riahC retupmoC gninilceR thgieH elbatsujdA,taeS leviwS tnediserP yruxuL,riahC eciffO cimonogrE,sriahC evitucexE laireganaM riahC ssoB CQIU H
Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Timbalan Yang Di-Pertua Datuk Ismail Mohamed Said mengadakan undian berbelah bagi selepas ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangkit membantah kelulusan bacaan Rang Undang-Undang Perbekalan (2015) peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan. Ia berlaku selepas ketegangan yang tercetus apabila Ismail tidak mengendahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua untuk meneruskan soalan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sejurus selepas Ismail membaca aturan urusan mesyuarat, ahli Parlimen PR bangun bagi membantah bacaan kali kedua diteruskan. "Mengikut undang-undang Dewan, loceng akan dibunyikan dan semua ahli Parlimen perlu kembali dalam dewan untuk kiraan dimulakan," kata Ismail di Dewan Rakyat hari ini. Sementara menunggu keputusan undi belah ahli Parlimen pembangkang mengkritik Chua yang tidak mahu menjawab soalan mereka berkenaan "kontroversi" 1MDB. "Walaupun mereka (kerajaan) menang, hakikatnya menteri tidak jawab soalan," kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. "Didik menteri itu betul-betul, dia tak tahu jawab soalan, didik dia," jerit Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim lantas membangun dan menjerit, "You shut up" apabila Pua menjerit "malu". Kemudian, keputusan undi memihak kepada Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 57 undi manakala Pakatan Rakyat (PR) memperolehi 34 undi sebelum ia diluluskan. Terdahulu mengenai surat sokongan Putrajaya dibangkitkan Pua yang sebelum ini kerajaan menafikan mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun Chua menolak untuk menjawab pertanyaan tersebut dengan menegaskan ia soalan berdasarkan andaian. "Saya tidak mahu untuk memperkasakan mengenai isu tersebut hanya kerana pelbagai andaian dibuat," katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke kemudiannya berkata, kepada pemberita menjangkakan kiraan undi berbelah bahagi sememangnya tidak memihak kepada PR. "Kita tahu bahawa kita tidak dapat memenangi undi tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen tadi. Bagaimanapun beliau menyifatkan ahli Parlimen PR berjaya menghantar mesej kepada Chua bahawa beliau selaku timbalan menteri kewangan seharusnya tidak boleh untuk menolak menjawab pertanyaan di Dewan Rakyat. sumber
08 September 2015 1:39 AM Pandikar Amin Mulia (kanan) bersalaman dengan sebahagian daripada peserta AIPA ketika hadir merasmikan mesyuarat Ahli Parlimen Wanita ASEAN di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Doris Sophia Brodi (dua dari kanan). utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN KUALA LUMPUR 7 Sept. – Dewan Rakyat tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada mana-mana ahli Parlimen termasuk wakil rakyat pembangkang sehingga kini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, keperluan bagi mempertimbangkan perkara itu hanya wujud sekiranya terdapat usul dan selaku Speaker, beliau berkuasa mutlak sama ada mahu menerima atau menolak “Saya hanya akan mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang tampil mengemukakan usul itu,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Agung Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Ke-36 di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan pembangkang yang menuntut sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan. Tindakan pembangkang itu dibalas dengan kecaman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana ujarnya, usul berkenaan bercanggah dengan Perkara 43 (a) Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkembangan yang sama, Pandikar Amin berkata, tiada mana-mana menteri atau ahli Parlimen yang boleh bertindak melebihi kuasa Speaker dalam menentukan usul yang layak dibentangkan. Malah katanya, Perdana Menteri sendiri tidak mempunyai kuasa dalam menentukan perkara itu kerana hanya Speaker layak membuat keputusan. “Saya dapati beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang memberi penerangan tidak tepat. Demokrasi bersandarkan Perlembagaan dan peraturan Parlimen di bawah Perkara 62,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiada-usul-undi-tidak-percaya-8211-pandikar-1.133101#sthash.9jKsNe6i.dpuf
Pinda Perlembagaan, mudahkan proses hilang kelayakan ahli Parlimen
Penerimaan atau penolakan usul sedemikian berada dalam bidang kuasa dan budi bicara Yang Dipertua Dewan atau Speaker.
Beberapa pertemuan rahsia diadakan antara pemimpin pembangkang dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sejak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak heboh, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. The Star Online melaporkan, timbalan presiden PKR itu juga berkata, mesyuarat berkenaan adalah sebahagian daripada strategi untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi bagi undi tidak percaya terhadap Najib. "Ya, pertemuan. Beberapa pertemuan," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu ketika ditanya sama ada pembangkang mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen BN untuk menyokong usul itu. Bagaimanapun Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak, tidak mendedahkan berapa ramai ahli Parlimen daripada pembangkang dan BN yang akan menyokong usul itu, yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini. "Saya tidak boleh mendedahkannya (berapa ramai) kini tetapi yang pasti ia sebagaimana diharapkan. "Kita mesti mengambil kesempatan ini untuk meluahkan sentimen rakyat yang kita perlu kuat, kepimpinan baharu di Putrajaya," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan itu. Azmin juga dilaporkan berkata, beliau berharap ahli Parlimen BN akan mengambil peluang untuk turut serta dengan pembangkang menyokong usul itu. Pada sidang media di Parlimen hari ini, Dr Wan Azizah berkata usul itu hanya berkaitan kehilangan keyakinan terhadap Najib dan bukan kerajaan. Beliau berkata, percaya majoriti ahli Parlimen termasuk daripada BN sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Najib Razak. sumber
Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya kecil (PRK) di dua tempat berbeza, yang terpisah dengan jarak hampir 700 kilometer, dan pada masa sama memastikan perjalanan kempen berjalan lancar. Namun, tanggungjawab itu berjaya digalas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditugaskan sebagai pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Rompin di Pahang. Walaupun perlu membahagikan masa di kedua-dua kawasan Parlimen itu, Timbalan Perdana Menteri memainkan peranannya dengan seadil-adilnya tanpa mengabaikan pengundi di kedua-dua kawasan itu. Bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya kecil itu, Muhyiddin turut melantik dua Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai pengarah PRK bersama di Permatang Pauh dan Rompin. Seorang lagi Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai penyelaras BN bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu. Boleh dikatakan kehadiran Muhyiddin di Permatang Pauh selang sehari, diikuti program di Rompin dan kembali ke Permatang Pauh. Jadual program di Permatang Pauh yang meliputi perjumpaan dengan pelbagai lapisan masyarakat di setiap pelosok kawasan Parlimen itu menunjukkan komitmen BN dalam meraih sokongan pengundi untuk memilih calon BN Suhaimi Sabudin sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu. Sering kali menekankan BN sebagai 'underdog' di Permatang Pauh, Muhyiddin mengibaratkan cabaran yang perlu dilalui parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen itu seperti 'mendaki gunung'. "Saya tahu ini bukan kerja mudah...'we are underdog' kata orang, sebagai 'underdog' kita tahu cabaran kita seperti mendaki gunung. "Tapi saya yakin kerana dalam BN yang gerak kerja mereka semuanya padu, tak ada split (perpecahan) dalam UMNO bahagian baik dari segi gerakan ataupun dari segi calon tak ada perpecahan. Kita tahu kita boleh bergerak sebagai satu pasukan," katanya selepas proses penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Berapit dekat sini pada 25 April lepas. Dalam merealisasikan kemampuan BN melakar sejarah baharu di kawasan kubu kuat PKR itu, Muhyiddin sering menegaskan parti-parti komponen BN terutamanya UMNO untuk terus bersatu tanpa melakukan sebarang unsur sabotaj dan fokus kepada usaha memenangi kerusi Parlimen itu pada 7 Mei ini. Muhyiddin juga mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan kemelut DAP-PAS-PKR sebagai pengukur kepada kekuatan BN dalam pilihan raya kecil itu sebaliknya lebih menumpukan kepada aspek memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan pakatan pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Timbalan Perdana Menteri turut berkata tumpuan utama penjelasan yang akan dibuat oleh jentera BN ialah mengenai isu yang dibangkitkan oleh penduduk di kedua-dua kawasan Parlimen itu termasuk isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP). Muhyiddin sebelum ini turut mengarahkan agensi penguatkuasaan supaya mengambil tindakan segera menangani masalah dalam pelaksanaan sistem percukaian baharu itu. Dalam kesibukan memantau perjalanan kempen pilihan raya kecil, Muhyiddin tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin kedua tertinggi negara yang turut memerlukan perhatian. Komitmen Muhyiddin yang tidak berbelah bahagi itu membuktikan BN benar-benar mahu memberikan yang terbaik untuk pengundi-pengundi di kawasan itu dengan meneruskan agenda pembangunan yang sepenuhnya. Kini segalanya terletak di tangan pengundi untuk menilai kesungguhan kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat serta memastikan tidak ada lapisan masyarakat yang tercicir daripada arus pembangunan. PRK Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan calon Bebas, Salleh Isahak. PRK yang dijadualkan pada 7 Mei ini diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dihukum penjara lima tahun kerana sabitan meliwat, melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan ketua umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Sementara itu, PRK Rompin yang akan diadakan esok menyaksikan calon BN Datuk Hasan Arifin dicabar calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen itu ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lepas. sumber
Type of Project: Residential Company: Advantage Interiors Location: Ryde NSW
Project 51 is a modern contemporary home with well balanced architectural elements. The Kitchen is the heart of this home where the polished concrete floors are paired with dark joinery, Super White stone with the timber ceiling & brass features to offset the dark elements & add warmth depth to the space. The Steccawood batten wall with linear Led lights creates visual interest but is also used to hide the pantry & linen behind it creating “hidden walls”.
Company: My Little Empire Designer: Lauren & Mika Joiner: Crafted Kitchens / Sam La Rocca Rosebud Location: Highett, VIC
#project #hindi #aesthetic #projectideas #hindiproject
Type of Project: Residential Company: Alexandra Marie Interiors Photographer: Pablo Veiga Location: Coffs Harbour, NSW
Hello! It’s Thursday so it’s time for me to share some more amazing projects created by my Project Share friends! We are (from left to right): Gez of www.Nigezza.co.uk, Verity of www.inkybutterfly.com, me and then Jill of www.paperdaisycrafting.co.uk First up this week is Gez of www.nigezza.co.uk, with these fabulous altered playing cards… I’ll be honest ... Read More about The Project Share Project
Our contemporary Hamptons project combines modern conveniences and features with classic Hamptons style to achieve a timeless home design. The walk in wardrobe in the Master Suite boasts ample storage with features clean, contemporary lines and integrated LED lighting to create the ultimate wardrobe.
PROJECT 9a : Design Proposal-Batu Ferringhi Information Centre BOARD 1 : Site Analysis BOARD 2 : Schematic Design-Presenta...
Brunswick VIC Project - Projects - polytec
View credits, reviews, tracks and shop for the 1983 Vinyl release of "B-Project" on Discogs.
9 Best Practices to Avoid Subtle Traps in Project Planning.Try our award-winning PM software for free: https://www.projectmanager.com/?utm_source=youtube&utm...
{{ entry.description | striptags| slice(0,300) }}...