dilacion
𝙠𝙖𝙣𝙜𝙚𝙣
Maka saat itulah kamu memerlukan kata-kata motivasi ataupun kata mutiara.Untuk itu, jangan sampai kesedihan kamu terus dirasakan berlarut
Musibah bencana alam dan non alam yang saat ini melanda khususnya Gorontalo, tentunya membawa kesedihan yang mendalam bagi masyarakat.
Raut wajahnya datar. Tidak terlihat ada kesedihan di raut wajah Ety binti Toyyib Anwar, warga Desa Cidadap, Kecamatan Cingambul, Kabupat...
Keutamaan membaca Asmaul Husna adalah terkabulnya hajat, terjamin masuk surga, meningkatnya keimanan, mendapat rahmat dan cinta Allah, dan penghibur kesedihan.
Sinopsis:Dihantui oleh kesedihan dan rasa bersalah setelah kecelakaan tragis, Anda mulai melihat sebuah rumah dalam mimpi Anda. Apa pun yang Anda lakukan, An...
Doa ini memohon berbagai berkah dari Allah SWT melalui shalawat kepada Nabi Muhammad SAW, antara lain mempermudah urusan, menghilangkan kesedihan, ampun atas dosa, tercapainya harapan, serta diizin... by ZulkarnainAgung in doa penutup dalail
“Ya Allah, Tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Tuhan. Sesungguhnya aku tekah menganiaya diriku sendiri dan aku termasuk golongan orang yang zalim” Doa tersebut dikenal dengan doa Dzin Nuun, doa yang selalu dipanjatkan oleh Nabi Yunus selama dalam perut ikan paus hingga ikan tersebut menepi di pinggir dan memuntahkan tubuh Nabi Yunus. Adapaun kita yang sedang tenggelam dalam kesedihan yang mendalam dan tak ada yang mampun melenyapkannya kecuali cahaya tersebut.
Ketika Dirimu Lalai Dalam Beribadah Ingatlah Nasehat Ini "Wahai hamba Allah, ketahuilah sesungguhnya kalian hanya beramal pada hari-hari yang pendek untuk hari-hari yang panjang Kalian hanya beramal di negeri yang akan lenyap untuk negeri yang akan menjadi tempat tinggal, di negeri penderitaan dan kesedihan untuk negeri kenikmatan dan keabadian" Bilal bin Sa'ad rahimahullah Shifatush Shafwah, 2/377 Sponsored: InterCame SMART CCTV kajianriyadhuljannah ••• #ibadah #amal #akhirat #kehidupanabadi #nasehatdiri #nasehatislami #IslamicReminders #selfreminder #islam #muslim #muslimah Instagram Post: https://www.instagram.com/p/C_J7pq4B9m3/?igsh=MWQ5YmI1cDdxejdtZg== Instagram: https://instagram.com/tantyosipa Telegram: t.me/islamic_dailyreminder WhatsApp : https://chat.whatsapp.com/DHFzyeQc
Bismillah MARI KITA BIASAKA MELAFALKAN UCAPAN QADARULLAH DALAM KESEHARIAN >> Jika tidak memeroleh sesuai yang diinginkan, janganlah katakan: “Seandainya...
Maimon Sarpan bersama anaknya, Mohd. Ghafar Abu Bakar. MELAKA 3 Ogos - Tiada apa yang dapat dilakukan oleh ibu kepada Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Mohd. Ghafar Abu Bakar, 54, selain berharap dan berdoa agar mayat anaknya segera dikenal pasti serta dibawa pulang ke negara ini. Maimon Sarpan, 74, berkata, biarpun terpaksa menunggu lebih lama iaitu untuk tempoh dua ming-gu lagi bagi mendapatkan mayat anaknya itu, dia reda walaupun hanya cebisan anggota badan sahaja yang diterima nanti. "Kalau terpaksa tunggu nak buat macam mana, terpaksalah menunggu juga. Lagi pun saya faham bukan senang nak bawa balik semua mayat dari kawasan nahas apatah lagi terletak di negara orang yang sedang bergolak. "Saya cuma mampu berdoa supaya proses membawa pulang mayat anak saya dan mangsa yang lain dipermudahkan Allah. Hati saya rasa seperti dirobek-robek apabila terpaksa menunggu lama sebab setiap hari saya tak dapat tidur ke-rana terbayang-bayangkan keadaan mayat anak saya itu. "Saya reda terima mayat anak saya dalam apa bentuk sekali pun, namun kalau boleh biarlah dalam keadaan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd. Ghafar meninggalkan seorang isteri Normi Abdullah, 54, berasal dari Sarawak serta tiga anak iaitu Saimah Baizura, 26; Amar Syarif, 25, dan Hafiz Azim, 14. Pesawat MH17 membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal terhempas di timur Ukraine dipercayai akibat dibedil peluru berpandu ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Maimon turut berharap agar seluruh rakyat negara ini dapat mendoakan segala urusan membawa pulang mayat mangsa nahas itu dipermudahkan. Kata Maimon, biarpun tragedi hitam itu sudah lebih dua minggu berlalu, namun kesedihan terhadap kehilangan Mohd. Ghafar masih menyelubungi keluarganya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140804/dn_16/Maimon-reda-tunggu-mayat-anak-lebih-lama#ixzz39U7x6weW © Utusan Melayu (M) Bhd
Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR 27 Ogos - Lapan lagi mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang telah dikenal pasti akan dibawa pulang ke tanah air pada 2 September ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, tujuh mangsa adalah rakyat Malaysia manakala seorang lagi merupakan rakyat Belanda. Katanya, pada masa ini, lapan jenazah tersebut sedang melalui proses dokumentasi di Amsterdam, Belanda. "Dengan kepulangan lapan lagi jenazah ini, bermakna 32 jenazah rakyat Malaysia akan dan telah selamat dibawa pulang ke tanah air. "Setakat ini kita telah berjaya membawa pulang 24 jenazah rakyat Malaysia dari Amsterdam. Jumlah ini melibatkan penumpang dan anak kapal serta krew teknikal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Muhyiddin berkata, istiadat penghormatan lapan jenazah itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagaimana istiadat penghormatan jenazah yang diadakan sebelum ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, maklumat terperinci mengenai lapan jenazah itu akan dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijadualkan berlangsung pada 1 September ini. Dalam pada itu, beliau memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berusaha memastikan pasukan penyiasat dan pihak keselamatan Malaysia dibenarkan memasuki semula kawasan nahas sekali gus menjalankan tugasan yang belum selesai khususnya bagi mencari mayat yang masih belum ditemui. Beliau menambah, dalam menangani tragedi itu, kerajaan amat konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 mesti dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sekeras-kerasnya. "Pihak kerajaan amat berharap agar semua pihak termasuk media dapat menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 dan bersama-sama menjaga privasi dan sensitiviti mereka," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_02/Lapan-lagi-jenazah-nahas-MH17-tiba-2-September#ixzz3BeQOi54T © Utusan Melayu (M) Bhd
ISTERI Hasni Hardi Parlan, Nabila Yusra sambil memangku anak tunggalnya tidak dapat menahan sebak ketika jenazah Hasni Hardi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Lebar, Batu 8, Batu Anam, Segamat, Johor, semalam. - UTUSAN/MOHAMED SAARI SEGAMAT 22 Ogos - Ibu bapa Hasni Hardi Parlan, 31, salah seorang mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 bersyukur kerana semua urusan pengebumian jenazah anaknya berjalan lancar dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Lebar, Batu 8, Batu Anam di sini hari ini. Bapa mangsa, Parlan Masiran, 61, turut berterima kasih kepada kerajaan dan MAS yang telah banyak membantu semua keluarga mangsa dalam pelbagai urusan termasuk membawa jenazah pulang ke tanah air. "Apa yang berlaku sememangnya sesuatu yang amat menyedihkan tetapi saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan dan berasa lega selepas jenazah anak saya dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah," katanya ditemui selepas upacara pengebumian Hasni Hardi, dekat sini. Dalam pada itu, dia berharap kerajaan terus berusaha dan bekerjasama dengan kerajaan Belanda yang dibantu oleh pihak antarabangsa lain supaya dapat mengenal pasti penjenayah yang menembak pesawat MH17 dan mengheret mereka ke muka pengadilan. Sementara itu, ibu mangsa, Asiah Rajikon, 57, mengakui walaupun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, namun berpuas hati dengan cara pengurusan jenazah yang dilakukan oleh semua pihak termasuk semasa di Belanda. Menurutnya, semasa ke Belanda untuk mengiringi jenazah anaknya untuk dibawa pulang Isnin lalu, dia dan suaminya hanya sempat melakukan sekali sahaja solat jenazah untuk arwah. Walaupun masih bersedih atas kehilangan anak tersayang, tetapi dia tetap berasa bersyukur kerana kerajaan memberikan penghormatan negara terhadap semua mangsa tragedi tersebut. Bagi adik mangsa, Fatin Najiha Parlan, 28, yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Mohd. Idham Hamjirin, 29, tahun depan akan mengadakan majlis secara sederhana bagi menghormati pemergian abangnya. "Cukuplah secara sederhana ketika seluruh ahli keluarga masih bersedih dengan apa yang berlaku kerana saya pasti kesedihan ekoran kehilangan abang memerlukan masa yang lama untuk dipulihkan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_19/Keluarga-bersyukur-urusan-pengebumian-Hasni-lancar#ixzz3BN4T6Zbz © Utusan Melayu (M) Bhd
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta jemaah lainnya mengaminkan doa imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad selepas menunaikan solat jenazah hadir dan ghaib mangsa nahas MH17 di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. KUALA LUMPUR 22 Ogos - Perasaan sedih dan simpati menyelubungi rakyat Malaysia hari ini ketika upacara bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada jenazah serta jasad mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. Dalam suasana hening, tempoh seminit itu digunakan oleh seluruh rakyat untuk bersama-sama berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing sebaik sahaja pengumuman mengenainya dibuat menerusi stesen radio serta televisyen tempatan tepat pada pukul 10.54 pagi. Detik masa seakan terhenti pada waktu itu apabila orang ramai dengan rela hati menghentikan seketika urusan masing-masing selepas kumpulan pertama 20 jenazah yang tiba dari Amsterdam, Belanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selesai diletakkan ke dalam kenderaan jenazah. Malah ada dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang yang bersatu hati menempuh saat sukar berkenaan tidak mampu menahan perasaan sebak sehingga menitiskan air mata mengenangkan nasib mangsa tragedi MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Beberapa lebuh raya utama di ibu negara termasuk Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas), Lebuh Raya Besraya, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint dan Lebuh Raya Baru Pantai menutup lorong masing-masing selama seminit sebagai tanda memberi penghormatan kepada mangsa. Operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel di Lembah Klang juga dihentikan seminit dengan keadaan serupa dapat dilihat di beberapa lokasi di seluruh negara apabila kereta serta bas berhenti seketika untuk bersama-sama menyertai detik sedih yang belum pernah dilakukan di negara ini. Terdahulu, pesawat MAS MH6129 membawa jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya, KLIA tepat pukul 9.54 pagi untuk diberi penghormatan negara menerusi istiadat ketenteraan dengan diIsaksikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, anggota Kabinet, ahli Parlimen serta diplomat asing untuk menyertai para waris mangsa. Sementara itu, kira-kira 3,000 orang daripada pelbagai kaum berdiri beriringan di Dataran Merdeka di sini untuk menghayati detik-detik bersejarah itu. Hari ini yang diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara menyaksikan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang dan ramai rakyat berpakaian gelap selain bertafakur seminit melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara. Dalam pada itu, upacara bertafakur seminit diadakan di pelbagai lokasi di negeri-negeri. Di GEORGETOWN, pergerakan kenderaan dari tanah besar menghala ke pulau dihentikan selama seminit di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang untuk bertafakur memperingati mangsa tragedi MH17. Keadaan sama dapat dilihat di Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah apabila semua kenderaan berhenti di Plaza Tol Batu Maung manakala di terminal feri, ratusan penumpang Feri Pulau Rimau dan Pulau Undan di kedua-dua arah tanah besar serta George Town turut bertafakur selama seminit. Di KUALA TERENGGANU, upacara bertafakur selama seminit sempena istiadat penghormatan ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 turut diadakan pada majlis pelancaran program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pendidikan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Di IPOH, kira-kira 500 warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangannya bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia bertafakur bagi menzahirkan kesedihan terhadap insiden menimpa mangsa pesawat MH17. Di MELAKA, kira-kira 500 orang berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa tragedi MH17 yang diterbangkan pulang ke tanah air selepas 37 hari nahas menyayat hati itu berlaku. Di KUANTAN, upacara bertafakur yang berlangsung di Dataran Setia, Wisma Pahang dihadiri kira-kira 3,000 kakitangan awam dan disertai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail. Di KEDAH, para peniaga di Pasar Besar Alor Setar turut berkongsi kesedihan dengan bertafakur selama seminit dan menghentikan aktiviti perniagaan seketika bagi menghormati 20 jenazah kumpulan pertama mangsa nahas pesawat tersebut yang dibawa pulang dari Amsterdam hari ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_01/Seluruh-negara-bersedih#ixzz3BMWeAs6U © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan JUANI MUNIR ABU BAKAR BAPA Allahyarham Nur Shazana, Mohd. Salleh Shamsuddin sebak ketika menyiram air mawar ke pusara anaknya sambil diperhatikan oleh isteri, Sharom Ibrahim (kanan) di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/NOOR AZLINA JAAFAR PUTRAJAYA 22 Ogos - Menerima jasad anak dalam keadaan sempurna merupakan satu kelegaan buat ibu bapa salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh. Menurut ibu kepada pramugari itu, Sharom Ibrahim (gambar), 57, walaupun hanya melihat jasad arwah melalui gambar sahaja, namun ia sudah cukup untuk memberikan kelegaan kepada keluarganya. Dia berkata, penantian lebih sebulan untuk mengetahui keadaan jenazah anak sulungnya itu akhirnya terjawab. "Hanya suami saya sahaja melihat jenazah anak, dia ada ambil gambar dan menunjukkan kepada saya, tetapi itu sudah cukup sebenarnya. "Keadaan mayat arwah semuanya elok cuma pada giginya sahaja (mungkin patah), tiada apa-apa yang dapat saya katakan lagi. Semua telah berakhir," katanya dengan nada sebak. Sharom ditemui pemberita selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham Nur Shazana di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 di sini hari ini. Turut dikebumikan di tanah perkuburan yang sama ialah jenazah kru teknikal pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi. Kedua-dua jenazah itu tiba di sini pada pukul 1 petang dan kemudian dikebumikan sebelum Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin membaca talkin dan tahlil. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat. Turut hadir, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri. Sementara itu, bapa Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya. Dia yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui menyifatkan anaknya itu merupakan seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Sementara itu bapa kepada Allahyarham Ahmad Hakimi berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan MAS kerana membantu dalam penghantaran dan pengurusan jenazah anaknya sehingga dikebumikan. Dr. Hanapi Mohd. Noor, 67, memberitahu, dia dan isteri Allahyarham, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Juneid, 29, berasa lega kerana jenazah selamat dikebumikan pada pukul 3 petang ini. Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggalkan Sharifah Asma'a dan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Abderrahman. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_21/Mayat-arwah-semuanya-elok#ixzz3BN9aF2SR © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR [email protected] SITI Dina tidak dapat menahan kesedihan apabila dikerumuni wartawan ketika keluar dari Anjung Tinjau,KLIA, Sepang, semalam.-UTUSAN/RASHID MAHFOF SEPANG 18 Julai - Seorang ibu terkejut apabila anak, menantu dan tiga cucunya antara 298 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas akibat ditembak di timur Ukraine malam tadi. Lebih menyedihkan, Datin Siti Dina, 60, hanya mengetahui berita tragis berkenaan menerusi televisyen. Menurut Siti Dina, anak perempuannya yang bernama Shaliza Zaini Dewa bersama suami dan tiga cucu berlepas dari Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur untuk transit sebelum terbang ke Melbourne, Australia. Anak saya menetap di Melbourne pada asalnya balik ke kampung suami yang merupakan warga Belanda bersama anak-anaknya untuk beberapa hari. Saya tidak tahu langsung sehingga malam tadi menonton berita terkini saluran CNN yang melaporkan nahas pesawat MH17 itu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Namun bagi Siti Dina, beliau hanya berserah kepada Ilahi berhubung nasib lima ahli keluarganya sama ada selamat atau sebaliknya. Saya reda apa yang terjadi namun hati ini masih mengharapkan semua selamat," katanya. Di Sarawak pula, Bernama melaporkan Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk bercerita mengenai anaknya, Ariza Ghazalee, 46, menantunya, Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka. Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara. Katanya, anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur. Katanya, sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti. Menurutnya, pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperoleh awal pagi ini dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen. Ariza merupakan anak kedua daripada lima beradik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu untuk bersama suaminya di Kazakhstan. Kakak Ariza, Madzalina Ghazalee, 47, berkata, pada awal pagi ini, keluarganya mendapat maklumat dan pengesahan daripada MAS mengenai adiknya bersama keluarga adalah penumpang pesawat malang berkenaan. Katanya, Ariza bersama suami dan anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi ini dan berlepas ke Kuching tengah hari, untuk sampai di sini kira-kira 2 petang ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140719/dn_15/Hilang-anak-menantu-cucu#ixzz383qYUt9h © Utusan Melayu (M) Bhd
Masa terbaik Azmin ambil alih kepemimpinan PKR MOHD. ASRON MUSTAPHA | 12 Februari 2015 1:48 AM MUHAMMAD Zahid Md. Arip (kanan) mengumumkan pembubaran pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) setelah Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam. – UTUSAN /Hafiz Johari KUALA LUMPUR 11 Feb. - Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, melakukan gerakan politik bagi mengambil alih kepemimpinan parti itu daripada Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun atas kesalahan liwat kini membuka seluas peluang untuk Azmin meruntuhkan dinasti Ketua Pembangkang itu dalam PKR. Katanya dalam politik, jika Azmin lambat menggunakan peluang yang terhidang itu, dibimbangi kebarangkalian untuk beliau mendaki puncak tertinggi PKR sebagaimana diimpinya, akan terhalang kerana sudah pasti kumpulan pro-Wan Azizah tidak akan berdiam diri. “Sebagai seorang berkuasa di Selangor dan berjawatan Timbalan Presiden, saya galakkan supaya Azmin bertindak segera meruntuhkan dinasti Anwar dalam PKR kerana adalah tidak mustahil selepas ini, calon di Permatang Pauh juga ahli keluarga Anwar. “Jika itu berlaku, semakin sukarlah untuk Azmin memenuhi impiannya menjadi Presiden PKR, sesuatu yang telah sekian lama menjadi idamannya tetapi terhalang kerana Anwar ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas mengumumkan pembubaran pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat. Menurut Muhammad Zahid, beliau mendapat maklumat bahawa ramai dalam kalangan pemimpin PKR gembira dengan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar, walaupun terdapat segelintir daripada mereka cuba memperlihatkan rasa sedih dengan mengecam kerajaan. “Ramai pemimpin dalam PKR ini, kesedihan yang mereka paparkan apabila Anwar dihukum penjara hanyalah lakonan kerana sebenarnya mereka gembira. Ini kerana setelah Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara, gerakan politik mereka akan lebih berjaya,” katanya. Mengenai pembubaran TIBAI pula beliau berkata, kewujudan pertubuhan itu tidak lagi relevan selepas Anwar dipenjarakan kerana objektif TIBAI ditubuhkan pada 22 April 2012 adalah bagi mendedahkan kepada rakyat siapa sebenarnya Ketua Pembangkang tersebut. Bagaimanapun katanya, beliau dan bekas Ahli Majlis Syura TIBAI yang rata-rata merupakan bekas ahli dan penyokong kuat PKR ketika zaman reformasi akan terus berjuang menggunakan kapasiti peribadi, untuk menyedarkan rakyat mengenai keburukan pembangkang. “Kami berpendapat tugas kami untuk menyedarkan rakyat mengenai siapa sebenarnya Anwar sudah selesai, walaupun tidak sebesar mana sumbangan itu tetapi jauh di sudut hati, kami semua berpuas hati dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tibai-dibubar-selepas-anwar-dipenjara-1.58655#sthash.kWvkOzxx.dpuf