Semua permohonan pengampunan termasuk kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan
#selalumengucapsyukur#percaya #successfulbethanyfamilies #mengucapsyukur #believe #firmantuhan #gereja#church #surabaya #senior #pastor#pendeta #SuaraKebenar...
#quranjournaling #quranjournal #doodling #tadabburquran #hijrah #istiqomah #muslimahproductive #muslimproductive #islamicreminder #islamicart #quranquotes #quranverses #islamicquotes #qurantagging #quranreflections
Apa hubungan antara pengampunan dosa dan memasuki kerajaan surga? Bagaimana kita bisa menyingkirkan belenggu dosa? Setelah menyelidikinya, akhirnya saya menemukan jawabannya.
Dalam sebuah wawancara dengan South China Morning Post (SCMP), Ali mengharapkan pengampunan dari Presiden Indonesia Joko Widodo.
denda damai dimiliki oleh Kejaksaan Agung lantaran Undang-Undang tentang Kejaksaan yang baru memungkinkan hal tersebut.
MASIH RAGU MEROKOK ITU HARAM?
HULU SELANGOR: Kerajaan digesa supaya bersikap adil terhadap pematuhan undang-undang termasuk berhubung ketaatan kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang merupakan pengerusi dalam Lembaga Pengampunan.
Oleh Qianbei, China Sejak menjadi seorang Katolik aku sering melihat para pastor dan uskup berjubah putih mengadakan Misa untuk umat paroki. Setelah melakukan dosa, umat paroki akan berlutut di hadapan para pastor dan mengucapkan pengakuan dosa dan kemudian para pastor akan mengucapkan rumusan absolusi dan pengampunan dosa atas nama Tuhan. Mau tak mau aku menjunjung
BANDA ACEH - SEDANG ramai di media sosial terkait pernyataan Presiden Prabowo Subianto yang akan memberikan pengampunan kepada para koruptor asal mengembalikan hasil korupsinya ke negara. Lalu heboh lagi dengan vonis terhadap Harvey Moeis yang kejahatannya merugikan negara Rp300 triliun di kasus korupsi pengelolaan tata niaga komoditas timah, namun hanya divonis 6,5 tahun penjara. Belakangan Presiden Prabowo meluruskan
Saat ditanyakan lebih jauh mengenai nilai harta yang akan dideklarasi maupun direpatriasi belasan pengusaha tersebut, Rosan enggan membocorkannya. "Itu rahasia," tutur dia. Ketua Umum Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Indonesia Rosan P. Roeslani mengajak belasan pengusaha untuk serentak ikut program pengampunan pajak (tax amnesty) pada Selasa ini (27/9/2016). Keikutsertaan pendiri Recapital Group ini tidak terlepas…
Target tax amnesty di periode III Usaha Kecil dan Menengah (UKM) | PT Rifan Financindo Berjangka Cabang Axa Direktur Penyuluhan, Pelayanan, dan Humas Ditjen Pajak, Hestu Yoga Saksama mengaku, peringatan keras ini akan dilakukan Ditjen Pajak supaya WP terhindar dari Pasal 18 Undang-undang (UU) Pengampunan Pajak tentang sanksi bunga 2 persen setiap bulan dan sanksi hingga…
Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) di dua tempat berbeza, yang terpisah dengan jarak hampir 700 kilometer, dan pada masa sama memastikan perjalanan kempen berjalan lancar. Namun, tanggungjawab itu berjaya digalas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditugaskan sebagai pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin di Pahang. Walaupun perlu membahagikan masa di kedua-dua kawasan Parlimen itu, Timbalan Perdana Menteri memainkan peranannya dengan seadil-adilnya tanpa mengabaikan pengundi di kedua-dua kawasan itu. Bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya kecil itu, Muhyiddin turut melantik dua Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai pengarah PRK bersama di Permatang Pauh dan Rompin. Seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai penyelaras BN bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu. Boleh dikatakan kehadiran Muhyiddin di Permatang Pauh selang sehari, diikuti program di Rompin dan kembali ke Permatang Pauh. Jadual program di Permatang Pauh yang meliputi perjumpaan dengan pelbagai lapisan masyarakat di setiap pelosok kawasan Parlimen itu menunjukkan komitmen BN dalam meraih sokongan pengundi untuk memilih calon BN Suhaimi Sabudin sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu. Sering kali menekankan BN sebagai 'underdog' di Permatang Pauh, Muhyiddin mengibaratkan cabaran yang perlu dilalui parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen itu seperti 'mendaki gunung'. "Saya tahu ini bukan kerja mudah...'we are underdog' kata orang, sebagai 'underdog' kita tahu cabaran kita seperti mendaki gunung. "Tapi saya yakin kerana dalam BN yang gerak kerja mereka semuanya padu, tak ada split (perpecahan) dalam UMNO bahagian baik dari segi gerakan ataupun dari segi calon tak ada perpecahan. Kita tahu kita boleh bergerak sebagai satu pasukan," katanya selepas proses penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Berapit dekat sini pada 25 April lepas. Dalam merealisasikan kemampuan BN melakar sejarah baharu di kawasan kubu kuat PKR itu, Muhyiddin sering menegaskan parti-parti komponen BN terutamanya UMNO untuk terus bersatu tanpa melakukan sebarang unsur sabotaj dan fokus kepada usaha memenangi kerusi Parlimen itu pada 7 Mei ini. Muhyiddin juga mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan kemelut DAP-PAS-PKR sebagai pengukur kepada kekuatan BN dalam pilihan raya kecil itu sebaliknya lebih menumpukan kepada aspek memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan pakatan pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Timbalan Perdana Menteri turut berkata tumpuan utama penjelasan yang akan dibuat oleh jentera BN ialah mengenai isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu termasuk isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Muhyiddin sebelum ini turut mengarahkan agensi penguatkuasaan supaya mengambil tindakan segera menangani masalah dalam pelaksanaan sistem percukaian baharu itu. Dalam kesibukan memantau perjalanan kempen pilihan raya kecil, Muhyiddin tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin kedua tertinggi negara yang turut memerlukan perhatian. Komitmen Muhyiddin yang tidak berbelah bahagi itu membuktikan BN benar-benar mahu memberikan yang terbaik untuk pengundi-pengundi di kawasan itu dengan meneruskan agenda pembangunan yang sepenuhnya. Kini segalanya terletak di tangan pengundi untuk menilai kesungguhan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat serta memastikan tidak ada lapisan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan. PRK Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan calon Bebas, Salleh Isahak. PRK yang dijadualkan pada 7 Mei ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara lima tahun kerana sabitan meliwat, melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Sementara itu, PRK Rompin yang akan diadakan esok menyaksikan calon BN Datuk Hasan Arifin dicabar calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen itu ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lepas. sumber
Tumpu pemulihan banjir, perpaduan ummah HUSSAINI AMRAN DAN KAMIL MASLIH | 26 Februari 2015 1:38 AM Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin mendengar sesuatu yang dikatakan oleh Hishammuddin Tun Hussein sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn PWTC Kuala Lumpur, malam tadi. Turut sama, Tengku Adnan Tengku Mansor. – Utusan/Abdul Razak Latiff KUALA LUMPUR 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini. Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, pada masa ini, tumpuan perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah. “Kita tengok masih banyak lagi mangsa banjir yang belum menerima bantuan. “Selain itu, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha-usaha membawa kepada perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan politik, perpaduan ummah perlu diutamakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini. Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu. Perdana Menteri menambah, keputusan untuk tidak meletakkan calon itu bukan perkara baharu kerana BN juga tidak bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor tahun lalu. “Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding tetapi UMNO tidak akan meletakkan calon,” jelasnya ketika ditanya tentang kemungkinan calon Bebas bertanding dalam PRK DUN Chempaka. Berhubung persiapan menghadapi kemungkinan PRK di Parlimen Permatang Pauh, Najib berkata, BN akan membuat keputusan setelah tafsiran Perlembagaan Persekutuan terhadap petisyen yang dikemukakan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai. “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dinasihatkan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan itu dan SPR akan tentukan tarikh. “Bila SPR tentukan tarikh, MT UMNO akan buat keputusan dan umumkan bila sampai masanya kelak,” katanya. Status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh masih belum ditentukan selepas anaknya, Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bn-tidak-bertanding-prk-dun-chempaka-1.63798#sthash.0mv06yB4.dpuf