Living with devil🤠
Credit to pretty @nliyyy_
Credit to pretty @nliyyy_
Credit to pretty @nliyyy_
Kami persembahkan Outfit for Eid Collection 2024, Dengan Motif Exclusive by gimi hijab✨
Credit to pretty @nliyyy_
Oleh Salleh Buang SULTAN Azlan Shah diiringi Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bersalaman dengan Ketua Hakim Singapura, Datuk Seri Chan Sek Keong selepas Almarhum baginda berkenan mencemar duli ke Majlis Syarahan Undang-undang ke-23 di Kuala Lumpur, pada 2009. SEBELUM Almarhum Sultan Azlan Shah naik takhta sebagai Sultan Negeri Perak, Almarhum sudah lama berkhidmat dalam perkhidmatan kehakiman negara dari peringkat paling bawah (Majistret Kelas I) hinggalah peringkat paling tinggi selaku Ketua Hakim Negara. Saya tidak pernah berkhidmat di bawah baginda, juga tidak berpeluang berinteraksi dengannya sewaktu Almarhum memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dan jawatan-jawatannya yang lebih tinggi. Sewaktu Almarhum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1965 (pada usia 37 tahun), saya belum pun menjejak kaki di Lincoln's Inn London, di mana Almarhum menamatkan pengajian undang-undangnya pada 1954. Pada 1973, bila Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan, saya baru sahaja berkhidmat di Jabatan Peguam Negara selama tiga tahun. Bila Almarhum dinaikkan pangkat ke jawatan Hakim Besar Malaya pada 1979, saya sudah pun meninggalkan Jabatan Peguam Negara untuk mencuba nasib sebagai Peguambela dan Peguamcara. Akhir sekali bila Almarhum sampai ke kemuncak kerjayanya, di lantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982, saya sudah pun bersiap sedia berhijrah ke menara gading. Walaupun saya tidak berkesempatan mengenali Almarhum Sultan Azlan Shah dari dekat (berbeza dengan nasib saya dapat kenal rapat dengan Allahyarham Tun Suffian Hashim dan Tun Salleh Abas, kedua-duanya mantan Ketua Hakim Negara) namun kata-kata bijaksana yang diucapkan oleh Almarhum selaku hakim terus dekat di hati saya. Begitu banyak sekali penghakiman Almarhum baginda sebagai hakim yang saya rujuk, sebut, komen dan perjelaskan - dalam buku, monograf, rencana, kuliah, syarahan umum dan bengkel undang-undang yang saya kendalikan dari semasa ke semasa. Pendek kata, saya berani menyatakan dengan penuh yakin bahawa selagi ada rakyat negara ini yang mempelajari ilmu undang-undang, berkarya sebagai pengamal undang-undang, turun-naik mahkamah mewakili anak guamnya, Almarhum Sultan Azlan Shah akan kekal hidup dan terus bercakap menerusi penghakimannya kepada semua - pelajar, warga peguam dan hakim-hakim kita. Legasinya yang tidak ternilai akan terus bermakna dan dimanfaatkan. Salah satu kes terpenting dalam perundangan tanah negara yang diputuskan oleh Almarhum sebagai hakim bicara adalah kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, yang melibatkan penerokaan kawasan hutan dekat Teluk Intan oleh sekumpulan rakyat yang tidak bertanah. Plaintif dalam kes ini merupakan perintis (kumpulan pertama) yang menerokai kawasan hutan itu, diikuti oleh ramai lagi selepasnya. Walaupun pada mulanya plaintif diberi maklum bahawa kumpulannya akan dikurniakan tanah di kawasan yang mereka terokai itu, akhirnya hajat mereka tidak kesampaian. Dalam kes ini, isu utama yang perlu diputuskan oleh hakim bicara adalah status setinggan dalam undang-undang negara. Di akhir perbicaraan, Almarhum (selaku hakim bicara) memutuskan bahawa; "Setinggan tidak ada apa-apa hak di sisi undang-undang atau pun ekuiti". Keputusan Almarhum ini terus diikuti dan dipetik oleh begitu ramai sekali hakim lain selepasnya apabila ada sahaja kes setinggan sampai ke mahkamah. Satu lagi keputusan Almarhum yang tidak boleh saya lupakan adalah kes Roberts lwn. Ummi Kalthom [1966] 1 MLJ 163. Ketika Almarhum mendengar kes ini, baginda baru sahaja memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi. Isu utama dalam kes ini berkisar kepada hak seorang suami terhadap harta (sebidang tanah) yang didaftarkan atas nama isteri, selepas pasangan itu bercerai. Plaintif dalam kes ini ialah seorang bukan Melayu tetapi telah memeluk agama Islam sebelum berkahwin dengan defendan. Penghakiman Almarhum dalam kes ini merupakan permulaan undang-undang harta sepencarian moden, yang selepas itu terus dikembangkan oleh hakim-hakim lain. Kini kes-kes harta sepencarian tidak lagi dibicarakan di mahkamah sivil kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah syariah. Namun kes Ummi Kalthom terus menjadi salah satu kes rujukan penting mengenai harta sepencarian. Peluang tunggal untuk saya bertemu dengan Almarhum timbul apabila saya selesai melaksanakan satu tugas berat untuk Yayasan Tun Suffian. Sekitar 2005 saya diminta oleh yayasan itu menulis sebuah buku ilmiah mengenai kerjaya Allahyarham Tun Suffian semenjak tokoh tersohor itu dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi sehinggalah selepas dia bersara daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Saya terima tugas berat itu dengan sukarela kerana saya memang kenal beliau semasa hayatnya. Setelah buku itu siap dicetak pada 2007, saya dimaklumkan bahawa projek penerbitan Yayasan Tun Suffian (karya saya) itu akan dilancarkan dengan rasminya oleh Sultan Azlan Shah. Peristiwa paling bermakna itu berlangsung di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur, turut dihadiri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (ketika itu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Tun Mohamed Dzaidin (mantan Ketua Hakim Negara, selaku Pengerusi Yayasan Tun Suffian) dan Tunku Datuk Dr. Sofiah Jewa (pengasas Yayasan Tun Suffian). Itulah kali pertama saya diberi penghormatan duduk di atas pentas bersama Almarhum Sultan Azlan Shah (serta orang kenamaan yang saya sebutkan di atas tadi), sebelum buku mengenai Tun Suffian itu dilancarkan dengan rasminya oleh baginda. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Almarhum. Amin. PENULIS ialah penganalisis undang-undang. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140531/re_01/Legasi-kehakiman-Sultan-Azlan-Shah#ixzz33T2XjbA3 © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh ASLIZA MUSA [email protected] JENAZAH Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang dibawa dari Kuala Lumpur tiba di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, malam tadi. Turut kelihatan terlindung Raja Dr. Nazrin Shah (tengah) dan Tuanku Zara Salim. - BERNAMA IPOH 28 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari hari ini pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Kemangkatan baginda yang memerintah Perak selama 30 tahun diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM). Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar esok untuk penghormatan terakhir. Menurut beliau, bagi pembesar negeri dan orang kenamaan, mereka boleh memberi penghormatan terakhir pada pukul 9 pagi manakala orang ramai pula antara pukul 11 pagi hingga 2 petang. "Bagi Ke Bawah Duli Maha Mulia Sultan, raja-raja dan pembesar negara asing pula, tempoh penghormatan terakhir adalah antara pukul 2 hingga 3 petang. "Jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, esok," katanya. Zambry turut mengumumkan tempoh perkabungan negeri ini selama 100 hari bermula hari ini dan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh tersebut manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang untuk tujuh hari sahaja. Menurutnya, sepanjang tempoh itu, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan. "Sebagai tanda penghormatan ke atas kemangkatan Almarhum, esok diisytiharkan sebagai hari cuti umum bagi seluruh negeri Perak. "Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat. Saya mewakili seluruh rakyat jelata merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah Subhanahuwataala dalam kalangan para Auliya, Syuhada dan solehin," ujarnya. Di KUALA LUMPUR, jenazah Almarhum dibawa keluar dari IJN ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar menggunakan van jenazah Kementerian Pertahanan pada pukul 5.05 petang. Turut berangkat mengiringi jenazah Almarhum ialah Tuanku Bainun serta kerabat diraja. Terdahulu, pada pukul 2.40 petang, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dilihat berada di pekarangan IJN ditemani Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. Sultan Azlan diputerakan pada 19 April 1928, dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak pada 1 Julai 1983 dan dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 3 Februari 1984 selepas kemangkatan Sultan Idris Shah. Almarhum baginda yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara memperoleh pendidikan awal di Government English School, Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf, Batu Gajah. Baginda kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom. Pada tahun 1953, baginda mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan seterusnya sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln"s lnn pada 23 November 1954. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, dilantik pada 26 April 1989 hingga 25 April 1994. Semasa hayat Almarhum, Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki dan memegang pelbagai jawatan penting antaranya Presiden Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Presiden Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140529/dn_01/Sultan-Azlan-Shah-mangkat#ixzz333qiWUAH © Utusan Melayu (M) Bhd
Azlan Xavier Shop on Displate. Browse Posters, Artwork and Prints created by Azlan Xavier. Printed on Metal, Easy Magnet Mounting, Worldwide Shipping. Buy online at DISPLATE.
Sultan Nazrin Shah sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan titah ucapan pada majlis perasmian Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan majlis berbuka puasa di Batu Gajah, Perak, semalam. - BERNAMA BATU GAJAH 30 Jun - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menjunjung wasiat arwah ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk merasmikan sebuah masjid bernilai RM21 juta di sini yang dibina semula serta diperkenankan untuk dinamakan sempena nenda baginda, Toh Puan Besar Hatijah sebagai pewakaf tanah tersebut pada 1930-an. Bangunan pertama yang dirasmikan Sultan Nazrin selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 itu siap dibina semula pada tahun lalu dan telah diwasiatkan oleh Almarhum untuk dirasmikan pada bulan Ramadan tahun ini selain diadakan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat. "Almarhum tidak sempat bersolat di masjid yang telah dibina semula ini. Sepanjang hayat, Almarhum terlibat secara langsung dan tidak langsung menasihati, mengawasi dan memantau pelbagai projek membina bangunan merangkumi istana, mahkamah, stadium, institusi pendidikan, galeri dan rumah kediaman. "Projek pembinaan masjid ini merupakan pembinaan terakhir yang Almarhum telah berikan tumpuan dan terlibat secara langsung," titah baginda sempena perasmian masjid tersebut dan majlis berbuka puasa di sini. Terdahulu, Sultan Nazrin bersama adinda baginda, Raja Datuk Seri Azureen dan Raja Datuk Seri Eleena serta kerabat diraja yang lain menziarahi makam Toh Puan Besar Hatijah di Tanah Perkuburan Segedup berhampiran masjid tersebut. Masjid yang asalnya diperbuat daripada kayu telah dirobohkan sebelum diganti dengan binaan berasaskan batu-bata pada 1970-an. Pada akhir tahun 2006, Almarhum Sultan Azlan Shah menitahkan agar masjid tersebut dibina semula dan pembinaannya telah dimulakan pada 9 Oktober 2008. Almarhum memberikan sepenuh perhatian apabila memantau dan mengawasi kerja-kerja pembinaan semula masjid itu dengan mengadakan lawatan tapak malah baginda turut memberikan sentuhan peribadi terhadap reka bentuk, hiasan dalaman dan komposisi kompleks masjid tersebut. Rumah Allah yang diperkenankan Almarhum untuk dinamakan sebagai Masjid Toh Puan Besar Hatijah melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada seorang bonda selain peringatan kasih sayang baginda terhadap seorang kakanda berikutan dewan serba gunanya turut dinamakan sebagai Dewan Raja Baharum Baha'uddin Shah. Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, walau sejauh mana merantau serta mencapai kejayaan, Almarhum sentiasa mencari masa untuk kembali memijakkan kaki di bumi Batu Gajah yang menjadi menjadi tempat baginda diputerakan. Menurut Sultan Nazrin, baginda juga sentiasa menghargai dan terus mendampingi rakan-rakan sepermainan dan sepersekolahannya di Batu Gajah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, agama dan kaum. "Demikian dalamnya ingatan Almarhum kepada bumi dan alam persekitaran Batu Gajah. Rumah Allah ini adalah hadiah kenangan daripada Almarhum kepada masyarakat Batu Gajah yang sangat nostalgik dalam ingatan baginda. "Semoga usaha Almarhum membangunkan kemudahan fizikal ini akan disambut dan dilengkapi oleh ahli-ahli qariah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti agar masjid ini menjadi masjid yang hidup, diimarahkan setiap masa dan sepanjang waktu," titah baginda. Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah, masjid berfungsi sebagai institusi asas lagi utama untuk mendukung peranan mengembangkan syiar Islam selain berperanan sebagai tapak semaian mencanai minda berilmu dan membina sahsiah insan. "Masjid tidak sekadar pusat untuk melakukan ibadah solat malah telah dan hendaklah terus berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu, perkembangan budaya dan turut berperanan sebagai pusat membangunkan masyarakat," titah baginda. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140701/dn_18/Sultan-Nazrin-tunaikan-wasiat-Almarhum-Sultan-Azlan-Shah#ixzz36lFuVBH5 © Utusan Melayu (M) Bhd
Sultan Azlan Shah hockey tournament returns after a two-year hiatus | Hockey News Check more at https://www.dailyexpertnews.com/sports/sultan-azlan-shah-hockey-tournament-returns-after-a-two-year-hiatus-hockey-news/
http://renovationplumbing0176239476.wordpress.com
LIST OF VERBS, NOUNS, ADJECTIVES AND ADVERBS.pdf - Free download as PDF File (.pdf), Text File (.txt) or read online for free. The document contains a list of verbs, nouns, adjectives, and adverbs organized by their part of speech. There are over 100 entries for each part of speech, including verbs like "accept" and "achieve", nouns like "acceptance" and "achievement", adjectives like "acceptable" and "achievable", and adverbs like "acceptably" and "achievably". The list provides the basic form of each word as well as derived forms of the words where applicable.
4.8 out of 5 stars - Shop Computer Lab School Sign created by TidyLadyProducts. Personalize it with photos & text or purchase as is!
We are a Premium Custom Event Design and Management Company that aim to cater to all types of Spatial Design, be it Weddings, Corporates or Luxury Brands Events.
Unleash your child's imagination with the HGJZ Cursed Goo Sea Thrash Hero Pack. Perfect for ages 4+.