Biodata Penuh Izreen Azminda Nama Penuh: Izreen Azminda Aznam Nama Popular: Izreen Azminda Tarikh lahir: 30 Ogos 1985 Usia: 31 Tahun (2016) Asal: Kangar,
SUDAH dua tahun bergelar ibu tunggal kepada Adrian Umar,2, aktres popular Izreen Azminda Aznam,30, sering ditanya tidakkah mahu berumah tangga semula? Selepas bercerai, beliau pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang selebriti lelaki popular. “Keinginan untuk kembali bercinta atau berkahwin semula saya ketepikan buat masa ini. Bukanlah bermakna saya ingin terus menutup pintu hati terhadap lelaki, cuma buat masa sekarang saya belum terfikir ke arah itu. “Saya belum mahu ada sebarang komitmen yang begitu serius dengan mana-mana lelaki buat masa ini. Setakat berkawan sahaja bolehlah tetapi kalau nak lebih-lebih, saya angkat kaki,” jelas Izreen . Bekas finalis Dewi Remaja 2006 ini mengakui kehidupannya kini bahagia tanpa insan bergelar suami mahupun kekasih. “Sekarang adalah masa untuk diri sendiri, juga anak dan keluarga. Kehidupan saya ialah fokus pada kerja dan keluarga. Itu lebih membahagiakan. “Sebab apabila ada teman lelaki nanti, saya rasa lebih susah pada diri sendiri. Saya ini pula kalau bercinta memang akan ‘cinta mati.’ “Kalau tengah hangat bercinta, masa dan fokus saya hanya pada teman lelaki, nanti yang lain-lain semua ke laut. Jadi, bila tiada sesiapa yang istimewa, saya rasa lebih tenang dan gembira. “Saya tak nafikan ada yang cuba mendekati dan inginkan hubungan cinta yang lebih serius. Tetapi awal-awal lagi saya cakap saya tak mahu bercinta, berkawan biasa saja okeylah. “Saya bukan anti lelaki. Tetapi saya tidak akan buka sedikitpun ruang cinta dalam hati saya ini kepada mana-mana lelaki buat masa ini. “Tunggulah nanti bila hati saya benar-benar terbuka untuk kembali bercinta,” ujar Izreen yang semakin laris dengan tawaran berlakon dan pengacaraan. Drama popularnya, Kerana Terpaksa Aku Relakan bergandingan dengan Amar Baharin sertaEksperimen Cinta bersama Fahrin Ahmad. sumber