得比_06之13是50坪新成屋(5年以下)休閒風臥室客房,因工作性質經常往返世界各地的屋主,回到家只想放鬆休息,與設計師溝通後,以休閒風定調 50 坪設計風...
Ayat Alkitab untuk Referensi: "Sucikanlah mereka dengan kebenaran-Mu: firman-Mu adalah kebenaran. Sebagaimana Engkau telah mengutus Aku ke dalam dunia, demikian juga Aku telah mengutus mereka ke dalam dunia Dan demi mereka, Aku menyucikan diri-Ku sendiri, supaya mereka juga disucikan dalam kebenaran" (Yohanes 17:17-19). "Ada banyak hal lain yang bisa Kukatakan kepadamu, tetapi engkau tidak bisa
Tanaman dan pokok dalam rumah kena pilih yang mudah ditanam dengan cuaca Malaysia. Barulah senang hidup! Kami bagi 16 jenis tanaman dan pokok sayur untuk anda cuba!
Hanya ketika kita mengasihi Tuhan di dalam hati , barulah kita dapat diberkati oleh Tuhan dan hidup dalam terang. Apakah Anda ingin menjadi orang yang mengasihi Tuhan dan hidup dalam terang? Dengarkan Lagu ini segera. Hanya ketika kita mengasihi Tuhan di dalam hati , barulah kita dapat diberkati oleh Tuhan dan hidup dalam terang. Apakah Anda ingin menjadi orang yang mengasihi Tuhan dan hidup dalam terang? Dengarkan Lagu ini segera.
Seseorang Belum Dikatakan Berilmu Jika Berkata Fudhail bin 'Iyadh Rahimahullah, "Orang yang berilmu senantiasa dikatakan Jahil hingga ia mengamalkannya. Tatkala ia telah mengamalkan ilmunya, maka barulah ia dikatakan Orang berilmu." Iqtidhaul ilmi al amal hal. 37
Hargailah sesiapa sahaja yang ada disamping kita walaupun jasanya tidak sebanyak mana kerana disaat mereka mulai hilang dari hidup kita barulah kita sedari dia yang hanya tersenyum ikhlas tanpa berkata-kata itu lebih membahagiakan. Selamat malam 😘 #NotaCinta pilihan #OhBalloon
Bercucuk tanam dan berkebun ni kena ada ilmu, penting tahu teknik dan cara yang betul barulah tanaman itu menjadi.Mungkin ramai yang tak tahu, rupanya pokok limau kasturi dan apa juga jenis pokok limau boleh disemai menggunakan teknik keratan batang, selain biji benih dan anak pokok.
Faxian adalah orang Tionghoa yang pertama kali mengunjungi Jawa pada tahun 414 M. Dia adalah seorang biksu (pendeta Buddha) yang melakukan perjalanan darat dari Tiongkok menuju India. Dalam perjalanan pulangnya melalui laut, ia singgah di Jawa. Berabad-abad lamanya setelah kunjungan Faxian, barulah diketahui ada catatan perjalanan pengelana Tiongkok berikutnya yang mengunjungi Jawa yang bernama Mahuan.
Kuih sagu antara kuih tradisional kesukaan ramai orang. Bahan-bahan nak buat kuih ni pun tak banyak. Cuma bila salah cara yang sebenar nak membuatnya, memang tak jadi. Kuih sagu ini akan jadi keras dan berbiji putih. Perlu tahu biji sagu tak boleh dicuci dengan kasar, tak perlu cuci banyak kali dan perlu direndam secukupnya. Malah jika selalu biji sagu yang telah direndam dikacau atau kuali, rupanya hanya perlu dikukus sahaja, barulah jadi.
HARIANE – Baru-baru ini beredar video seorang perempuan yang ternyata ibu kandung dari Jasmine Laticia alias Jeje. Setelah video tersebut viral barulah terungkap alasan Jeje tak mau pulang ke rumah. Diketahui sebelumnya Jeje yang saat ini menjadi seleb TikTok ternyata kabur dari rumah ke Jakarta. Jeje juga pernah bercerita tentang masalah keluarganya dan mengungkapkan alasan Jeje tak mau pulang ke rumah. Alasan Jeje tak mau pulang ke rumah ia ungkapkan lewat Instagram Story menanggapi beredarnya
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan agenda bumiputera dalam Bajet 2015 bukan kerana kerajaan rasis, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Katanya, ia sebaliknya untuk menangani peningkatan populasi sehingga 70 peratus pada 2020 dan kerajaan merasakan apabila bumiputera maju barulah negara akan membangun. Katanya, kerajaan tidak berhasrat menjadi rasis dan tidak mahu isu itu berbangkit. Beliau berkata demikian dalam taklimat berhubung GST kepada penjawat awam di Bangi, Selangor. Ahmad membangkitkan keadaan di mana 70 peratus lagi yang masih tertinggal dan kebanyakan tinggal di kampung-kampung. sumber
Bingka Kentang / Kuih Bakar Kentang Resipi : Yatie@Sinar Kehidupanku Bahan-bahan 1 cawan kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang) 1 1/2 cwn tepung gandum 3 cawan santan 1 cawan gula 3 sudu besar mentega / minyak sapi 4 biji telur B 1/2 sudu teh garam pewarna kuning sedikit bijan 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang. Cara-cara : 1. Kupas kulit kentang, rebus dan lecek ketika masih panas. 2. Masukkan kentang dan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak. Kisar sebati. 3. Sementara itu panaskan oven 180C. Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dalam oven sebentar. 4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya. 5. Bakar selama 1 jam dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas. 6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong. Bingka Kentang / Kuih Bakar Kentang
Bahannya 4 cawan nasi dingin 3 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 2 biji cili padi(kesesuaian kepedasan) 1 sudu besar lada hitam 2 ekor ikan rebus yang telah digoreng(perisikan) Udang segar Isi daging ayam Sebiji telur 3 batang kacang panjang(potong spt ulam nasi kerabu) Kobis(potong kecil memanjang) Carrot(sagat) Cili merah(potong nipis) 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap manis Gula dan garam secukupnya Minyak untuk menumis Tumbuk lada hitam, bawang merah, putih dan cili api. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Biar naik wangi. Pecahkan telur dan bila sedikit masak barulah dikacau. Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Masukkan juga gula dan sedikit garam. Masukkan segala sayuran tadi dan juga nasi dingin. Kacau sehingga mesra dan bolehlah dihidangkan.(kakyah suka kacau nasi sedikit lama biar butiran nasi betul2 meresap bahan yang ditumis itu)
Memecat ahli lembaga pengarah syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan memberikan jawapan terhadap isu yang membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan itu, kata seorang menteri Umno. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya saranan yang diutarakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dilaksanakan, belum tentu kebenaran sebenar akan dapat diperolehi. "Saya tidak pasti jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar," kata Rahman, yang juga ahli Parlimen Kota Belud, dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, menjadi kelaziman, perkara pertama yang dilakukan apabila ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ahli-ahli Lembaga Pengarah baru masuk, mereka akan meminta lebih masa untuk memahami isu-isu di bawah kendalian mereka. "Bagaimanakah cara bagi mereka untuk menjawab sebarang soalan jika tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu?" soal ahli Majlis Tertinggi Umno itu lagi. "Mereka mungkin meminta beberapa bulan untuk meneliti semua butiran dan dokumen-dokumen sebelum mereka boleh memahami apa yang berlaku dan seterusnya memberi keterangan dalam siasatan berterusan yang dikendalikan oleh Ketua Audit Negara dan PAC," katanya merujuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Proses berkenaan katanya memakan masa dan bakal dilihat lambat lagi merugikan, walaupun umum tahu orang ramai ingin jawapan yang cepat bagi isu 1MDB. "Pada pendapat saya, dengan memecat Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah boleh dijadikan pilihan jika Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB enggan memberikan keterangan. "Namun secara terbuka, mereka mengatakan mereka akan bekerjasama dan akan tampil memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara dan membantu siasatan PAC," katanya. Beliau turut berkata, CEO kini hanya dilantik beberapa bulan yang lalu. "Beliau tidak terlibat dalam kontroversi 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai organisasi 1MDB. "Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran," katanya. Meskipun bersetuju dengan pendapat Muhyiddin, Rahman berkata, beliau tidak yakin dengan memecat anggota lembaga pengarah 1MDB kebenaran akan diperolehi. "Saya bersetuju dengan pendapat timbalan perdana menteri, dengan penyingkiran serta-merta ketua pegawai eksekutif dan ahli Lembaga pengarah dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, namun saya tidak pasti jika keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran yang sebenar," katanya. Rahman berkata, beliau menyedari berhubung isu itu apabila menerima pautan Internet yang dikongsi oleh sabahat saya di WhatsApp, yang menunjukkan klip video 7 minit Muhyiddin, sewaktu beliau memberi ucapan sempena sesi latihan pemimpin Umno bahagian baru-baru ini. Klip video diterimanya di ruangan WhatsApp itu juga disertakan bersama satu komen yang mendakwa Muhyiddin bertelagah pendapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB. "Dari situ barulah saya sedar akan segala kekecohan yang timbul!" katanya, dan menambah, video itu ditontonnya sebanyak 5 kali bagi menentukan sekiranya ada sebarang kebenaran terhadap dakwaan tersebut. Beliau bagaimanapun berkata, kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu mempunyai kebimbangan sama, iaitu mereka khuatir 1MDB menjadi satu kerisauan rakyat dan jika tidak diselesaikan dalam jangka masa terdekat, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan masa depan parti. "Jika kita ikuti kenyataan umum yang dibuat oleh perdana menteri sebelum ini, beliau juga merakamkan ulasan yang sama. "Timbalan perdana menteri berkata dalam klip video tersebut 1MDB memerlukan penyiasatan segera, kerajaan tidak boleh menunggu lebih lama lagi, beliau bercakap mengenai perlunya 'to hold the bull by its horns' dan saya rasa begitu juga dengan perdana menteri," katanya. "Sebab itulah, kita mendengar perdana menteri mengumumkan siasatan segera dilakukan oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia dan penyiasatan yang mestilah dilengkapkan dalam masa beberapa bulan." Bagaimanapun, perbezaan dalam kenyataan kedua-dua pemimpin itu katanya adalah Muhyiddin mahukan anggota lembaga pengarah 1MDB dipecat, manakala perdana menteri mengambil kedudukan tindakan terhadap mana-mana individu hanya akan diambil selepas siasatan menyeluruh oleh Ketua Audit Negara dan PAC selesai. "Untuk berlaku adil kepada timbalan perdana menteri, beliau ada menyebut dalam klip video bukan niat beliau untuk menunjukkan kebencian terhadap perdana menteri atau untuk menunjukkan mereka bersehaluan. "Malah dalam klip video itu, Muhyiddin ada mengatakan beliau menghormati Najib. "Kesimpulannya, saya menelefon kembali kawan saya itu dan bertanya kepadanya, apakah kekecohan yang timbul?" katanya. sumber
THE HAGUE 27 Ogos - Proses mengenal pasti identiti baki mayat warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kini memasuki fasa sukar dan mencabar. Anggota Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17, Datuk Dr. Zahari Noh (gambar) berkata, kes itu semakin rumit kerana pakar forensik kini hanya boleh bergantung kepada DNA yang prosesnya mengambil masa panjang. "Kini di fasa DNA, proses semakin lebih terperinci. Jika wujud padanan cap jari atau DNA, kes boleh diteruskan untuk pengesahan identiti. "Ia ambil masa lama, boleh juga sekejap. Ada kes terpaksa dikaji semula. Ada yang (ambil masa) satu hari sahaja sudah selesai proses identifikasinya. "Pakar kini tidak boleh lagi bergantung kepada padanan seperti cap jari tangan atau gigi seperti pengecaman dan identifikasi jenazah lain sebelum ini," katanya di sini. Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang itu berkata demikian sewaktu temu bual bersama Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Pakar forensik itu adalah satu-satunya wakil Malaysia dalam Lembaga Pengenalpastian Identiti Mangsa MH17 yang ditempatkan di Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini. Dr. Zahari menjelaskan, dalam menentukan identiti jenazah, ia perlu melalui proses seperti pengumpulan anggota badan, bedah siasat dan rekonsiliasi (yang melibatkan gabungan pengumpulan anggota badan dan bedah siasat menggunakan teknik padanan cap jari, DNA serta patologi). Katanya, selesai sahaja proses tersebut, mana-mana kes yang telah dikenal pasti identiti jenazah itu akan dibentangkan ke lembaga. Jelas beliau, antara tugasnya adalah meneliti setiap kes yang dibentangkan dalam mesyuarat yang diadakan tiga kali seminggu; Isnin, Rabu dan Jumaat untuk tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti. "Ada tujuh orang di dalam lembaga itu dari pelbagai bidang seperti pendakwa raya dan dari negara lain termasuk Belanda dan United Kingdom. "Tugas kami adalah bersidang, semak setiap kes, buat presentasi. Apabila semua sudah setuju, baru sahkan identiti jenazah. "Apabila ada jenazah Malaysia telah dikenal pasti dan disahkan, saya akan memaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di sini yang kemudian akan memaklumkan kepada keluarga dan lain-lain lagi," katanya. Dr. Zahari menarik perhatian, sebaik sahaja jenazah dikenal pasti, pelbagai proses dokumentasi pula diperlukan untuk membawa keluar jenazah ke Rumah Mayat Monuta. Mengikut Prosedur Operasi Standard, sebaik sahaja dikenal pasti, jenazah adalah milik sesebuah negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan Tentera Hilversum, jenazah kemudian perlu melalui lima proses penting. Ini antaranya melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar. Selesainya proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. Ditanya mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kenapa semua jenazah tidak dibawa keluar secara serentak, beliau berkata, setiap proses identifikasi memerlukan masa dan perlu mengharungi pelbagai fasa. "Umum perlu faham, ada 298 kes dan setiap kali bersidang, cuma 20 kes sahaja dibentangkan. Dari situ, tidak semua yang dikenal pasti adalah warganegara Malaysia. "Prosedur di sini seperti identifikasi dan autopsi adalah berbeza. Kecepatan proses pengenalpastian mana-mana jenazah bergantung kepada selesainya fasa rekonsiliasi," katanya. Tegas Dr. Zahari, mana-mana kes jenazah sama ada lengkap atau sebaliknya yang telah selesai melalui proses rekonsiliasi akan dibawa ke lembaga mengikut giliran dan secara rawak. "Tidak semestinya setiap kali kami bermesyuarat, akan ada kes yang dibentangkan melibatkan jenazah Malaysia. "Kita tidak tahu mayat dari negara mana yang datang atau kes apa dibentangkan. Malah ada beberapa kes yang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya sambil menambah terdapat 180 dari 298 mayat telah dikenal pasti ketika ini. Dr. Zahari yang telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam bidang kesihatan termasuk forensik ini berkata adalah menjadi keinginan dan harapan untuk mengenal pasti dan menemui kesemua mayat warga negara Malaysia dalam kadar segera. "Walau berdepan kerumitan, saya sering berdoa agar setiap kali mesyuarat, akan ada jenazah dari Malaysia dan dikeluarkan secepat mungkin, barulah lapang dada saya. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan sebanyak 31 jenazah rakyat Malaysia telah dikenal pasti. Pada Jumaat lepas, kumpulan pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal dibawa pulang dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas dan pada Ahad kumpulan kedua melibatkan tiga mangsa tragedi itu tiba di tanah air. Satu lagi jenazah tiba pada Sabtu lepas. Penerbangan MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai lepas. Ia dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_03/Fasa-mencabar-kenal-pasti-jenazah#ixzz3BeRTOJWz © Utusan Melayu (M) Bhd
KHABAR DARI NEGERI MOHD. KHUZAIRI ISMAIL | 25 Ogos 2015 1:12 AM PEMILIHAN 'Bersih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana mempunyai nama sama dengan perhimpunan haram yang dirancang diadakan secara besar-besaran di ibu negara pada akhir bulan ini. DARI awal-awal lagi Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah dapat menjangkakan pemilihan tema sambutan Hari Kemerdekaan yang berbeza dengan peringkat Pusat boleh mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak. Mereka sudah melakukannya sejak 2010 dan setiap kali itu jugalah, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik hebat. Tahun ini mereka bukan sahaja tidak belajar daripada pengalaman, malah bertindak lebih jauh sehingga boleh disifatkan ke tahap melampau. Pemilihan `Bersih’ sebagai tema awal Hari Kemerdekaan ketika perhimpunan haram dengan nama sama dirancang diadakan besar-besaran di ibu negara memperlihatkan rendahnya nilai patriotik dan cintakan negara yang dipegang Kerajaan DAP Pulau Pinang. Meskipun cuba ditenangkan dengan menggantikannya kepada Bersih, Cekap, Amanah, tindakan itu tidak dapat menyembunyikan sikap dan pendirian sebenar Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu berkenaan. Sehinggalah ‘diugut’ beberapa pihak untuk tidak menyertai upacara perbarisan sempena Hari Kemerdekaan itu, barulah Kerajaan DAP Pulau Pinang akur dan bersetuju untuk menggunakan tema Sehati Sejiwa yang diangkat Kerajaan Pusat. Hakikatnya ini bukanlah soal tunduk kepada desakan atau tekanan mana-mana pihak. Tetapi ini adalah mengenai tanggungjawab sebuah kerajaan dalam mengajak rakyatnya menghayati erti dan makna sebenar sebuah kemerdekaan. Jika Kerajaan DAP Pulau Pinang terlupa, mereka perlu diingatkan nikmat kemerdekaan itu sejak 58 tahun lalu dikecapi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina atau India. Kebebasan daripada penjajahan itu juga dinikmati setiap rakyat tanpa mengira pegangan agama atau fahaman politik. Maka, sepatutnya hari yang cukup penting dan bersejarah bagi setiap rakyat Malaysia itu disambut dalam semangat sebagai sebuah keluarga yang besar. Tetapi apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang memilih tema berbeza, yang dilakukan mereka sejak lima tahun lalu, tindakan itu menimbulkan persoalan adakah mereka tidak mengiktiraf kemerdekaan negara selama ini? Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang beranggapan mereka perlu melakukan usaha lain untuk mencapai kemerdekaan yang baharu? Apa pun alasan yang dikemukan Kerajaan DAP Pulau Pinang, tindakan mereka yang seolah-olah mahu memisahkan diri daripada perayaan besar dan penting kepada negara adalah sangat mengecewakan. Maka wajarlah apabila Pejabat Pendidikan negeril; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih untuk tidak menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri itu. Adalah tidak adil untuk peserta perbarisan itu yang turut terdiri daripada pelajar sekolah, agensi swasta dan awam serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi mangsa kepada politik keterlaluan kerajaan negeri. Apatah lagi penyertaan mereka itu dibuat atas semangat patriotik dan cintakan negara. Itu adalah sebahagian usaha dan sumbangan kecil mereka dalam menzahirkan penghargaan serta kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini. Namun apabila kesungguhan mereka itu cuba dicemarkan dengan unsur-unsur politik lebih-lebih lagi perhimpunan haram Bersih, mereka berhak untuk berasa kecewa dan tidak terlibat sama sekali. Kita menerima hakikat sampai bila-bila sekali pun Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan pernah bersetuju dengan kerajaan Pusat. Dalam banyak keputusan dan tindakan, sekali pun yang membabitkan kebajikan dan pembelaan rakyat, Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih selesa untuk tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan. Lihat sahaja bagaimana mereka menyukarkan pembinaan rumah-rumah mampu milik kepada golongan miskin di negeri ini yang diusahakan agensi kerajaan menerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP). Sedangkan usaha itu jelas bertujuan membela nasib penduduk negeri ini yang tertekan untuk memiliki kediaman sendiri memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih berminat meluluskan projek-projek rumah mewah. Permainan politik keterlaluan seperti ini hanya akan menjadikan rakyat tidak berdosa sebagai mangsa. Sikap sebegini juga tidak akan membantu membawa negara apatah lagi negeri ini ke arah masa depan yang lebih baik. Kerajaan negeri hanya akan mewujudkan rasa kurang senang dan hilang hormat banyak pihak kepada dasar-dasar dan polisi yang disediakan mereka. Kita bimbang lama-kelamaan rasa itu bertukar menjadi benci yang boleh merebak dalam kalangan rakyat sehingga mencetuskan ketegangan. Sudah tiba masanya Kerajaan DAP Pulau Pinang melihat dan menilai peranan serta tanggungjawab mereka sebagai pentadbir di negeri ini. Walaupun daripada kem pembangkang, tetapi di Pulau Pinang mereka adalah kerajaan negeri. Maka, seharusnya dasar dan polisi mereka selari atau sesuai dengan amanah yang diberikan rakyat itu. Keutamaan mereka ketika ini adalah membela nasib rakyat. Bukannya menunjukkan sikap berseteru yang berpanjangan dengan kerajaan Persekutuan sehingga membelakangkan amanah kepada rakyat. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/bahana-politik-keterlaluan-1.128284#sthash.iKJDlF9f.dpuf
Aksara Jawa – Aksara jawa atau hanacaraka adalah salah satu pengetahuan mengenai aksara turunan yang berasal dari aksara Bhrahmi. Aksara jawa tersebut sudah digunakan di nusantara Indonesia sejak dahulu kala, seperti misalnya di Pulau Jawa itu sendiri, Makassar, Melayu, Sunda, Bali, dan Sasak. Aksara jawa tersebut digunakan untuk penulisan segala jenis karya sastra yang berbahasa Jawa. Awal mula digunakannya aksara jawa ini adalah pada saat kerajaan Mataram Islam pertama kali didirikan, sekitar abad ke17 masehi. Pada saat itu mulai diterapkan tulisan hanacaraka atau carakan, yang kita kenal hingga saat ini. baru di abad ke19 masehi cetakan aksara jawa baru dibuat, aksara jawa tersebut merupakan gabungan dari aksara kawi dan abugida. Di dalam hanacara tersebut terdapat beberapa tata tulis, unsur-unsur, dan berbagai aturan lainnya. Dengan memiliki beberapa penjelasan dari masing-masing daftar huruf dan aturan. Yang di mana akan memudahkan anda dalam memahami cara penulisannya, sebelum anda mulai belajar praktek aksara jawanya. Berikut ini kami akan mengulas seputar tulisan aksara jawa. Mulai dari Tulisan aksara jawa dan pasangan, tulisan aksara jawa murda, tulisan aksara jawa wilangan, tulisan aksara jawa swara, huruf aksara jawa sandangan, huruf aksara jawa carakan, dll. Tulisan Aksara Jawa Carakan dan Pasangan Aksara Jawa Carakan dan Pasangan Aksara Jawa Carakan Aksara carakan merupakan jenis aksara jawa yang dikategorikan dalam aksara dasar, jika dilihat dari namanya yaitu carakan maka artinya aksara tersebut memang dipakai untuk menuliskan kata-kata dalam bahasa Jawa. Di dalam setiap aksara carakan ini memiliki bentuk pasangannya masing-masing. Misalnya aksara pasangan digunakan untuk mematikan aksara vokal sebelumnya. Aksara Jawa Pasangan Aksara jawa dan pasangannya memiliki arti dan simbolnya masing-masing, simbol tersebut merupakan aturan dari pasangannya. Pasangan di dalam aksara jawa adalah bentuk khusus dari aksara jawa itu sendiri, yang kegunaannya adalah untuk mematikan atau menghilangkan vokal dari aksara sebelumnya. Aksara pasangan digunakan untuk menulis suku kata yang tidak ada vokalnya. Contoh Penggunaan Pasangan Dalam Aksara Jawa Kata mangan sega atau yang artinya makan nasi, harus dihilangkan terlebih dahulu huruf Na nya agar cara membacanya tidak manganasega. Cara menghilangkannya adalah dengan memberi pasangan pada huruf Se, dengan menghilangkan kata tersebut maka cara membacanya yaitu mangan sega. Aksara Jawa Swara Aksara Jawa Swara Lalu apa yang dimaksud dengan aksara swara, aksara swara merupakan jenis aksara yang dipakai untuk untuk menuliskan beberapa huruf vokal. Yang berasal dari suatu kata serapan dari bahasa asing, yang tujuannya adalah untuk menegaskan pelafalan aksara swara tersebut. Aksara Jawa Sandangan Aksara Jawa Sandangan Sandangan aksara jawa ini dijelaskan setelah aksara swara dijelaskan, karena masih banyak yang kebingungan mengenai sandangan aksara jawa tersebut. kebanyakan dari mereka sulit membedakan antara sandangan dengan aksara swara. Lalu apa itu sandangan, artinya adalah suatu huruf vokal yang tidak mandiri. Yang biasanya digunakan hanya di tengah kata saja, di dalam sandangan dapat dibedakan dengan berdasarkan cara bacanya. Misalnya saja aksara rekan, yang dimaksud dengan aksara rekan adalah aksara yang digunakan untuk menuliskan beberapa huruf serapan yang asalnya dari bahasa Arab. Misalnya seperti F, KH, DZ dan lain sebagainya. Aksara Jawa Murda Aksara Jawa Murda Agar lebih mudah dipahami, aksara murda adalah segala jenis huruf kapital yang terdapat di dalam aksara jawa. Aksara murda merupakan aksara khusus yang digunakan untuk menulis huruf depan pada suatu tempat, nama orang, atau semua jenis kata yang huruf depannya menggunakan huruf kapital. Huruf-huruf tersebut digunakan di setiap awal paragraf atau kalimat. Aksara Jawa Wilangan Aksara Jawa Wilangan Sedangkan definisi dari aksara wilangan adalah sebuah bilangan atau aksara yang digunakan untuk menuliskan angka di dalam bahasa Jawa. Di dalam aksara jawa biasanya terdapat banyak bunyi yang jika diucapkan, bunyinya menjadi berbeda. Walaupun hal itu tergantung pada setiap kata yang ditulis dengan aksara tersebut. Misalnya saja huruf A bisa dibaca A pada kata papat, atau kata A bisa dibaca A pada kata Lara, aturan tersebut juga bisa digunakan pada setiap kata yang mengandung huruf E. Asal Usul Atau Sejarah Aksara Jawa Asal Usul Atau Sejarah Aksara Jawa Aksara jawa ternyata juga memiliki kisah atau legendanya sendiri, misalnya saja tentang seorang ksatria hebat yang berasal dari tanah jawa. Nama dari ksatria tersebut adalah Aji Saka, yang memiliki 2 orang Abdi yang sangat loyal atau setia yang bernama Dora dan Sembada. Di suatu ketika Aji Saka melakukan suatu perjalanan, menuju Kerajaan Medang Kamulan. Pada saat itu Kerajaan Medang Kamulan diperintah oleh seorang raja yang memiliki kebiasaan, yaitu suka memakan daging manusia. Raja tersebut bernama Prabu Dewata Cengkar, setiap hari Prabu Dewata meminta para pelayan dan juga prajuritnya untuk selalu menghidangkan daging manusia setiap harinya. Mendengar hal itu tentu saja rakyat menjadi resah, termasuk Aji Saka yang semakin yakin untuk melawan raja tersebut dengan ditemani oleh kedua Abdinya yang setia. Kemudian sampailah Aji Saka di sebuah pinggiran hutan, yang di mana daerah itu termasuk ke dalam wilayah kekuasaan Kerajaan Medang Kamulan. Sebelum mereka semua benar-benar masuk ke dalam istana kerajaan, salah satu Abdi dari Aji saka yang bernama Sembada diperintahkan oleh Aji Saka untuk tetap tinggal di tempat dengan tujuan menjaga keris pusaka miliknya. Aji Saka juga berpesan agar keris tersebut benar-benar dijaga, dan tidak boleh diserahkan kepada siapapun kecuali pada Aji Saka. Kesepakatan Prabu Dewata Cengkar dan Aji Saka Sedangkan Abdi lainnya yang bernama Dora, ikut dengan Aji Saka untuk berhadapan langsung dengan sang Raja yaitu Prabu Dewata Cengkar. Lalu setelah ia bertemu dengan Prabu Dewata Cengkar, Aji Saka pun langsung membuat kesepakatan dengannya. Aji Saka menerima dirinya untuk dimakan oleh Prabu Dewata, tetapi dengan 1 syarat. Yaitu Prabu Dewata Cengkar harus menyerahkan tanah kekuasaannya yang seluas sorban atau seluas ikat kepala yang dikenakannya. Akhirnya Prabu Dewata pun menyetujui kesepakatan tersebut, Aji Saka pun meminta Prabu untuk mengukur tanah permintaannya dengan cara memegang salah satu ujung sorban. Ujung sorban lainnya dipegang oleh Aji Saka sendiri, kemudian mulailah Prabu Dewata Cengkar menarik dan membentangkan sorban tersebut. dewata pun terus bergerak mundur untuk membentangkannya. Ia terus menarik dan membentangkan sorban tersebut, dan dengan kesaktian yang dimilikinya sorban itu ternyata terus membentang dan tidak pernah berhenti. Prabu Dewata Cengkar harus terus maju untuk membentangkan sorban itu, lalu sampailah ia di ujung jurang dan terlempar ke tengah lautan. Akhirnya Prabu Dewata Cengkar itu mati, dan rakyat pun bersuka cita karena kematiannya. Aji Saka pun naik pangkat menjadi seorang raja, tak berapa lama setelah ia menjadi raja ia pun ingat keris miliknya yang dititipkan pada Sembada. Pertempuran Dora dan Sembada Aji Saka pun memerintahkan Dora untuk mengambil keris tersebut pada Sembada. Pada awalnya mereka hanya bercakap-cakap mengenai keadaan atau kondisi satu sama lain. Setelah itu barulah percakapan mengarah ke keris yang Aji Saka titipkan. Saat itu Dora meminta Sembada untuk mengembalikan keris yang dimiliki oleh Aji Saka tersebut. Tetapi Sembada justru masih ingat tentang perintah Aji Saka, bahwa ia harus memberikan keris tersebut hanya kepada Aji Saka. Sedangkan Dora merasa bahwa ia tetap harus melaksanakan perintah Tuannya mengenai keris tersebut. hingga akhirnya kedua orang itu saling tak mau mengalah satu sama lain, karena ingin sama-sama menjaga amanahnya. Setelah itu Dora dan Sembada pun bertempur mati-matian untuk mempertahankan amanah Aji Saka. Keduanya saling mengeluarkan kekuatan dan kesaktian masing-masing, sampai akhirnya keduanya tewas bersamaan. Kabar kematian kedua Abdi yang loyal tersebut pun akhirnya sampai pada Aji Saka. Lahirnya Aksara Jawa Aji Saka pun menyesal atas kecerobohan yang ia buat sendiri, untuk menghormati kedua Abdi yang setia padanya sampai mati itu ia pun membuat persembahan khusus untuk mereka. Maka dibuatlah barisan huruf, alfabet atau aksara seperti yang sampai saat ini kita kenal yaitu hanacara atau aksara jawa. Semakin bertambahnya waktu dan berkembangnya zaman, maka aksara jawa yang diciptakan oleh Aji Saka semakin populer. Aksara jawa juga telah menggeser penggunaan aksara palawa dan huruf palawa yang saat itu dibuat dan diciptakan di masa Kerajaan Hindu dan Budda. Aksara palawa tersebut merupakan jenis aksara kuno. Aksara palawa sendiri merupakan jenis aksara yang memiliki kemiripan dengan aksara jawa, yang di mana huruf palawa ini pada zaman dahulu digunakan oleh masyarakat luas yang pada saat itu masih mengenal bahasa sansekerta. Di masa kerajaan islam ini mulai disosialisasikan aksara jawa atau abjad hanacara atau carakan yang sudah dikenal sampai saat ini. Persebaran Aksara Jawa Persebaran Aksara Jawa Di dalam sejarahnya sudah tercatat bahwa aksara jawa ini mulai dicetak di abad 19 Masehi, hal tersebut bukan merupakan hal yang aneh karena di zaman dahulu memang belum ditemukan mesin cetak. Aksara jawa merupakan salah satu jenis aksara yang menginspirasi banyak orang, jika diperhatikan lebih lanjut jenis aksara jawa juga tidak berbeda jauh dengan jenis aksara lainnya. Misalnya di wilayah Asia Tenggara, contohnya jenis aksara yang digunakan oleh seluruh masyarakat Thailand hingga saat ini. ternyata aksara jawa juga memiliki kemiripan dengan aksara Thailand, yang di mana goresan, struktur dan lengkungannya pun memiliki banyak kesamaan. Oleh sebab itu ada kemungkinan bahwa aksara jawa ini memang telah populer sejak zaman dahulu. Sehingga penyebaran aksara jawa di zaman dahulu menyebar di sekitar wilayah Asia Tenggara. Bahkan menurut penelitian yang ada, aksara jawa memang gabungan dari aksara kawi dan aksara abugida. Aksara ini sangat berbeda dengan aksara latin, yang kita pelajari dan gunakan di zaman sekarang. Contohnya adalah huruf Ha memiliki 2 perwakilan dari 2 huruf sekaligus, yaitu huruf konsonan H dan huruf vokal A. Yang merupakan satu suku kata yang utuh jika dibandingkan dengan kata hari. Penggunaan aksaranya juga terlihat lebih simpel, dibandingkan dengan huruf latin yang tersusun atas 1 huruf per 1 huruf. Untuk penulisannya, aksara jawa ini memiliki kemiripan dengan aksara hindi. Tata cara penulisan dari aksara jawa dilakukan dengan cara menggantung. Atau terdapat garis di bagian bawahnya. Kemudian seiring dengan berjalannya waktu, terdapat modifikasi di era modern dari para pendidik yang mengajarkan aksara jawa melalui penulisan aksara hanacaraka di atas garis. Tentang Hanacaraka Tentang Hanacaraka Kesulitan cara menulis dari aksara jawa atau hanacaraka di dunia serba digital ini, membuat aksara tersebut menjadi kurang populer di kalangan preservasionis. Di dalam aksara jawa atau hanacaraka tersebut, ada suku kata yang ditulis dengan satu aksara. Penggunaan tanda bacanya juga dapat mengubah, menghilangkan atau menambah vokal dari suku kata tersebut. Aksara jawa ini juga memiliki aneka bentuk penulisan nama, pengejaan asing dan juga konsonan bertumpuk. Aksara jawa ini termasuk ke dalam sistem tulisan abugida, yang cara penulisannya dimulai dari kiri ke kanan. Setiap aksara melambangkan suatu suku kata yang ditentukan oleh posisi aksara, yang terdapat di dalam kata tersebut. Selain itu penggunaannya juga tidak menggunakan spasi atau scriptio continua, sehingga pembaca harus memahami teks bacaan yang gunanya adalah untuk membedakan setiap kata tersebut. jika dibandingkan dengan cara penulisan aksara latin, maka aksara jawa ini memang kekurangan tanda baca. Terutama untuk tanda baca dasar seperti misalnya tanda tanya, tanda seru, titik dua, dan tanda hubung. Aksara ini terbagi lagi menurut beberapa jenis yang sesuai dengan fungsinya, aksara dasar terdiri dari 20 kata yang telah digunakan di dalam penulisan bahasa Jawa modern. Jenis-jenis lainnya meliputi aksara suara, angka jawa dan juga tanda baca. Tiap suku kata tersebut memiliki 2 bentuk, yang pertama adalah nglegena atau aksara telanjang dan pasangan. Kebanyakan aksara selain dari aksara dasar adalah konsonan teraspirasi atau disebut juga retrofleks yang sering digunakan di dalam bahasa jawa kuno. Tetapi seiring dengan berkembangnya zaman dalam hal aksara dan bahasa Jawa, huruf-huruf itu mulai kehilangan representasinya. Yaitu representasi dari suara dari suara asli, yang kemudian fungsinya mulai berubah. Tanda diakritik di dalam aksara jawa, disebut juga shandangan yang berguna untuk menambah konsonan akhir serta menandakan adanya ejaan asing. Terdapat juga beberapa tanda diakritik atau shandangan, yang boleh digunakan secara bersamaan tetapi tidak semua kombinasi tersebut dapat digunakan. Hanacaraka ini ialah salah satu peninggalan dari nenek moyang, yang sangat bersejarah sehingga harus dilestarikan oleh kita semua sebagai penerus kebudayaan bangsa. Pengenalan mengenai aksara jawa ini biasanya dilakukan di sekolah-sekolah di dalam mata pelajaran bahasa Jawa. Deret Aksara Jawa Deret Aksara Jawa Sederet aksara yang diciptakan oleh Aji Shaka dalam mengenang kedua Abdinya yang setia yaitu Dora dan Sembada, hingga saat ini dikenal dengan aksara jawa. Dengan total 4 deret aksara jawa yang ia ciptakan. Diantaranya yaitu : 1. Ha Na Ca Ra Ka yang artinya Ono Wong Loro atau ada 2 orang. 2. Da Ta Wa Sa Wal yang artinya Podho Kerengan atau mereka berkelahi bersama-sama. 3. Pa Da Ja Ya Nyha yang artinya Podho Joyone atau mereka sama-sama kuat. 4. Ma Ga Ba Tha Nga yang artinya Merdo Dadi Bathang Lorone atau Maka dari itu, keduanya sama-sama menjadi bangkai atau sama-sama meninggal dunia. Seperti yang telah dijelaskan di atas bahwa di dalam aksara jawa ini terdapat aksara murda dan aksara swara. Keduanya merupakan huruf khusus yang ada di dalam aksara jawa. Aksara murda terdiri dari Na Ka Ta Sa Nya Pa Ga dan Ba. Sedangkan aksara swara terdiri dari A I U E O atau huruf vokal dalam bahasa latin. Fungsi dari aksara murda dan aksara swara ini sama dengan huruf kapital, yaitu yang biasa digunakan untuk menulis nama orang penting, orang yang terkenal, nama suatu tempat, atau daerah yang terkenal. Penulisan dari aksara murda dan juga aksara swara ini hanya dapat digunakan di kata depannya saja. Atau bisa juga digunakan untuk keseluruhan kata. Tulisan aksara jawa dan pasangan, tulisan aksara jawa murda, tulisan aksara jawa wilangan, tulisan aksara jawa swara, huruf aksara jawa sandangan, huruf aksara jawa carakan, dll. Boleh copy paste, tapi jangan lupa cantumkan sumber. Terimakasih Aksara Jawa