Paintings and drawings featuring architecturally interesting buildings and structures, real or imagined.
Salam Semua! Tahukah Anda Apa Yang Dimaksudkan Dengan "Anxiety"? Atau Adakah Anda Sedang Melaluinya? Tahukah Anda Apa Punca Terjadinya "Anxiety" Ini? Apa Pu...
Swivelhooks
Babies need all kinds of sensory stimuli. That's why there are so many toys like rattles, which are so adorable!
Description Upgrade photo of Serpent 3d origami
Kaitan - Imperial Palace
Tidak ada kaitan dengan isu pelepasan air dari empangan.
Kaitan antara CRT dengan Lingkungan Belajar Peserta Didik. PPA I - - Topik 4 - Koneksi Antar Materi
Kaitan pendekatan CRT dengan terciptanya lingkungan belajar (lingkungan kelas) yang aman, nyaman, dan berpihak pada peserta didik.
Pertumbuhan usaha di fase rintisan memiliki kaitan erat dengan suntikan modal. Ketahui perusahaan venture capital Indonesia pemberi modal startup disini.
Kita semua sedia maklum bahawa pelakon Adi Putra sudah tiada kaitan lagi dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida. Apabila...
Selasa kemarin saya menghadiri seminar internasional di Universitas Darunnajah, Jakarta Selatan. Temanya tentang kaitan sains dan agama menurut Said Nursi, yang sering disebut ‘Badiuzzaman’ sebagai…
Koneksi Antar Materi Topik 4 Mata Kuliah Prinsip Asesemen dan Pengajaran " Kaitan CRT dengan lingkungan nyaman, aman dan berpihak pada peserta didik " Oleh : Sri Wahyuni #PPG_Prajabatan #PGSD_UNRAM
bahawa Islam tanpa Iman adalah Islam yang hampa dan Iman tanpa Tauhid adalah Iman yang rapuh, mudah patah dan tidak tahan diuji, tauhid tanpa Makrifat adalah suatu Tauhid membabi buta. Oleh itu sedarlah kita bahwa Islam, Iman, Tauhid dan Makrifat mempunyai kaitan rapat yang tidak bercerai diantara satu dengan lainnya
NORLIZA ABD. RAHMAN | 06 Ogos 2015 1:09 AM PUTRAJAYA 5 Ogos - Sumbangan dana RM2.6 bilion yang didermakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima daripada penderma yang berasal dari Asia Barat, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM dalam kenyataannya memaklumkan, butiran penderma diperoleh melalui dokumen yang diambil dari bank dan mendapati terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma. “Sehubungan itu, SPRM ingin memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan diminta memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM. “Sumbangan derma RM2.6 bilion itu tiada kaitan langsung dengan 1Malaysia Development berhad (1MDB),” kata kenyataan itu di sini hari ini Penjelasan mengenai perkara ini dibuat SPRM susulan kepada kenyataan medianya Isnin lalu yang memaklumkan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri. Menurut kenyataan itu, banyak pihak masih tidak jelas, terkeliru dan beranggapan SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan isu SRC International atau pun dana RM2.6 bilion. Jelas SPRM, badan bebas itu tiada kaitan dengan isu 1MDB, sebaliknya siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang ramai perlu memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB. “Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan. “SPRM ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza,” kata kenyataan itu. Justeru, SPRM mahu menekankan bahawa badan bebas itu tidak pernah menyatakan kes yang sedang disiasat telah ditutup sebaliknya hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB. Penjelasan tersebut, tegas kenyataan itu, akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. “Diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM menjalankan siasatan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi. SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa ‘fear or favour', SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan,” tegas kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, SPRM membuat kenyataan tanpa melibatkan PDRM dan Bank Negara atau Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas tersebut. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing. Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan. “Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya,” kata kenyataan itu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rm2-6-bilion-dari-penderma-asia-barat-1.121113#sthash.iLll4VEn.dpuf
Firma pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengalu-alukan sebarang penyiasatan terhadapnya, yang hari ini merupakan sasaran satu laporan polis dan kontroversi yang menanah di kalangan pemimpin pembangkang . Isu kewangan dan perniagaan 1MDB juga dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet Rabu lepas, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di luar negara atas urusan rasmi. Najib merupakan pengerusi lembaga 1MDB itu. "Kami sedar yang satu laporan polis mengenai 1MDB dibuat terdahulu hari ini oleh seorang ahli politik di Pulau Pinang. Kami belum melihat sebarang dokumen berkaitan perkara ini, jadi kami tidak pasti aduan itu dibuat tentang apa. "Bagaimanapun, kami yakin ia tidak ada asas undang-undang. Kami mengalu-alukan sebarang penyiasatan dalam urusan kami dan peluang bagi kami menangkis tuduhan berniat jahat yang dibuat," menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan 1MDB di Kuala Lumpur malam ini. Ketua Bahagian Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, mengatakan beliau "curiga" dan ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB, yang menurutnya tidak telus. Menyeru siasatan "terperinci dan menyeluruh" dilakukan, Khairuddin menggesa pihak berkuasa menyoal siasat pengarah 1MDB dan wakil mana-mana syarikat yang mungkin ada kaitan dengannya. Katanya, beliau membuat laporan terhadap syarikat dan lembaga pengarahnya selepas mengkaji pelbagai laporan di media cetak dan online tempatan dan antarabangsa yang "jelas membuktikan" terdapat kelemahan dalam pengurusan dana pembayar cukai 1MDB. 1MDB juga gagal meyakinkan dalam menjawab dakwaan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu. "Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab," katanya, "saya cemas dan bimbang dengan cara 1MDB menguruskan dananya yang didapati sangat kabur. "Setakat Mac 2014, 1MDB dibebani hutang sehingga RM41.9 bilion, menghadapi risiko muflis dan kehilangan dana awam. Ini akan membebankan kerajaan Malaysia sebagai penjamin 1MDB." Pemimpin Umno itu juga berkata, beliau akan membuat satu lagi laporan terhadap Najib, yang juga menteri kewangan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap laporannya hari ini. 1MDB, yang merupakan idea Najib, baru-baru ini mendapat perhatian banyak pihak selepas beberapa pemimpin pembangkang membangkitkan isu hutang besar-besaran yang diambilnya, penglibatannya dalam urusan tanah yang meragukan dan faktor kerahsiaan dalam jual belinya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, salah seorang yang keras mengkritik 1MDB, meminta Putrajaya menerangkan bagaimana 1MDB memberi manfaat kepada rakyat kerana ia menanggung RM38 bilion hutang dalam tempoh hanya lima tahun beroperasi. Dr Mahathir juga mengecam Najib dan pemimpin Umno lain kerana tidak membincangkan kontroversi yang melingkari 1MDB pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas. 1MDB sedang dalam proses menyenaraikan aset tenaganya dan juga terlibat dalam projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur. sumber
Umno 'pondan' sekiranya tidak membantu PAS dalam membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hudud di Parlimen, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata inilah masa bagi Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keikhlasan dengan membentangkan rang-rang undang Islam itu dilaksanakan di Kelantan. "Apa kemahuan dan keberanian Umno, dia kerajaan, sekarang ini kalau dia bukan 'pondan', dia bawalah rang undang-undang hudud ke Parlimen. "Ia tidak harus dibentangkan secara pensendirian, Umno dan Barisan Nasional (BN) kena pastikan ahli Parlimen mereka hadir untuk mengundi rang undang-undang tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini. Tambahnya, keikhlasan Umno menyokong pelaksanaan hudud dapat dibuktikan dengan menjadikannya usul yang datang dari pihak kerajaan. "Biasanya di Parlimen, Speaker akan mendahulukan rang undang-undang kerajaan, menyebabkan kita khuatir tidak ada ruang pensendirian. "Sekiranya Umno yang membawa rang undang-undang hudud, maka ia akan menjadi urusan kerajaan yang perlu dibentangkan segera," katanya. Ditanya mengenai penentangan keras DAP, Mahfuz menjelaskan pembentangan rang undang- undang Islam tersebut dibuat secara persendirian tanpa mewakili mana-mana pendirian parti Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Katanya, PAS menggunakan ruang demokratik dengan membentangkan rang-rang undang di Parlimen dan meminta semua pihak menghormati proses tersebut. "Pembentangan pelaksanaan hudud adalah melalui proses demokrasi. Siapa yang tidak bersetuju, mereka boleh mengundi untuk menolak," katanya. Mahfuz berkata tidak ada paksaan di pihak PAS agar pihak lain bersetuju dengan pelaksanaan hukum tersebut memandangkan parti itu sudah diberikan ruang demokrasi sepenuhnya. "PAS terima keputusan, namun apa yang penting, apabila parti ini diberi ruang, apabila segala sekatan dan halangan dapat dibawa secara adil untuk pertimbangan, ia tidak melanggar demokrasi dan Perlembagaan," tambah Mahfuz. Beliau turut menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahad lalu yang meminta PAS memberi kerjasama menerangkan mengenai hudud. Katanya, ia jelas membuktikan bahawa sebelum ini, Umno tidak pernah melaksanakan penerangan hudud kepada orang ramai. "Kerana itu kita minta kerajaan Umno jujur dengan memberi ruang dan peluang kepada PAS mendapat liputan daripada media arus perdana menerangkan mengenai hudud boleh ada perdebatan dengan menjemput ulama PAS," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz menolak spekulasi penyertaan berkurangan kaum Cina semasa demonstrasi Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam kerana tidak menyokong pelaksanaan hudud PAS. "Demonstrasi semalam tidak ada kaitan dengan kaum, siapa paling ramai atau tidak, atau tidak bersetuju dengan hudud sekalipun. "Bagi saya, kehadiran kaum bukan merupakan satu isu, demostrasi semalam cukup berjaya apabila rakyat kini bebas untuk bersuara tanpa ada sebarang provokasi daripada pihak berkuasa," katanya. Sumber T-M-I
Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat. Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang. “Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan. “Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Zahid hari ini mempersoalkan gesaan yang dibuat Rashid menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada menipu rakyat, yang berkemungkinan terdapat 'benda' yang tidak diperolehi naib presiden Perkasa itu. Naib presiden Umno itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya. "Semasa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu? Adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid. Rashid berkata beliau tidak faham apa yang dimaksudkan Zahid kerana seelok-eloknya penjelasan yang lebih lanjut perlu diberikan. Katanya, selepas menyertai Perkasa, tiada apa yang harus dibimbangkan untuk mengkritik kerajaan kerana tidak terikat dengan peraturan kakitangan awam. “Apa sesuatu yang saya tidak dapat itu? Apa ada kaitan dengan benda itu semua? Marah kepada saya kenapa? Jelaskan. Jika kerajaan kamu kerajaan yang baik, jelaskan pada rakyat. “Saya hanya bercakap mengenai rasuah. Bila rakyat bercakap tentang rasuah, mereka tidak menjelaskan dengan baik. Rakyat berterusan bercakap mengenai perkara ini. Dalam parti dia pun tidak ada bincang tentang ini. “Ini kelemahan utama menyebabkan kerajaan ini tidak popular. Bila kerajaan tidak popular, mereka jatuh. Saya juga sayang dan salah seorang penyokong kerajaan BN. Saya mahu kerajaan BN kekal,” katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata Putrajaya perlu segera memperbaiki kelemahan kerana mereka mempunyai masa lebih kurang tiga tahun sebelum pilihan raya umum untuk mendekati rakyat. Katanya, kritikannya itu tidak boleh dipandang ringan kerana sebagai bekas pengerusi SPR, pelbagai keluhan rakyat sudah didengar mengenai pemerintahan kerajaan semasa. “Baiki kelemahan, rakyat akan kembali memberi sokongan. Saya buat kajian lapangan juga, bercakap dengan rakyat. Mereka tidak menyokong kerajaan sekarang. “Najib di peringkat antarabangsa banyak melakukan perkara yang hebat. Kita boleh puji salah seorang perdana menteri yang terbaik dalam soal diplomasi. Tetapi di sini, beliau perlu memberikan perhatian kerana ini yang banyak diperkatakan rakyat. “Maaf kalau orang tidak suka apa yang saya kata tetapi saya kata ini supaya pemimpin ini sedar apa yang tidak betul, dibetulkan. Tolonglah orang miskin di bawah, tengok rakyat hidup. Bukan suap-suap duit,” katanya. sumber
Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud terlepas peluang menjelaskan sumber kekayaan luar biasanya apabila tidak hadir pada majlis pelancaran buku yang mendedahkan peranannya dalam kegiatan pembalakan haram negeri itu. Kumpulan advokasi Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di Switzerland berkata, sebuah kerusi sudah dikhaskan untuk bekas ketua menteri Sarawak dalam diskusi panel buku tersebut di London, Jumaat lalu. "Baik Gabenor Sarawak atau peguamnya di London, Mishcon de Reya, tidak hadir dalam pelancaran 'Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia oleh Lukas Straumann' – sebuah buku bukan fiksyen yang sebelum ini cuba dihalang Taib," kata BMF dalam satu kenyataan hari ini. BMF berkata, Straumann mencabar Taib untuk menghadiri acara tersebut bagi menjelaskan kesemua sumber kekayaannya, oleh kerana peguamnya menyifatkan beliau sebagai "individu bernilai tinggi". Menurut BMF, peguam Taib menolak untuk menjelaskan bagaimana anak guamnya memperolehi kekayaan dalam tempoh 51 tahun pentadbirannya. Dalam satu surat Straumann mengatakan: "Terserah kepada anda untuk membuktikan dakwaan benar atau tidak akan tetapi tidak kepada anak guam kami untuk menyangkal." "Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia" memaparkan perincian bagaimana Taib yang merupakan ketua menteri Sarawak selama 33 tahun sehingga ke akhir peletakan jawatannya didakwa mengumpulkan keuntungan sehingga AS$15 bilion (RM53.51 bilion) dengan penglibatan institusi kewangan global. Pada Jumaat, BMF mendedahkan peguam Taib cuba untuk menghentikan temubual BBC bersama Straunmann daripada disiarkan. "Semasa temubual bersama BBC World Service petang tadi, pengarang dan pengarah eksekutif BMF Straunmann ditunjukkan 'surat sulit dan rahsia' daripada de Reya kepada BBC. "Dalam surat itu, peguam Taib meminta BBC untuk tidak membuat liputan mengenai buku yang memaparkan jenayah alam sekitar Taib," kata BMF dalam satu kenyataan Jumaat lalu. Bagaimanapun, permintaan de Reya itu tidak disertai dengan bukti mengapa temuduga bersama Straunmann tidak perlu disiarkan, melainkan hanya mendakwa buku itu penuh dengan kesilapan. Taib menerusi peguamnya juga mencuba untuk menghalang buku tersebut daripada diterbitkan. Bagaimanapun di sebalik ugutan perundangan, penerbit buku Switzerland, Bergli Books dan Amazon, memutuskan untuk mencetak dan mengedar buku di peringkat antarabangsa. BMF dalam kenyataannya berkata, buku Strauman menceritakan sebuah kisah "mengenai mereka yang kehilangan syurga warisan kepada kepada peladangan kelapa sawit, pencemaran dan korupsi, iaitu bagaimana mereka berharap untuk mendapatkan kembali". Buku tersebut dikatakan akan menggemparkan pihak berkuasa Malaysia apabila bekas perdana menteri Britain Gordon Brown menyifatkan "ia kemungkinan jenayah terbesar pada masa itu," sebagai kaitan kepada pemusnahan besar-besaran hutan Borneo oleh pembalak Malaysia. Adik ipar Brown, Clare Rewcastle Brown yang menguruskan laman Sarawak Report secara aktif terlibat dalam kempen menentang pemusnahan hutan negeri itu, dan mendokumentasikan dakwaan kekayaan Taib dan keluarga. Straumaan mendekati kesemua mereka yang hilang rumah dalam hutan kepada "penjenayah" yang mendapat pendapatan berbilion ringgit melalui penjualan balak dan rasuah. BMF meramalkan kekayaan Taib bernilai AS$15 bilion dan 20 daripada ahli keluarganya mengutip kekayaan berjumlah AS$21 bilion. sumber
Oleh Saiful Haizan Hasam NAJIB Tun Razak menandatangani buku takziah mangsa Malaysia Airlines (MAS) MH17 sambil disaksikan oleh Mark Rutte di Pejabat Perdana Menteri Belanda, The Hague, semalam. - BERNAMA THE HAGUE 31 Julai - Malaysia dan Belanda hari ini mendesak Ukraine dan pemberontak di timur negara itu melakukan gencatan senjata di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan kawasan sekitarnya secara serta merta. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memahami bahawa konflik di timur Ukraine sukar diselesaikan namun semua pihak diingatkan bahawa mangsa yang menaiki pesawat berkenaan langsung tiada kaitan dengan masalah yang berlaku. "Kami mendesak kedua-dua belah pihak menghormati kehilangan nyawa serta integriti kawasan nahas dan dengan cara itu, penyiasatan boleh diteruskan. "Perjalanan yang jauh ke arah keadilan bermula dengan langkah ini," tegasnya. Najib membacakan kenyataan bersama selepas mengadakan mesyuarat berhubung tragedi MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine bersama Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di sini hari ini. Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan Duta Besar Malaysia ke Belanda, Datuk Dr. Fauziah Mohd. Taib. Sementara itu, Najib berkata, dalam mesyuarat bersama Rutte, kedua-dua belah pihak memperkatakan mengenai aktiviti ketenteraan yang berterusan di lokasi nahas, ketidakmampuan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan itu dan isu saki baki mayat mangsa yang masih berada di sana. Katanya, demi kepentingan keluarga mangsa yang masih bersedih, adalah penting untuk membawa keluar mayat berkenaan dalam kadar segera kerana setiap daripada mereka perlu diberikan pengebumian yang sewajarnya dan bermaruah. "Keutamaan lain kami adalah memastikan pasukan penyiasat antarabangsa diberikan akses penuh yang selamat bagi membolehkan mereka mengumpul bukti dan menjalankan tugas penting. "Hanya dengan cara itu, kita mampu mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku terhadap MH17 dan mencapai keadilan buat mangsa dan keluarga mereka," katanya. Beliau berkata, bagi tujuan itu, sepasukan 68 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di Kiev, Ukraine untuk bekerjasama dengan pasukan Belanda dan Australia bagi mendapatkan jaminan akses ke lokasi nahas. Katanya, Malaysia amat menyokong penyiasatan antarabangsa dan amat bersyukur dengan peranan utama Belanda selain bersedia memberikan lebih banyak bantuan sekiranya diperlukan. "Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Rutte dan rakyat Belanda atas segala usaha serta bantuan dan terus berbuat demikian untuk mangsa perbuatan tragik dan tidak berperikemanusiaan ini," katanya. Selepas mesyuarat bersama Rutte, Perdana Menteri berlepas ke pangkalan tentera Hilversum, lokasi mayat mangsa MH17 ditempatkan untuk proses penyiasatan dan pengecaman mangsa bencana (DVI). Sejurus tiba, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meletakkan jambangan bunga dan bertafakur kira-kira seminit di hadapan pintu masuk pangkalan tentera itu bagi memperingati mangsa tragedi sekali gus muncul pemimpin dunia pertama yang berbuat demikian. Perdana Menteri turut diberi taklimat oleh Ketua DVI, Pusat Krisis Kebangsaan Belanda, Arie De Bruin. - UTUSAN Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140801/dn_01/Gesa-segera-gencatan-senjata#ixzz39fnqWsWY © Utusan Melayu (M) Bhd