Dr. Khalid Jamil Neurologist Talks About '' Buring Feet Causes ''While fatigue or a skin infection can cause temporarily burning or inflamed feet, burning fe...
ONLINE READ DOWNLOAD (2 MB) OTHER LINK DOWNLOAD (2 MB)
Tidak beri kebaikan kepada UMNO, BN – Najib KAMIL MASLIH | 11 Jun 2015 2:01 AM KUALA LUMPUR 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertukaran format program Dialog Perdana Menteri bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu daripada satu majlis dialog tertutup kepada perbahasan terbuka hanya akan menjadi pencetus konfrontasi terbuka antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Najib Tun Razak Menurut Perdana Menteri, beliau kesal acara tersebut dibatalkan kerana sesi dialog tertutup itu memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan bahawa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM42 bilion tidak lesap sebagaimana yang telah didakwa oleh Dr. Mahathir. “Majlis ini telah bertukar format, daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Dr. Mahathir dengan saya. “Sebagai seorang Perdana Menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir), dan dari parti politik yang sama. Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam laman blognya najibrazak.com hari ini. Program Dialog Perdana Menteri bersama NGO bertemakan Nothing to Hide di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 5 Jun lalu yang turut dihadiri Dr. Mahathir telah ditunda selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta sesi berkenaan dibatalkan atas faktor keselamatan. Menurut Najib, beliau telah menerima jemputan untuk program dialog tertutup anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu pada 19 Mei lalu dan menghargai jemputan berkenaan untuk berdialog mengenai isu-isu semasa. “Saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bertanggungjawab untuk menjaga nama baik kerajaan dan parti. Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau. Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan. “Saya kesal acara tersebut terpaksa dibatalkan atas alasan keselamatan dan niat saya untuk berdialog dengan badan badan NGO yang dijemput tidak dapat diteruskan,” katanya. Kata Najib, berhubung perkembangan semasa 1MDB, beliau ingin memaklumkan bahawa pihak Kementerian Kewangan bersama-sama 1MDB telah menjana satu pelan rasionalisasi untuk mengurangkan tahap hutang syarikat tersebut. “Baru baru ini, 1MDB telah berjaya membuat pembayaran sebanyak RM3.6 bilion ke arah mencapai matlamat ini. Namun, amat dukacita apabila usaha ini tidak disambut baik oleh pihak yang mengkritik hutang 1MDB,” katanya. Menurut beliau, meskipun kesal program dialog itu terpaksa dibatalkan, beliau akan terus menyampaikan maklumat dalam apa jua cara yang baik dan berhemah termasuk menerima undangan NGO-NGO dan berjumpa dengan kumpulan NGO-NGO dalam masa akan datang. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/debat-cetus-konfrontasi-1.101572#sthash.swHnNJ3b.dpuf
Dato. Prof. Dr Mahmoud Khalid Al Msafir, the Founder, Chairman and CEO of the prestigious school shared his inspiring journey with The Knowledge Review magazine
Reaching 40 is a major milestone 🎉, and it’s the perfect time to focus on maintaining a healthy and fulfilling lifestyle. Staying healthy after 40 doesn’t h...
DOWNLOAD (17 MB)
How Dental Implants Work | Implant Kaise Lagta Hai | Dental Implant Kaise Hota HaiDental implants are a permanent solution to tooth loss. They can be used fo...
Ustadz Prof. Dr. Khalid Basalamah, Lc., M.A حفظه الله تعالى
This full-mouth rehabilitation- comes from two of the best dental specialists in town: Dr. Khalid Aldabbas, the aesthetic and restorative dentist, and Dr. Mauricio Gomes Taborda, the implantologist and periodontist. While Dr. Mauricio enhanced the patient’s bite function with All-on-6 dental implants, Dr. Khalid improved the aesthetics of his smile using veneers. The patient's smile was transformed into something spectacular and life-changing with the combined efforts of both dental experts.
Episode written by Dr. Candice Luo (Internal Medicine Resident) and reviewed by Dr. Paul Keith (Allergy and Immunology) and Dr. Zahira Khalid (General Internal Medicine). Infographic by Dr. Cailyn Vlasschaert (Internal Medicine Resident). Resources: MCAS Diagnostic Criteria
Oleh ABDUL YAZID ALIAS [email protected] TENGKU Amir dan Abdul Khalid Ibrahim bersama jemaah membaca Yasin semasa Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Hari Kemerdekaan Ke-57 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA SHAH ALAM 29 Ogos - Individu yang diamanahkan sebagai Menteri Besar harus mempunyai keupayaan sendiri untuk mentadbir dan bukannya dikawal oleh mana-mana pihak lain seperti boneka. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keupayaan sedemikian amat penting dan menjadi syarat utama dalam menentukan individu yang layak untuk mengisi jawatan berkenaan termasuk pematuhan kepada perkara-perkara lain melibatkan peruntukan undang-undang di bawah Perlembagaan negeri. "Menteri Besar dipilih kerana keupayaan seseorang itu. Kalau individu itu berupaya, maka akan dipilihlah dia," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Terdahulu, Abdul Khalid menghadiri majlis bacaan Yasin serta tahlil sempena Hari Kemerdekaan Ke-57 di masjid berkenaan. Akhbar hari ini melaporkan, sumber yang rapat dengan istana berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak mana-mana calon Menteri Besar 'kawalan jauh' yang bermaksud dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu. Dalam laporan muka depan akhbar berbahasa Inggeris itu, Sultan Selangor mahukan Menteri Besar yang bukan hanya dipilih berdasarkan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi juga mampu meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama selain berkebolehan melaksanakan tadbir urus negeri ini. Selain itu, Sultan Selangor juga mahukan calon Menteri Besar yang boleh bekerjasama dengan semua pihak termasuk Exco-exco serta mempunyai hubungan yang baik dengan pihak istana. Pada 26 Ogos lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas supaya mengemukakan lebih dua nama daripada parti masing-masing untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid. Bagaimanapun, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan akhbar hari ini menegaskan, pihaknya kekal dengan keputusan mencalonkan Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid. Anwar turut meminta Pas supaya menerima serta menghormati keputusan PKR itu selain menyatakan pencalonan Wan Azizah juga merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang pada 17 Ogos lalu. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140830/po_02/MB-perlu-ada-keupayaan-sendiri#ixzz3C7eZOGk7 © Utusan Melayu (M) Bhd
Abdul Gani Patail PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan akan menghantar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ke Amsterdam, Belanda esok bagi menguruskan kes siasatan dan perundangan insiden nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada bulan lalu di timur Ukraine. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa yang sama pihaknya juga akan menghantar semula pasukan siasatan mengenai pesawat MH17 ke Ukraine selepas gencatan senjata antara pihak tentera Ukraine dan puak pemisah dijalankan. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi "Setakat ini, operasi yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah di bawah nakhoda pasukan Belanda dan dalam perjanjian itu kita dibenarkan menghantar sehingga 90 anggota dan pegawai siasatan di tempat berkenaan. "Kita amat komited untuk membantu siasatan ini dan esok Ketua Polis Negara bersama Peguam Negara akan bertolak ke Amsterdam bagi menyelesaikan siasatan serta tugas mengenai permasalahan perundangan sekiranya ada," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan beliau, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Menurut Ahmad Zahid, pihaknya telah dimaklumkan bahawa perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Ukraine oleh Duta Malaysia ke Ukraine, Chuah Teong Ban telah disahkan oleh Parlimen negara itu kelmarin. Beliau berkata, menerusi perjanjian itu kerajaan Ukraine mengesahkan penglibatan Malaysia dalam membantu proses siasatan pesawat MH17 bersama Belanda dan Australia. Dalam pada itu, beliau turut melahirkan penghargaan kepada Ketua Polis Negara, Ketua Forensik pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia, Asisten Komisioner Hussein Omar Khan dan pegawai serta anggota polis yang terlibat dalam proses siasatan nahas pesawat MH17. "Saya secara rasmi akan meminta kepada kerajaan dan Jemaah Menteri untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada Ketua Polis Negara di atas komitmen tinggi beliau ketika mengetuai pasukan siasatan ke tempat nahas bersama pegawai serta anggota polis lain. "Selain itu, saya juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Asisten Komisioner Hussein yang mengetuai 12 anggota polis bagi menjalankan proses forensik terhadap mayat mangsa nahas pesawat MH17," katanya Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140815/dn_02/Khalid-Gani-ke-Amsterdam-urus-siasatan#ixzz3AQSe5z2A © Utusan Melayu (M) Bhd
Sultan Sharafuddin Idris Shah SHAH ALAM 18 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat berhubung amalan menghantar nama calon Menteri Besar kepada Sultan. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Anwar turut dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat dan menjejaskan imej Sultan jika tidak mempunyai fakta yang tepat. Menurutnya, kenyataan Anwar yang menyatakan amalan menghantar satu nama calon Menteri Besar kepada Sultan merupakan amalan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat. "Semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), Perdana Menteri akan mempersembahkan beberapa nama calon Menteri Besar untuk mendapat perkenan melalui Majlis Menghadap Sultan. "Pada 2008 ketika pakatan pembangkang mentadbir kerajaan negeri, Sultan turut menitahkan ketua-ketua parti dalam pakatan membincangkan calon Menteri Besar dan terdapat beberapa calon yang disyorkan sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebulat suara dipersetujui untuk dicalonkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya, keadaan sedikit berbeza pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila pakatan pembangkang memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyebabkan calon Menteri Besar mesti dipilih dalam kalangan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang tersebut. Namun demikian, katanya, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula menyatakan Abdul Khalid tidak semestinya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dalam kempennya semasa pilihan raya tersebut. "Sehubungan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulit baginda telah mengutus surat kepada ketua-ketua dalam pakatan pembangkang untuk mencadangkan empat nama sebagai calon Menteri Besar. "Walau bagaimanapun, mereka menulis surat kepada baginda untuk mengesyorkan Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor walaupun baginda ada juga menerima penamaan calon lain. "Namun, berikutan Abdul Khalid adalah penyandang jawatan tersebut sebelum ini dan mempunyai hubungan baik dengan pihak istana dan juga rakyat Selangor, Sultan berkenan melantik semula Abdul Khalid sebagai Menteri Besar," katanya. Dalam pada itu, Mohamad Munir menegaskan bahawa polisi pihak istana adalah untuk tidak mendedahkan nama atau maklumat mengenai calon menteri besar yang dikemukakan serta prosesnya namun keadaan yang memuncak memaksa istana mengeluarkan kenyataan untuk memberi penjelasan. "Sehubungan itu, jika tidak mempunyai fakta yang tepat, Anwar dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan," jelasnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140919/po_03/Sultan-Selangor-tegur-Anwar#ixzz3DkGCHAkg © Utusan Melayu (M) Bhd