Abdul Khalid Ibrahim bersalam dengan kakitangan kerajaan Negeri Selangor di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 22 Sept. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan penjawat awam di negeri ini supaya terus menumpukan kepada tugas masing-masing tanpa menghiraukan kemelut politik yang sedang melanda. Menurut beliau, kesabaran dan kerja kuat secara telus adalah penting bagi memastikan negeri ini terus maju selain dapat menjaga amanah rakyat. Katanya, sesuatu perkara yang benar perlu dipertingkatkan sementara yang salah ditinggalkan supaya setiap orang dalam Selangor akan berasa mereka merupakan sebahagian daripada negeri ini. "Apa yang saya minta adalah kesabaran daripada anda. Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berlakon dan berdrama, teruskan kerja-kerja dengan telus. "Saya percaya, lama kelamaan drama mereka itu akan jadi drama lawak jenaka yang akan dikenang untuk selama-lamanya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perpisahannya yang dihadiri kira-kira 1,000 orang kakitangan awam di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Mereka membawa sepanduk yang mengandungi perkataan-perkataan We Love Tan Sri Khalid (Kami Sayang Tan Sri Khalid), Tan Sri Khalid Terbaik dan Terima Kasih Tan Sri Khalid. Abdul Khalid dalam pada itu menjelaskan, cabaran kepada pemimpin baharu nanti (penggantinya) adalah memulangkan aset air negeri ini kepada rakyat. "Aset air Selangor bernilai lebih RM14 bilion telah dikembalikan kepada kerajaan negeri dan kita (kerajaan negeri) akan pulangkan dalam bentuk saham kepada rakyat Selangor. "Inilah cabaran kita kepada pemimpin akan datang. Jika mereka tidak lakukan, rakyat Selangor akan hukum mereka kerana ini sudah dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu," katanya. Sementara itu, Abdul Khalid turut mengesahkan akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang. "Saya akan terus menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, tetapi bagi DUN Pelabuhan Klang, saya akan putuskan dalam sidang DUN nanti," jelasnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140923/dn_04/Jangan-terlibat-drama-lawak-jenaka---Khalid#ixzz3E6ikr3KI © Utusan Melayu (M) Bhd
JENAKA - Strategic Business Google Slide Presentation Templates, #Templates, #Ad, #Presentation, #Slide, #Google, #Business, #ad
Berikut ini adalah 44 contoh pantun jenaka terlengkap yang lucu dan kocak dan menghibur yang bisa kamu jadikan referensi.
Ngena banget nih.
Misalnya saja pantun jenaka yang cukup mengundang gelak tawa bagi para pembacanya.Ingin tahu seperti apa pantun jenaka? Simak
All
Check out our jokes bapak bapak whatsapp selection for the very best in unique or custom, handmade pieces from our shops.
Naskah drama 5 orang tema persahabatan - Download as a PDF or view online for free
Kdrama quotes
Bujang Ganong adalah penari dan tarian yang menggambarkan sosok patih muda yang cekatan, cerdik, jenaka, dan sakti.
Sedang mencari contoh pantun anak-anak kelas 5 SD? Temukan beberapa contoh pantun bahasa Indonesia lucu, jenaka, dan nasihat di artikel ini!
Ayu Ting Ting membagikan sisi jenaka dari putri cantiknya yakni Bilqis saat berada di tempat umum. Lucunya, Bilqis terlihat tak segan pamer pose random dan kocak kala difoto.