Gemini jets
Thanks for watching my first video! I hope to make more but I'm still in animation college so we'll see :')▶ my patreon: https://www.patreon.com/illymationMU...
Following on from my recent thread about my CO collection ( http://www.diecastaircraftforum.com/...ollection.html ) I thought I'd show some photos of
This September we flew with Frontier Airlines for the first time. A direct flight from Columbus to Denver, including luggage, for $244! How can you beat that? But then I started reading the reviews, and
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN dan JUANI MUNIR ABU BAKAR BAPA Allahyarham Nur Shazana, Mohd. Salleh Shamsuddin sebak ketika menyiram air mawar ke pusara anaknya sambil diperhatikan oleh isteri, Sharom Ibrahim (kanan) di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/NOOR AZLINA JAAFAR PUTRAJAYA 22 Ogos - Menerima jasad anak dalam keadaan sempurna merupakan satu kelegaan buat ibu bapa salah seorang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh. Menurut ibu kepada pramugari itu, Sharom Ibrahim (gambar), 57, walaupun hanya melihat jasad arwah melalui gambar sahaja, namun ia sudah cukup untuk memberikan kelegaan kepada keluarganya. Dia berkata, penantian lebih sebulan untuk mengetahui keadaan jenazah anak sulungnya itu akhirnya terjawab. "Hanya suami saya sahaja melihat jenazah anak, dia ada ambil gambar dan menunjukkan kepada saya, tetapi itu sudah cukup sebenarnya. "Keadaan mayat arwah semuanya elok cuma pada giginya sahaja (mungkin patah), tiada apa-apa yang dapat saya katakan lagi. Semua telah berakhir," katanya dengan nada sebak. Sharom ditemui pemberita selepas majlis pengebumian jenazah Allahyarham Nur Shazana di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 di sini hari ini. Turut dikebumikan di tanah perkuburan yang sama ialah jenazah kru teknikal pesawat MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi. Kedua-dua jenazah itu tiba di sini pada pukul 1 petang dan kemudian dikebumikan sebelum Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Hazarudin Baharudin membaca talkin dan tahlil. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat. Turut hadir, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri. Sementara itu, bapa Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya. Dia yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui menyifatkan anaknya itu merupakan seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Sementara itu bapa kepada Allahyarham Ahmad Hakimi berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan MAS kerana membantu dalam penghantaran dan pengurusan jenazah anaknya sehingga dikebumikan. Dr. Hanapi Mohd. Noor, 67, memberitahu, dia dan isteri Allahyarham, Sharifah Asma'a Syed Alwi Al Juneid, 29, berasa lega kerana jenazah selamat dikebumikan pada pukul 3 petang ini. Allahyarham Ahmad Hakimi, 29, merupakan anak kedua daripada empat beradik meninggalkan Sharifah Asma'a dan seorang anak lelaki berusia lapan bulan, Abderrahman. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_21/Mayat-arwah-semuanya-elok#ixzz3BN9aF2SR © Utusan Melayu (M) Bhd
J Balvin - MA' G
Penyebab Japan Airlines bertabrakan dan terbakar di landasan pacu Bandara Haneda Tokyo pada Selasa (2/1/2024), akhirnya terungkap. Kementerian Transportasi J...
Frontier Airlines in Chicago at T5.
Download 3d Airbus A319neo American model available in c4d, lwo, ma, dwg, dxf, obj, max, 3ds format.
Muhyiddin Yassin (tengah) bersama pemimpin dan pegawai kanan kerajaan negeri Johor mengadakan tahlil sebelum menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah untuk mangsa tragedi MH17, Mohd. Ali Md. Salim di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, semalam. - BERNAMA PAGOH 22 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menjangkakan dapat membawa pulang kumpulan kedua jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 pada Ahad ini. Bagaimanapun, menurut Timbalan Perdana Menteri, jumlah jenazah yang akan dibawa pulang masih belum diketahui dan ketika ini proses mengenal pasti mangsa sedang dilakukan di Amsterdam, Belanda. "Semua waris akan kita beritahu dalam masa terdekat. Setakat ini nama penuh belum dapat disahkan lagi. "Bagi yang lain (penumpang MH17 yang belum dikenal pasti), pihak berkuasa di Belanda sedang berusaha melakukan ujian untuk mengenal pasti jenazah seterusnya," katanya ditemui selepas upacara pengebumian jenazah salah seorang mangsa MH17, Mohd. Ali Md. Salim di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, di sini hari ini. Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Saharudin Md. Salleh dan ADUN Bukit Serampang, Ismail Mohamed. Mohd. Ali yang merupakan antara 20 jenazah kumpulan pertama mangsa nahas itu yang dibawa pulang hari ini. Mangsa merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda. Muhyiddin berkata, walaupun ketibaan kumpulan kedua jenazah pada Ahad ini bukan lagi Hari Perkabungan Negara, kesedihan dan kedukacitaan atas tragedi itu akan terus dikongsi sehingga semuanya selesai. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan telah berjanji akan melakukan yang terbaik bagi mendapatkan baki jenazah yang masih belum dikenal pasti dan akan diurus sebaik mungkin sebelum dibawa balik ke Malaysia dan akan diberi sambutan dan penghormatan yang sama. Timbalan Perdana Menteri berkata, hari ini merupakan Hari Perkabungan Negara yang dirasai seluruh rakyat Malaysia dan semuanya bersatu padu dalam keaadaan sedih, hiba dan bertafakur bersama-sama. Terdahulu, jenazah Mohd. Ali tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh pada pukul 12.10 tengah hari yang disambut Mohamed Khaled, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim dan barisan pimpinan kerajaan negeri selain kira-kira 3,000 penduduk setempat. Jenazah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa di IKBN yang turut disertai Muhyiddin, Mohamed Khaled dan lebih 500 jemaah sebelum dibawa dan disembahyangkan sekali lagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Jayor, di sini. Menteri Besar turut menyerahkan sumbangan RM10,000 daripada kerajaan negeri kepada bapa mangsa, Md. Salim Sarmo, 65, di rumahnya dengan disaksikan Muhyiddin selain turut menerima sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Jenazah Mohd. Ali kemudian disemadikan bersebelahan pusara datuk saudaranya, Jawat Suradi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, kira-kira lima kilometer dari rumahnya dengan dihadiri lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_04/Kumpulan-kedua-jenazah-MH17-tiba-esok---TPM#ixzz3BMeTXdEC © Utusan Melayu (M) Bhd
EGLL
I’m excited to announce that my cover story for United Airlines Hemispheres magazine has been published. I spent six weeks writing and photographing my home island of Guam to appear in the glossy magazine with a circulation of 14 million.
I've flown with Delta more than a dozen times last year alone. Read my Delta Airlines review before you book your next trip.