Kali ni Che Nom nak share cara buat kuih tradisional iaitu kuih lapis. Kuih lapis ni sedap sangat dengan rasa lemak manis bersantan. Kuihnya wangi dan lembut pulak tu. Kuih lapis yang betul-betul menjadi, kita mesti boleh tarik lapisan tu satu satu masa nak makan. Nak sediakan adunan mudah saja, cuma effort masak tu lebih sikit sebab kita kena kukus selapis demi selapis. Tapi hasilnya berbaloilah berdiri lama kat depan steamer tu. Resepi ni juga sesuai digunakan untuk berniaga. Loyang: 7x7 inci atau 8x8 inci **Setiap lapis Che Nom sukat agak-agak 3/4 cawan