According to the folklore of Central Java, the legend of Rawa Pening relates to the story of a young man named Jaka Baru Klinting.
#blessing
Here's an adventure: engineer a flat, diamond-shaped shawl into a cardigan. It's a pretty neat trick.
Bicara di WWF Bali 2024, Pj Gubernur Jateng Sampaikan Pengelolaan Rawa Pening yang Berkelanjutan
Shop modern and vintage wall décor including art, clocks, frames and tapestries from top sellers and makers around the world. Global shipping available.
Download hd Illustration Of Headache - Sakit Kepala Gambar Kartun Clipart and use the free clipart for your creative project.
Looks from some really hop-pening runways.
Personal Trainer needs some motivating Logo Light neutrals,Dark neutrals,Reds Sport by Rada pening
Check out these tough Sample 2024 BECE Mathematics Questions and Answers and use them to revise for the pening exam
At last... siap jugak Shimmering Flora ni. Pening kepala jugak nak cari color yang sesuai dengan baju ni. Baju ni colornya yellow striking...
There is a certain charm to pening doors to find a lovely picture in these traditional German Paper Advent Calendars. They are re-usable.
so its been a while i havent update my blog . otak saye pening lah dan saya sangat sangat merindui awak syg <3 bilekah kite maw pergi itu...
Presiden NGO pendesak Melayu, PERKASA mendoakan agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim cepat-cepat dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantunya. Dakwa Ibrahim, ia baik kerana Anwar telah banyak menyusahkan "pihak keselamatan negara". "Saya bersyukur dan gembira Anwar akan ke penjara atas kesalahannya. Lagi cepat dia masuk penjara lagi baik. "Ia baik untuk rakyat dan negara, baik juga untuk pihak keselamatan kerana pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Ibrahim lagi, beliau ada bercadang untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Anwar dipenjarakan nanti. Tambahnya, perkara itu pasti menjadi kenyataan memandangkan Anwar sendiri sudah menghebahkan dalam ceramah-ceramahnya yang beliau tetap akan dipenjarakan. "Saya berdoa, cepatlah dia ke penjara, seperti yang dia sendiri uar-uarkan. "Sayalah orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara," katanya lagi. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu memutuskan Anwar bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Anwar dan peguamnya kini sedang merayu keputusan tersebut. Sumber M-K
Oleh Zulkiflee Bakar REAKSI wajah Abdul Hadi Awang dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60, di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, kelmarin. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN UCAPAN dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-60 di Batu Pahat, Johor, kelmarin dilihat mempunyai sedikit keberanian apabila beliau menegur dua kelompok yang berkaitan dengan parti itu. Kelompok pertama yang ditegur oleh Abdul Hadi ialah pemimpin dan ahi Pas supaya ``jangan ada orang yang merasakan dirinya cukup kuat, tidak sabar dalam perjuangan, merasa sangat bijak dan boleh sewenang-wenangnya menyanggah dasar dan matlamat perjuangan kita.'' Kelompok kedua pula ialah sekutu parti tersebut, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang diingatkan oleh Abdul Hadi supaya tidak mengkhianati Pas dan meminta apa juga rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ia dilaksanakan. Sememangnya itulah dua kelompok yang dilihat meletakkan Pas terumbang ambing dan terjebak dalam krisis, malah lebih buruk daripada itu ia juga berkaitan dengan masa depan politik parti tersebut. Namun persoalan lebih besar yang harus difikirkan sejauh manakah keberanian Abdul Hadi bagi berhadapan dengan dua kelompok itu kerana biarpun datang daripada `lubuk' berbeza tetapi kedua-dua membawa misi yang sama iaitu memastikan Pas mengikut kehendak PKR dan DAP. Isu jawatan Menteri Besar (MB) Selangor telah mendedahkan wajah sebenar kedua-dua kelompok sehingga ia mengheret Pas ke dalam krisis. Selain diasak oleh PKR dan DAP, Pas berhadapan juga dengan tekanan dari dalam parti sendiri. Kelompok pertama terdiri daripada segelintir pemimpin Pas yang dilihat terlalu taksub dalam menjaga hubungan dengan kedua-dua parti tersebut, malah dalam sesetengah tindakan, mereka dilihat lebih menyebelahi keputusan PKR dan DAP berbanding parti sendiri. Kehadiran kelompok ini yang dilihat semakin lantang sehingga sanggup mengkritik Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama secara terbuka mewujudkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi. Golongan tersebut menjadi sasaran perwakilan dalam muktamar kali ini kerana dianggap tidak tahu adab berjemaah dan jika dibiarkan boleh merosakkan masa depan politik Pas. Berikutan keadaan itulah Dewan Ulama meluluskan usul agar pucuk pimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin seumpama itu. Tindakan itu dibuat bukanlah bertujuan untuk menganiaya pemimpin-pemimpin terlibat sebaliknya sebagai pengajaran supaya tidak terlalu bersikap seperti `menyarung jersi' Pas tetapi bermain untuk `pasukan' lain. Begitulah juga kumpulan pemimpin berkenaan, biarpun berada dalam Pas sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi tingkah laku mereka seolah-olah berada dalam PKR dan DAP. Sebab itulah dalam ucapan dasar Abdul Hadi mengingatkan kelompok seumpama ini bahawa, ``Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti dan bukan sebaliknya. Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri.'' Kenyataan Abdul Hadi selari dengan pandangan beberapa ulama dalam parti itu yang mengingatkan, ahli-ahli Pas jangan terlalu seronok dengan tahaluf siyasi kerana apa pun keadaan mereka adalah ahli Pas. Maksudnya, mereka harus mengutamakan Pas berbanding PKR dan DAP tetapi apa yang sering berlaku ialah apabila tercetus sesuatu isu, mereka lebih menantikan apa pendirian kedua-dua parti tersebut walaupun parti sendiri sudah membuat keputusan. Sikap itu memburukkan imej Pas kerana ia menampakkan berlaku perpecahan apatah lagi jika ia melibatkan pemimpin kanan, namun begitu persoalannya sejauh manakah Abdul Hadi mempunyai keberanian untuk bertegas dengan kumpulan tersebut? Ia memandangkan ada antara mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan hormat kepada Abdul Hadi apabila tergamak mengkritik Presiden Pas itu secara terbuka. Walaupun peringatan Abdul Hadi terhadap kelompok kedua dianggap `agak lembut' namun ia sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada PKR dan DAP bahawa `Pas sudah mula bersuara'. Ia memandangkan selama ini terlalu sukar untuk mendengar nada seumpama itu daripada Pas. Pas dilihat hanya mengikut sahaja segala kemahuan PKR dan DAP sehingga ia menimbulkan perasaan bosan dalam kalangan ahli parti itu sendiri, mereka kecewa dan gelisah dengan perkembangan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan imej parti yang memperjuangkan Islam tersebut. Tetapi kini Abdul Hadi sudah memberikan peringatan kerana hujah beliau, sepanjang sejarah perjuangan Pas, parti itu tidak pernah mengkhianati rakan tahalufnya, oleh itu beliau juga meminta mereka tidak mengkhianati Pas. Selama ini itulah yang berlaku, Pas seolah-olah bukan sahaja dipaksa mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh PKR dan DAP tetapi tidak dibawa berunding dalam rancangan besar yang mahu dilaksanakan seperti dalam isu `Langkah Kajang'. Pas berhak untuk menentang rancangan tersebut kerana ia turut mengheret Pas ke dalam konflik. `Langkah Kajang' bukan soal PKR semata-mata tetapi Pas kerana kedua-dua parti itu bersama DAP adalah kerajaan di Selangor. Oleh itu, apa juga tindakan berkaitan dengan kerajaan berkenaan perlu dirunding dan bukannya dibuat senyap-senyap kerana sudah terbukti apabila wujud masalah, Pas turut bermasalah memandangkan di dalam Pas ada pemimpinnya yang membawa suara PKR dan DAP. Mungkin pemimpin PKR dan DAP memandang sinis peringatan Presiden Pas tersebut tetapi mereka perlu faham, ahli-ahli Pas akan menilai sejauh manakah peringatan Abdul Hadi akan dipatuhi oleh kedua-dua parti itu. Jika mereka melihat PKR dan DAP terus mengamalkan sikap tidak endah terhadap peringatan Abdul Hadi sudah pasti mereka akan bertindak balas dan dalam soal ini kedua-dua parti itu perlu memahami bahawa sebahagian besar keberkesanan gerakan pilihan raya dalam pakatan pembangkang bergantung kepada Pas. Justeru tidak mungkin ahli Pas akan bertungkus lumus kepada mana-mana juga calon daripada parti yang tidak tahu menghormati Presiden mereka. Apa pun, Abdul Hadi boleh dianggap sudah menunjukkan ketegasannya tetapi ia tidak boleh sekadar melontarkan suara sahaja sebaliknya perlu disusuli dengan tindakan. Presiden Pas itu perlu bertegas dalam berhadapan dengan PKR dan DAP serta pemimpin yang membawa suara kedua-dua parti tersebut di dalam Pas kerana ia melibatkan maruah Pas. Jika Abdul Hadi tidak ada keberanian untuk memperjuangkan apa yang sudah beliau peringatkan, maka ia sudah tentu akan memberi kesan buruk kepada Pas dari segi politik kerana orang akan menganggap peringatan beliau dalam muktamar berkenaan sekadar retorik politik semata-mata. Kita yakin Abdul Hadi memahami hakikat ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140920/re_01/Jangan-sekadar-retorik-politik#ixzz3E1XKLKNw © Utusan Melayu (M) Bhd