KAMIL MASLIH | 16 Oktober 2015 1:28 AM KUALA LUMPUR 15 Okt. - Rusia menafikan laporan akhir Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan negara tersebut dalam kejadian 17 Julai tahun lalu. VALERY YORMOLOV Duta Rusia ke Malaysia, Valery N. Yermolov berkata, hasil kajian yang dilakukan oleh firma pengeluar peluru berpandu berkenaan, Almaz Antey, mendapati peluru berpandu BUK yang menembak jatuh MH17 adalah peluru berpandu versi lama iaitu BUK 9M38 yang tidak lagi digunakan oleh tentera Rusia sejak 2011. Beliau memberitahu, kajian yang sama turut mendapati peluru berpandu berkenaan dilancarkan dari kawasan perkampungan Zaroschenskoye yang merupakan wilayah dikuasai tentera Ukraine dan bukannya sebagaimana teori DSB yang menyatakan peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Snezhnoye yang dikuasai pemisah Ukraine. Menurut Yermolov, Rusia telah memohon kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk membuka siasatan baharu terhadap nahas pesawat MH17 kerana mendapati masih banyak persoalan tidak terjawab daripada laporan akhir DSB. “Rusia telah menamatkan perkhidmatan peluru berpandu BUK 9M38 pada tahun 2011 kerana kita kini menggunakan peluru berpandu BUK 9M38M1, tetapi kita tahu yang (tentera) Ukraine masih mempunyai kira-kira 500 peluru berpandu (jenis BUK 9M38) sehingga sekarang. “Kita juga perlu sedar banyak negara bekas Soviet Union turut dilengkapi peluru berpandu jenis ini, selain beberapa negara NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) seperti Greece turut memilikinya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. Dalam sidang akhbar tersebut, wartawan yang hadir di Kedutaan Rusia di sini turut dipertontonkan dengan video dokumentari kajian yang dilakukan oleh Almaz Antey dan video berkenaan telah dimuat naik di laman web malaysia.mid.ru Laporan akhir yang dibentangkan DSB kelmarin menyatakan pesawat MH17 ditembak jatuh dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara jenis BUK dan kepala peledak peluru berpandu itu meletup di sebelah kiri kokpit pesawat berkenaan. Kata Yermolov, hasil kajian Almaz Antey mendapati corak serpihan letupan BUK 9M38 adalah serupa dengan kesan letupan yang diterima pesawat MH17 dan bukannya peluru berpandu BUK 9M38M1. Menurut beliau, hasil analisis dan simulasi yang dilakukan turut mendapati percanggahan dengan laporan akhir DSB mengenai kawasan peluru berpandu berkenaan dilancarkan. “Laporan daripada Almaz Antey ini adalah begitu penting untuk penyiasatan nahas MH17 tetapi telah diketepikan oleh DSB. Kami juga telah beberapa kali menjemput negara-negara anggota penyiasat MH17 termasuk Malaysia untuk datang ke Rusia bagi bekerjasama dalam siasatan nahas MH17 tetapi tiada siapa pun datang,” katanya. Jelas Yermolov, Rusia sedia bekerjasama bukan sahaja dengan Malaysia tetapi negara terlibat yang lain untuk mencari dalang di sebalik nahas MH17 dan membawanya ke muka pengadilan. “Seperti Malaysia, Rusia juga mahu mendapatkan kebenaran, ini pendirian kami. Bagaimanapun, kami agak terkejut dengan beberapa kenyataan daripada pemimpin Malaysia mengenai pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK buatan Rusia sedangkan semua sedia maklum, banyak negara bekas Soviet Union turut memiliki peluru berpandu BUK,” katanya. Berhubung keputusan Rusia menggunakan kuasa veto untuk menolak usul penubuhan satu tribunal antarabangsa kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yermolov berkata, Rusia tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan tribunal tersebut tetapi terbuka kepada cadangan beberapa negara terlibat untuk menggunakan saluran perundangan negara masing-masing bagi mendapat keadilan. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rusia-pertikai-laporan-1.147018#sthash.9CA7RxtK.dpuf
Finished my very first vinyl doll customization. It was kind of scary but I'm happy how she turned out! Painting vinyl dolls are not that much different from resin dolls. I can move onto more vinyl dolls with less fear! This Clawdeen is one of the 17 inch versions. I have carved out the eyes and taken out all of her hair. So, she wears eyes and wigs just like a ball jointed doll. Her eyes are 18mm (the rounder and wider the eyeball the better) and would wear a 7-8 size wig. She is available to go to a new home but will not come with the eyes and wig. She will come with her original clothing, boots and stand.
Description This is the first time I create a doll for the wig she is wearing. So, she was 100% inspired by the handmade mohair wig. Glossed eyes & matte lips glossed upon request.
FlightAware Aviation Photos: (14-5864), Sikorsky CH-37C Mojave BuNo145864 (C/N 56-099)National Naval Aviation MuseumTDelCoroMay 10, 2013, KNPA
“SHOT OUT OF THE SKY. Tomorrow's @Independent front page:”
17inch (45 cm) große Monster High Puppe repainted
Изображение
MUHAMMAD Muhriz Marzaidi sedih sambil memegang potret ibunya, Mastura Mustafa yang terkorban dalam nahas pesawat MAS MH17 di Ukraine ketika ditemui di Kampung Sentosa Paroi, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/ASWAD YAHYA PUTRAJAYA 19 Julai - "Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui Allah takkan kembali", itu antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin. Mohamed Affendi, 43, berkata, isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu. "Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu Allah, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap Allah dalam keadaan yang diredai," katanya selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel, di sini hari ini. Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS). "Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya," katanya. Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin. Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata, beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian. "Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana," katanya. Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140720/dn_15/Sayang-takkan-selamanya-sentiasa-ada-bersama-abang----Suami#ixzz384WdTgb3 © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh MD AZRIN ROSLY dan FARHANA JONI [email protected] Dayang Noriah Abang Anuar menyiram pada pusara anaknya, Ariza Ghazalee di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUST IE NOORAMBIA KUCHING 22 Ogos - Jenazah dua beranak, Ariza Ghazalee, 46, dan Muhammad Afif Tambi, 19, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya di sini hari ini. Upacara pengebumian yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 orang itu selesai pada pukul 6.10 petang ini. Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila ahli keluarga mangsa dan orang ramai yang hadir masing-masing menahan sebak dan ada yang menitiskan air mata. Antara ahli keluarga Ariza yang hadir ialah ibunya, Dayang Noriah Abang Anuar, 72; kakaknya, Madzalina Ghazalee, 47, dan abang iparnya, Drahman Jie. Tetamu kenamaan yang hadir pula ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan beberapa Menteri Kabinet negeri. Terdahulu, kedua-dua jenazah yang diterbangkan dengan pesawat C-130 Hercules dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.25 pagi ini, selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 2.17 petang. Ketibaan jenazah yang diiringi oleh Rohani dan Fadillah dalam pesawat sama dari KLIA telah disambut oleh kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga mangsa, tetamu kenamaan termasuk bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Panglima Pemerintah Wilayah Timur, Leftenan Jenaral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar. Selesai upacara menyambut ketibaan jenazah dengan istiadat ketenteraan yang dilakukan oleh 30 anggota dari Rejimen Keempat Kor Amor Diraja pada pukul 2.45 petang, jenazah Ariza dan Muhammad Afif dibawa ke Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya di sini untuk disembahyangkan pada pukul 3.25 petang. Di Masjid Jamek Negeri, kira-kira 1,000 orang sudah menunggu seawal pukul 1.15 petang untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri, Datuk Jorji Suhaili. Turut sama menunaikan solat jenazah ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Fadillah dan Rohani. Sebelum disembahyangkan, dua keranda membawa jenazah yang ditutup dengan bendera Malaysia itu diusung masuk ke dalam ruang solat utama masjid oleh 27 anggota daripada Batalion Ke-11 Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Semenggoh di sini, diketuai oleh Sarjan Mohd. Fandi Saat dan Sarjan Mohd. Nizam Hat kira-kira pukul 3.20 petang. Jorgi kemudian mengetuai bacaan Yasin sebelum menunaikan solat asar dan solat jenazah secara berjemaah. Majlis solat jenazah selesai pada pukul 4.30 petang. Sementara itu, Adenan ketika ditemui pemberita selesai solat jenazah memberitahu, hari ini rakyat negara ini disatukan dalam kesedihan dan air mata sebagai bukti semua penduduknya bersatu. Dalam pada itu, pelbagai agensi kerajaan turut mengadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta berkabung untuk mangsa MH17. Antaranya ialah kira-kira 200 orang dari pejabat Majlis Islam Sarawak, Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sarawak (Jakim), Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak yang mengadakan majlis itu di Kompleks Islam Sarawak di sini bermula pada pukul 8.30 pagi diketuai oleh Jorji. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_13/2-beranak-dikebumi-satu-liang-lahat#ixzz3BMqQOZMj © Utusan Melayu (M) Bhd
Dua ahli keluarga Rod Burrows, Jayden Burrows dan Kaylene Mann dalam satu sidang akhbar berkenaan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kelmarin. - AGENSI SYDNEY 18 Julai - Seorang wanita warga Australia yang sebelum ini kehilangan abangnya dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 lebih empat bulan lalu, dilaporkan turut kehilangan anak tirinya dalam nahas terbaharu melibatkan pesawat MAS, MH17. Menurut portal Daily Mail, abang kepada Kaylene Mann iaitu Rod Burrows dan kakak iparnya, Mary Burrow merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac lalu. Namun, hari ini, wanita itu mendapat tahu anak perempuan tirinya, Maree Rizk, pula merupakan antara 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam. Pesawat itu membawa semua orang pergi selama-lamanya dan kejadian ini telah merentap hati kami sekali lagi," kata abang kepada Mann, Greg Burrows. Burrows berkata, keluarganya cuba memahami bagaimana mereka boleh terperangkap dalam dua situasi yang hampir sama dengan melibatkan syarikat penerbangan yang sama. Dia baru sahaja kehilangan abangnya dan kini anak tirinya pula," katanya. Walaupun terpaksa berdepan dengan dua tragedi dalam masa terdekat, Burrow berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap MAS. Tiada siapa boleh meramalkan pesawat itu akan ditembak jatuh. Perkara itu di luar kawalan kita," ujarnya. Sementara itu, Presiden Kelab Bola Sepak Sunbury, Phil Lithgow berkata, Rizk dan suaminya, Albert dalam perjalanan pulang ke Melbourne selepas bercuti selama empat minggu di Eropah. Katanya, Albert yang merupakan seorang ejen hartanah adalah ahli jawatankuasa kelab dan Maree merupakan sukarelawan di kantin kelab tersebut manakala anak mereka, James bermain untuk kelab berkenaan. Mereka adalah rakyat yang baik. Anda tidak akan mendengar sebarang kata-kata buruk tentang mereka. Mereka sangat murah hati kepada masyarakat setempat dan selalu menghiburkan orang lain," katanya. Menurut beliau, ahli-ahli kelab merancang untuk memakai kain lilit lengan hitam dan berdiri selama satu minit bertafakur bagi menghormati keluarga Rizk dalam sebuah perlawanan yang akan diadakan esok. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_22/Wanita-Australia-hilang-ahli-keluarga-nahas-MH370-MH17#ixzz383yEmqds © Utusan Melayu (M) Bhd
Maimon Sarpan bersama anaknya, Mohd. Ghafar Abu Bakar. MELAKA 3 Ogos - Tiada apa yang dapat dilakukan oleh ibu kepada Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd. Ghafar Abu Bakar, 54, selain berharap dan berdoa agar mayat anaknya segera dikenal pasti serta dibawa pulang ke negara ini. Maimon Sarpan, 74, berkata, biarpun terpaksa menunggu lebih lama iaitu untuk tempoh dua ming-gu lagi bagi mendapatkan mayat anaknya itu, dia reda walaupun hanya cebisan anggota badan sahaja yang diterima nanti. "Kalau terpaksa tunggu nak buat macam mana, terpaksalah menunggu juga. Lagi pun saya faham bukan senang nak bawa balik semua mayat dari kawasan nahas apatah lagi terletak di negara orang yang sedang bergolak. "Saya cuma mampu berdoa supaya proses membawa pulang mayat anak saya dan mangsa yang lain dipermudahkan Allah. Hati saya rasa seperti dirobek-robek apabila terpaksa menunggu lama sebab setiap hari saya tak dapat tidur ke-rana terbayang-bayangkan keadaan mayat anak saya itu. "Saya reda terima mayat anak saya dalam apa bentuk sekali pun, namun kalau boleh biarlah dalam keadaan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd. Ghafar meninggalkan seorang isteri Normi Abdullah, 54, berasal dari Sarawak serta tiga anak iaitu Saimah Baizura, 26; Amar Syarif, 25, dan Hafiz Azim, 14. Pesawat MH17 membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal terhempas di timur Ukraine dipercayai akibat dibedil peluru berpandu ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Maimon turut berharap agar seluruh rakyat negara ini dapat mendoakan segala urusan membawa pulang mayat mangsa nahas itu dipermudahkan. Kata Maimon, biarpun tragedi hitam itu sudah lebih dua minggu berlalu, namun kesedihan terhadap kehilangan Mohd. Ghafar masih menyelubungi keluarganya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140804/dn_16/Maimon-reda-tunggu-mayat-anak-lebih-lama#ixzz39U7x6weW © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan JUANI MUNIR ABU BAKAR BAPA Allahyarham Nur Shazana, Mohd. Salleh Shamsuddin sebak ketika menyiram air mawar ke pusara anaknya sambil diperhatikan oleh isteri, Sharom Ibrahim (kanan) di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/NOOR AZLINA JAAFAR PUTRAJAYA 22 Ogos - Menerima jasad anak dalam keadaan sempurna merupakan satu kelegaan buat ibu bapa salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh. Menurut ibu kepada pramugari itu, Sharom Ibrahim (gambar), 57, walaupun hanya melihat jasad arwah melalui gambar sahaja, namun ia sudah cukup untuk memberikan kelegaan kepada keluarganya. Dia berkata, penantian lebih sebulan untuk mengetahui keadaan jenazah anak sulungnya itu akhirnya terjawab. "Hanya suami saya sahaja melihat jenazah anak, dia ada ambil gambar dan menunjukkan kepada saya, tetapi itu sudah cukup sebenarnya. "Keadaan mayat arwah semuanya elok cuma pada giginya sahaja (mungkin patah), tiada apa-apa yang dapat saya katakan lagi. Semua telah berakhir," katanya dengan nada sebak. Sharom ditemui pemberita selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham Nur Shazana di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 di sini hari ini. Turut dikebumikan di tanah perkuburan yang sama ialah jenazah kru teknikal pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi. Kedua-dua jenazah itu tiba di sini pada pukul 1 petang dan kemudian dikebumikan sebelum Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin membaca talkin dan tahlil. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat. Turut hadir, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri. Sementara itu, bapa Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya. Dia yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui menyifatkan anaknya itu merupakan seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Sementara itu bapa kepada Allahyarham Ahmad Hakimi berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan MAS kerana membantu dalam penghantaran dan pengurusan jenazah anaknya sehingga dikebumikan. Dr. Hanapi Mohd. Noor, 67, memberitahu, dia dan isteri Allahyarham, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Juneid, 29, berasa lega kerana jenazah selamat dikebumikan pada pukul 3 petang ini. Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggalkan Sharifah Asma'a dan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Abderrahman. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_21/Mayat-arwah-semuanya-elok#ixzz3BN9aF2SR © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh Hairulazim Mahmud dan Siti A'isyah Sukaimi Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tiga persetujuan dicapai dalam rundingan hari ini dengan ketua yang bertaggungjawab di lokasi nahas, Alexander Borodai. Beliau berkata, sebanyak 282 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ketika ini di Torez akan dibawa ke Kharkiv menggunakan kereta api sebelum diserahkan kepada wakil dari Belanda. Menurutnya, enam anggota pasukan Malaysia akan mengiringi kereta api berkenaan sebelum diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat C130 Hercules Belanda. "Mayat mangsa warga negara Malaysia pula akan diterbangkan ke tanah air selepas itu apabila selesai siasatan forensik dilakukan," katanya pada sidang media khas di Seri Perdana di sini, awal pagi ini. PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkembangan terbaru mengenai nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada sidang media di Seri Perdana. FOTO Fariz Iswadi Ismail. Najib berkata, selain itu, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk yang akan bertanggungjawab ke atas bahan bukti itu. Katanya, pasukan penyiasat antarabangsa dibenarkan memasuki lokasi nahas dengan jaminan keselamatan bagi memulakan siasatan sepenuhnya tragedi berkenaan. "Saya tekankan di sini, walaupun kita sudah mencapai persetujuan namun banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk melengkapkan operasi. "Saya menyeru semua pihak meneruskan kerjasama bagi memastikan perjanjian ini dihormati dan Borodai setakat ini memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya. Najib berkata, dengan bermulanya siasatan ini, semua pihak akan dapat mengetahui punca pesawat itu terhempas dan siapa yang bertanggungjawab. "Dengan itu, mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Najib Tun Razak mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia di hotel penginapan beliau di Amsterdam, selepas mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Belanda, semalam. Turut hadir Azharuddin Abdul Rahman (kanan). - BERNAMA AMSTERDAM 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, laporan awal berhubung kandungan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan diumumkan kepada masyarakat dalam masa terdekat sejurus siasatan oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di makmalnya di United Kingdom (UK) sejak seminggu lalu, selesai. Perdana Menteri juga mengakui beliau mengetahui kandungan kotak berkenaan melalui taklimat yang diberikan kepadanya namun menjelaskan adalah tidak wajar untuk beliau membuat sebarang pendedahan. Katanya, hal demikian kerana siasatan oleh pihak antarabangsa itu diketuai oleh Lembaga Keselamatan Belanda malah Malaysia pula merupakan sebuah negara berkepentingan selaku pemilik pesawat "Saya tahu apa kandungannnya tapi tidak elok bagi saya (membuat kenyataan). Perlu beri AAIB di UK membuat kenyataan rasmi yang menyeluruh sebagai menghormati keluarga mangsa, " katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahmanyang turut menyertai sidang akhbar berkenaan memberikan penjelasan berhubung proses siasatan kotak hitam MH17. Katanya, berdasarkan undang-undang, negara lokasi nahas udara diberi kuasa mengetuai siasatan namun Ukraine telah menyerahkannya kepada Belanda dan persetujuan itu dibuat melalui nota diplomatik. Katanya, Lembaga Keselamatan Belanda yang diberi tanggungjawab itu kemudiannya menghubungi negara berkepentingan untuk menyertai pasukan siasatan, termasuk Malaysia selaku pemilik pesawat. Katanya, turut dijemput ialah United Kingdom sebagai pembuat enjin pesawat dan Amerika Syarkat (AS) sebagai pembuat pesawat, manakala Ukraine dan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sebagai pemerhati. "Laporan akan dihantar kepada pasukan penyiasat, pihak yang diberi kuasa mengetuai siasatan iaitu Belanda mempunyai kuasa untuk membuat sebarang kenyataan mengenainya. "Akan dikeluarkan laporan awal tidak lama lagi. Ia tidak boleh (diadakan) tergesa-gesa kerana laporan perlu berdasarkan fakta," katanya. - UTUSAN Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_02/PM-tahu-kandungan-kotak-hitam#ixzz39Zmz8bQA © Utusan Melayu (M) Bhd
THE HAGUE 27 Ogos - Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar. Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17, Datuk Dr. Zahari Noh (gambar) berkata, kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA yang prosesnya mengambil masa panjang. "Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti. "Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya. "Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini," katanya di sini. Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang itu berkata demikian sewaktu temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini. Dr. Zahari menjelaskan, dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi). Katanya, selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga. Jelas beliau, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti. "Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom. "Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Apabila semua sudah setuju, baru sahkan identiti jenazah. "Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi," katanya. Dr. Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta. Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti, jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting. Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar. Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata, setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa. "Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia. "Prosedur di sini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi," katanya. Tegas Dr. Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak. "Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia. "Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini. Dr. Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera. "Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti. Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air. Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas. Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_03/Fasa-mencabar-kenal-pasti-jenazah#ixzz3BeRTOJWz © Utusan Melayu (M) Bhd
HISHAMMUDDIN Tun Hussein (kiri) turut bersedih ketika bersama keluarga mangsa nahas MH17 di Hotel Marriot Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 19 Julai - Pasukan bantuan dari Malaysia yang telah berangkat ke Kiev, Ukraine malam tadi diharap dapat memasuki ke kawasan pesawat MH17 terhempas di Grabovo, Donestk dengan selamat. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, setakat ini usaha untuk memasuki ke kawasan itu masih dalam proses memandangkan ia terletak di bawah penguasaan puak pemisah. Katanya, tindakan selanjutnya kini bergantung kepada perbincangan diplomasi yang akan diadakan antara pihak kerajaan yang diwakili oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan pihak-pihak berkaitan. "Perlu bincang dengan pendekatan diplomasi kerana kita tahu kawasan itu dikuasai oleh puak pemisah. Banyak bergantung kepada hasil perbincangan oleh Tiong Lai di Kiev nanti," katanya kepada pemberita selepas menemui keluarga penumpang dan kru MH17 di sini hari ini. Tiong Lai dijadual ke Ukraine malam ini untuk menyertai siasatan tragedi MH17. Dalam pada itu Hishammuddin sekali lagi menggesa mana-mana pihak tidak mengganggu kedudukan serpihan MH17 bagi memudahkan siasatan dijalankan sekali gus dapat mengetahui punca kejadian itu berlaku. "Dengan kata lain kita mahu kawasan nahas ini tidak diganggu gugat," katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Malaysia telah meminta kerajaan Ukraine menjalin kerjasama dengan puak pemisah untuk memastikan pasukan bantuan tersebut dapat memasuki kawasan nahas. Jelasnya, pasukan berkenaan akan mengalami kesukaran untuk memasuki Grobovo memandangkan lokasi tersebut terletak kira-kira 500 kilometer dari Kiev. "Kami meminta mereka berbincang dengan puak pemisah untuk sekurang-kurangnya memberi kita masuk dan membawa keluar kesemua mayat,'' katanya Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140720/dn_07/Harap-pasukan-penyelamat-dapat-masuk-dengan-selamat#ixzz384NNhbUA © Utusan Melayu (M) Bhd
ISTERI Hasni Hardi Parlan, Nabila Yusra sambil memangku anak tunggalnya tidak dapat menahan sebak ketika jenazah Hasni Hardi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Lebar, Batu 8, Batu Anam, Segamat, Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SAARI SEGAMAT 22 Ogos - Ibu bapa Hasni Hardi Parlan, 31, salah seorang mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 bersyukur kerana semua urusan pengebumian jenazah anaknya berjalan lancar dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Lebar, Batu 8, Batu Anam di sini hari ini. Bapa mangsa, Parlan Masiran, 61, turut berterima kasih kepada kerajaan dan MAS yang telah banyak membantu semua keluarga mangsa dalam pelbagai urusan termasuk membawa jenazah pulang ke tanah air. "Apa yang berlaku sememangnya sesuatu yang amat menyedihkan tetapi saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan dan berasa lega selepas jenazah anak saya dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah," katanya ditemui selepas upacara pengebumian Hasni Hardi, dekat sini. Dalam pada itu, dia berharap kerajaan terus berusaha dan bekerjasama dengan kerajaan Belanda yang dibantu oleh pihak antarabangsa lain supaya dapat mengenal pasti penjenayah yang menembak pesawat MH17 dan mengheret mereka ke muka pengadilan. Sementara itu, ibu mangsa, Asiah Rajikon, 57, mengakui walaupun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, namun berpuas hati dengan cara pengurusan jenazah yang dilakukan oleh semua pihak termasuk semasa di Belanda. Menurutnya, semasa ke Belanda untuk mengiringi jenazah anaknya untuk dibawa pulang Isnin lalu, dia dan suaminya hanya sempat melakukan sekali sahaja solat jenazah untuk arwah. Walaupun masih bersedih atas kehilangan anak tersayang, tetapi dia tetap berasa bersyukur kerana kerajaan memberikan penghormatan negara terhadap semua mangsa tragedi tersebut. Bagi adik mangsa, Fatin Najiha Parlan, 28, yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd. Idham Hamjirin, 29, tahun depan akan mengadakan majlis secara sederhana bagi menghormati pemergian abangnya. "Cukuplah secara sederhana ketika seluruh ahli keluarga masih bersedih dengan apa yang berlaku kerana saya pasti kesedihan ekoran kehilangan abang memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_19/Keluarga-bersyukur-urusan-pengebumian-Hasni-lancar#ixzz3BN4T6Zbz © Utusan Melayu (M) Bhd