menjelajah ke daerah Kota Tinggi dan Kulaijaya sebelum berakhir di Mutiara Rini, Johor Bahru. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-johor-pandu-bas-8232-jumpa-rakyat-di-tiga-daerah-1.123657#sthash.h8q4DTNF.dpuf
LUQMAN HAZIQ ABDULLAH DAN MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 12 Ogos 2015 1:38 AM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR bersalam dengan rakyat jelata sempena Program Kembara Mahkota Johor 2015 di Muar, Johor, semalam Utusan/Ishak Rahmad MUAR 11 Ogos - Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 yang memasuki hari kedua penjelajahannya terus berlangsung meriah dan disertai masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Konvoi bermotosikal diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang meneruskan jelajah dari daerah Muar ke Ledang, Segamat dan Kluang itu dilepaskan dari Tangga Agong, Bangunan Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 8 pagi oleh Pegawai Daerah Muar, Muji Salimon sambil disaksikan kira-kira 3,000 penduduk. Konvoi kemudiannya menuju ke lokasi pertama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Persisiran Perdana, Ledang dan disambut meriah oleh warga sekolah tersebut. Sultan Ibrahim turut berkenan melawat tapak sukan rakyat terdiri daripada 13 jenis sukan yang dimainkan secara serentak oleh pelajar sekolah itu antaranya baling pot, motor tolak, gelang getah tagen, golek tayar, lari dalam guni, teng teng dan ceper. Baginda turut menunjukkan kemahiran bermain gelang getah tagen atau lebih dikenali sebagai gundu manakala Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim pula menunjukkan bakat bermain senapang pelantak. Selesai bersantap bersama rakyat, konvoi berkenaan meneruskan jelajah ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang untuk menyaksikan pameran dan produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar pusat tersebut. Rombongan kemudian meneruskan perjalanan ke Kampung Paya Redan untuk sesi beramah mesra bersama penduduk diikuti Majlis Santapan di Padang Awam Lenga, Muar. Di Padang Awam Lenga, ketibaan konvoi tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam majlis itu, Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada penerima. Permaisuri Johor kemudian melawat gerai pameran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor diikuti pameran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menyaksikan hasil kraf tangan masyarakat berkenaan. Selepas beramah mesra selama kira-kira sejam di Kampung Sri Gajah, konvoi meneruskan jelajah sejauh 235 kilometer itu ke Pekan Kangkar Baru, Batu Pahat dan Kampung Melayu Batu 3 1/2 Paloh sebelum berakhir di Kem Batalion Ke-5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu 3, Kluang. Esok, KMJ meneruskan jelajah pada hari ketiga dari Kluang menuju ke Mersing dan Kota Tinggi. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/konvoi-kmj-disambut-meriah-1.123363#sthash.nNBT8qAe.dpuf
Oleh MD AZRIN ROSLY dan FARHANA JONI [email protected] Dayang Noriah Abang Anuar menyiram pada pusara anaknya, Ariza Ghazalee di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUST IE NOORAMBIA KUCHING 22 Ogos - Jenazah dua beranak, Ariza Ghazalee, 46, dan Muhammad Afif Tambi, 19, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini hari ini. Upacara pengebumian yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang itu selesai pada pukul 6.10 petang ini. Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila ahli keluarga mangsa dan orang ramai yang hadir masing-masing menahan sebak dan ada yang menitiskan air mata. Antara ahli keluarga Ariza yang hadir ialah ibunya, Dayang Noriah Abang Anuar, 72; kakaknya, Madzalina Ghazalee, 47, dan abang iparnya, Drahman Jie. Tetamu kenamaan yang hadir pula ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan beberapa Menteri Kabinet negeri. Terdahulu, kedua-dua jenazah yang diterbangkan dengan pesawat C-130 Hercules dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.25 pagi ini, selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 2.17 petang. Ketibaan jenazah yang diiringi oleh Rohani dan Fadillah dalam pesawat sama dari KLIA telah disambut oleh kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga mangsa, tetamu kenamaan termasuk bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Panglima Pemerintah Wilayah Timur, Leftenan Jenaral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar. Selesai upacara menyambut ketibaan jenazah dengan istiadat ketenteraan yang dilakukan oleh 30 anggota dari Rejimen Keempat Kor Amor Diraja pada pukul 2.45 petang, jenazah Ariza dan Muhammad Afif dibawa ke Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya di sini untuk disembahyangkan pada pukul 3.25 petang. Di Masjid Jamek Negeri, kira-kira 1,000 orang sudah menunggu seawal pukul 1.15 petang untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Datuk Jorji Suhaili. Turut sama menunaikan solat jenazah ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Fadillah dan Rohani. Sebelum disembahyangkan, dua keranda membawa jenazah yang ditutup dengan bendera Malaysia itu diusung masuk ke dalam ruang solat utama masjid oleh 27 anggota daripada Batalion Ke-11 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Semenggoh di sini, diketuai oleh Sarjan Mohd. Fandi Saat dan Sarjan Mohd. Nizam Hat kira-kira pukul 3.20 petang. Jorgi kemudian mengetuai bacaan Yasin sebelum menunaikan solat asar dan solat jenazah secara berjemaah. Majlis solat jenazah selesai pada pukul 4.30 petang. Sementara itu, Adenan ketika ditemui pemberita selesai solat jenazah memberitahu, hari ini rakyat negara ini disatukan dalam kesedihan dan air mata sebagai bukti semua penduduknya bersatu. Dalam pada itu, pelbagai agensi kerajaan turut mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta berkabung untuk mangsa MH17. Antaranya ialah kira-kira 200 orang dari pejabat Majlis Islam Sarawak, Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sarawak (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak yang mengadakan majlis itu di Kompleks Islam Sarawak di sini bermula pada pukul 8.30 pagi diketuai oleh Jorji. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_13/2-beranak-dikebumi-satu-liang-lahat#ixzz3BMqQOZMj © Utusan Melayu (M) Bhd