SENARAI SURAH2 PENDEK :- - SURAH AL IKHLAS (112) - SURAH AL FALAQ (113) - SURAH AN NAS (114) - SURAH AL KA_FIRU_N (109) - SURAH AL KAWTSAR (108) - SURAH AL 'ASR (103) - SURAH AN NASR (110) - SURAH AL FI_L (105) - SURAH AL MA_'U_N (107) - SURAH AL INSHIRAH (94) SURAH AL IKHLAS (112) Qul huwalla_hu a hhadd Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku ialah (Allah) Yang Maha Esa. Alla_huss ssomadd Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Lam yalid walam yu_ladd Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Walam yakullahu kufuwan a hhadd Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya". SURAH AL FALAQ (113) Qul a'u_dzu birobbil falaqq Katakanlah (wahai Muhammad) :"Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekelian makhluk, Minsh_ sharrima_ kholaqq Dari bencana makhluk2 yang Ia ciptakan, Waminsh_ sharrigha_ siqin idza_ waqobb Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Waminsh_ sharrin_ naffa_tsa_ti fil 'uqodd Dan dari kejahatan makhluk2 yang menghembus2 pada simpulan2 (dan ikatan2) Waminsh_ sharri hha_ sidin idza_ hhasadd Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya SURAH AN NAS (114) Qul a'u_dzu birobbin_ na_si Katakanlah (wahai Muhammad) : "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekelian manusia, Malikin_ na_si Yang menguasai sekelian manusia, Ila_hin_ na_s, Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia, Minsh_ sharril waswa_sil khon_na_s, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Alladzi_ yuwaswisu fi_ ssudu_rin_ na_s, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia Minal jin_nati wan_na_s. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". SURAH AL KA_FIRU_N (109) Qul ya_ayyuhal ka_firu_n Katakanlah (wahai Muhammad) :"Hai orang2 kafir!, La_ a'budu ma_ ta'budu_n Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, Wala_ ant_tum 'a_bidu_na ma_a'bud Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah Wala_ ana'a_ bidum_ma_ abadtum Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat Wala_ ant_tum 'a_bidu_na ma_a'bud Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat Lakum di_nukum waliyadi_n Bagi kamu ugama kamu, bagiku ugamaku". SURAH AL KAWTSAR (108) In_na_ a'ttoyna_kal kawtsar, Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada mu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak ( di dunia dan akhirat) Fa ssolli lirobbika wanhhar, Oleh itu, kerjakanlah sembahyang demi Tuhanmu semata2 dan sembelihlah korban (sebagai syukur) In_na sha_ni aka huwal abtar Sesungguhnya, orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya) SURAH AL 'ASR (103) Wal 'assri Demi masa, In_nal ins_sa_na lafi_ khusr, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, Illal ladzi_na a_manu_ wa'amiluss sso_li hha_ti Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, Watawa_ ssow bil hhaqqi watawa_ ssow biss ssobr Dan mereka pula berpesan2 dengan kebenaran, serta berpesan2 dengan sabar. SURAH AN NASSR (110) Idza_ja_a nassrulla_hi walfathh, Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai Negeri Makkah), Waro aytan_na_ sayad khulu_na fi_ di_nilla_hi afwa_ja_ , Dan engkau lihat manusia masuk ugama Allah beramai2, Fasabbihh bihhamdi robbika wastaghfirh, Maka, ucaplah tasbih dengan memuji Tuhanmu, dan mintalah ampun kepadanya In_nahu ka_na taw_wa_ba_ Sesungguhnya, Ia amat menerima taubat SURAH AL FI_L (105) Alam tarokayfa fa'ala robbuka bi ass hha_bil fi_l, Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah) Alam yaj'al kaydahum fi_ tadhli_l, Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka, Wa arsala 'alayhim toyran aba_bi_l, Dan Ia telah menghantarkan pada mereka (rombongan) burung berpasuk2an Tarmi_himb_ bi hhija_ rotim_ mins_sijji_l, Yang melontar mereka dengan batu2 dari sejenis tanah yang dibakar keras Faja'alahum ka'assfim_ makku_l. Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun2 kayu yang dimakan ulat. SURAH AL MA_'U_N (107) Aro aytal ladzi_ yukadz dzibu biddi_n, Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan), Fadza_likal ladzi_ yadu' 'ul yati_m, Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Wala_ ya hhudh dhu 'ala_ to'a_mil miski_n, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin Fawaylul lil mu ssolli_n, (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang2 yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang2 ahli sembahyang Alladzi_nahum 'an ssola_tihim sa_hu_n, (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya, Alladzi_nahum yuro_u_n, (Juga bagi) orang2 yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya) Wayamna'u_ nal ma_'u_n. Dan orang2 yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)