Oleh ROKIAH ABDULLAH [email protected] MAH Siew Keong (duduk, tengah) bersama ahli-ahli parti Gerakan dan parti komponen Barisan Nasional dalam Majlis Pelancaran Manifesto Calon Barisan Nasional bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Teluk Intan di Pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia Bahagian Teluk Intan, Perak, semalam. TELUK INTAN 26 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong hari ini melancarkan manifestonya yang antara lain berjanji untuk membina sebuah universiti di bandar itu dan berusaha menjadikan ikon kawasan berkenaan, Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Presiden Gerakan tersebut juga berjanji untuk menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan, peluang pekerjaan untuk golongan muda serta mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usaha mentransformasikan bandar tersebut. Selain itu, beliau berikrar untuk menjadikan bandar ini sebagai pusat makanan di Hilir Perak, membangunkan projek pembangunan bersepadu tepi sungai dan membina kompleks sukan bersepadu untuk golongan belia. Siew Keong menjelaskan, janji dan ikrar yang digariskan itu adalah keperluan penduduk berdasarkan pengalaman yang dilaluinya selama 20 tahun memberi khidmat kepada mereka. "Sepanjang enam tahun lepas, Teluk Intan telah banyak ketinggalan terutama dalam pembangunan infrastruktur berikutan kegagalan Ahli Parlimen DAP yang dipilih menjalan tanggungjawabnya dan kita akui ada 'jiran' kita yang telah jauh mendahului. "Melalui tiga teras utama iaitu pembangunan ekonomi, pelancongan dan komuniti, saya bertekad untuk menyambung kembali rancangan yang telah dirangka untuk membangunkan Teluk Intan, yang dulu terpaksa saya ketepikan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun 2008," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran manisfestonya di Pejabat Gerakan Teluk Intan di sini hari ini. Dalam majlis itu, Siew Keong juga berikrar, jika dipilih menjadi Ahli Parlimen di sini, beliau akan terus berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkan Teluk Intan selain memastikan potensi yang ada di kawasan ini direalisasikan sepenuhnya. Jelas Siew Keong, beliau yakin mampu melaksanakan segala akujanji yang terkandung dalam manifestonya itu antara 70 dan 80 peratus. "Apa yang saya ikrarkan bukan direka-reka kerana semuanya saya rangka setelah membuat semakan dengan pihak-pihak terlibat mengenai bantuan yang boleh mereka salurkan untuk penduduk di kawasan sini. "Ada peluang untuk dapat, baru saya berani suarakan. Saya tidak berani buat janji sedangkan realitinya ia tidak akan dapat dilakukan seperti yang selalu dibuat pembangkang," katanya. Tambah Siew Keong, melalui pengalamannya sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Ahli Parlimen Teluk Intan dari tahun 1999 hingga 2008, beliau yakin mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk Teluk Intan. "Saya memohon agar diberikan peluang untuk berkhidmat di kawasan ini sekali lagi. Saya berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan Teluk Intan lebih maju dan membangun pada masa depan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140527/po_02/BN-janji-transformasi-Teluk-Intan#ixzz32yX0ptQB © Utusan Melayu (M) Bhd
© Eric Lafforgue www.ericlafforgue.com
Intan Intan · Original audio
Play astika intan ruwena and discover followers on SoundCloud | Stream tracks, albums, playlists on desktop and mobile.
Tampak blakang bahan licin
Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR [email protected] Muhyiddin Yassin bersama Mah Siew Keong (empat dari kiri) tiba di pusat penamaan calon di Teluk Intan, semalam. Turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA TELUK INTAN 19 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang bertanding atas tiket DAP. Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad selepas proses penamaan calon diadakan di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, dekat sini. Siew Keong yang juga Presiden Gerakan akan bertanding menentang Dyana Sofya, seorang peguam yang menyertai DAP pada Disember 2011. Siew Keong yang diiringi kira-kira 50 penyokongnya tiba di pusat penamaan calon untuk menghantar borang pencalonan pada pukul 9.03 pagi diikuti Dyana Sofya, dua minit kemudian. Pencalonan Siew Keong dicadang oleh Bendahari MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin. Sementara itu, Dyana Sofya yang berbaju kurung tiba bersama-sama ibunya, Yammy Samat dan bapanya, Mohd. Daud Ismail, dicalonkan oleh ahli bahagian DAP Teluk Intan, Chang Kok Lim serta disokong ahli parti, Pooi Weng Keong. PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 58, daripada DAP, pada 1 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi luar negara layak mengundi pada PRK kali ini dengan pengundian awal pada 27 Mei sementara hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei ini. Sementara itu, Siew Keong berkata, beliau menerima kepercayaan BN untuk bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain menerima banyak desakan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan biarpun terdapat cadangan untuk meletakkan muka baharu, juga daripada Gerakan. Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Oleh itu, saya telah buat keputusan untuk bertanding walaupun pada mulanya hasrat saya hendak meletakkan orang baharu. Bukan senang untuk bertanding di sini, namun saya harap perjalanan pilihan raya kali ini dapat berjalan dengan licin dan bersih," katanya. Dyana Sofya ketika ditemui pula berkata, beliau amat berterima kasih dengan kepercayaan yang diberikan oleh warga DAP dan berjanji akan meneruskan legasi perjuangan mendiang Leong Peng di Teluk Intan. Beliau mengakui, melawan seorang yang berpengalaman dan sangat dihormati seperti Siew Keong bukan mudah, justeru, perkara itu merupakan satu cabaran yang perlu diharunginya dalam PRK Parlimen Teluk Intan kali ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140520/po_01/Satu-lawan-satu-di-Teluk-Intan#ixzz32DDAY67k © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh Zulkifli Jalil Mah Siew Keong (kanan) bersalam dengan Dyana Sofya Mohd. Daud sambil diperhatikan oleh Lim Kit Siang di Pasar Pagi Pasir Bedamar dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak, semalam. - UTUSANZulkarnain Mohd. Saidin KEMPEN pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan kini semakin rancak dan baru dua hari berjalan, sudahpun memasuki sisi gelap. Semalam, tersebar nama-nama seperti Hairan binti Ajaib, Ko*** bin Abu Seman, UMNO bin Tinggal, Betik bin Kobis dan Taliberguna Berkebolehan Kawad. Ia nama yang tertera dalam kad pengenalan yang dilayangkan oleh pihak tertentu dalam blog-blog dan WhatsApp. Ini disertakan dengan dakwaan mereka itu bakal pengundi-pengundi hantu di Teluk Intan Perak pada 31 Mei ini. Namun tidak tertera pula nombor kad pengenalan mereka. Barangkali kerana nama yang begitu ganjil, pihak terbabit ragu-ragu. Lantas terus menyebar dakyah mereka ini akan didatangkan ke Teluk Intan bagi membantu kemenangan parti yang disukai. Penulis sempat bertanyakan hal ini kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof semalam. Beliau tidak pula hairan dengan senarai nama terbabit. Identiti mereka itu mungkin benar, kata Abdul Aziz. Bagi SPR sendiri, nama-nama seperti Jamban, Kelambu, Arnab, Rimau dan Semut biasa diterima untuk disenaraikan dalam Daftar Pemilih Induk. Kebanyakan nama ganjil ini daripada Sabah dan Sarawak. Mereka termasuk Hairan Binti Ajaib tadi, kata Abdul Aziz, mungkin telah lama bekerja di Teluk Intan dan menjadi pengundi di situ tetapi mengekalkan alamat Kampung Tongkollah, Semporna seperti tertera dalam kad pengenalan. Ia sah di sisi undang-undang untuknya mengundi. Suatu ketika di masa lalu, seorang Orang Asli membuat laporan kelahiran anaknya yang mahu dinamakan Masian. Tapi malangnya apabila diambil laporan oleh seorang polis Benggali, nama anaknya ditulis dalam kad pengenalan sebagai Machine Gun. Sebab itu, nombor-nombor kad pengenalan lima nama ganjil tadi perlu dihantar segera ke SPR untuk disemak kesahihannya. Walau apa pun bentuk kempen pilihan raya kecil di Teluk Intan ini, suatu yang perlu diakui, momentum atau trend pengundi atau pengundiannya memang unik. Suatu ketika, Barisan Nasional (BN) pernah menang di situ dengan majoriti 7,000 undi (sama jumlah undi yang dimenangi DAP tahun lalu). BN juga pernah kalah di Teluk Intan dengan cuma 1,000 undi. Kata orang Sabak Bernam yang berjiran dengan Teluk Intan, kerusi Parlimen itu sungguh kelakar. Pengundinya boleh swing bila-bila masa sahaja. Dan apabila DAP mengambil keputusan meletakkan Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calonnya, dalam kepala mereka tentunya begitu angkuh - bahawa meskipun Dyana Sofya bukan Cina - pengundi Cina pasti akan tetap 100 peratus mengundi parti itu. Dan Dyana Sofya itu nanti diharapkan berupaya memancing pengundi Melayu. Namun, berdasarkan maklum balas yang hinggap di telinga penulis, kemungkinan besar trend pengundi Cina di Teluk Intan kali ini akan berubah. Pengundi Cina termasuk pemimpin DAP tempatan dikatakan ramai yang kecil hati apabila DAP Pusat mencalonkan Dyana Sofya. Macam tidak ada calon tempatan. Dengan kedudukan sebagai Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tiba-tiba sahaja menjadi calon payung terjun di Teluk Intan. Ramai lagi calon-calon berkaliber dari DAP yang boleh diketengahkan, kata mereka. Malahan, Dyana Sofya sendiri tidak ketahuan sama ada dia pengundi berdaftar di kerusi Teluk Intan, bahkan tidak mahir akan selok-belok Teluk Intan kerana asalnya dari Ipoh dan banyak menghabiskan kehidupan di Lembah Klang. Di sebalik itu, calon BN, Datuk Mah Siew Keong merupakan anak tempatan. Pernah menjadi wakil rakyat di situ dan Timbalan Menteri. Perjumpaan dengan masyarakat Cina tempatan serta kenduri-kendara perkahwinan dan kematian melibatkan orang Melayu tidak lekang dengan kelibatnya. Ketika ini penentuan kemenangan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam kedudukan 50:50. BN sendiri berpeluang andai kata jentera pilihan rayanya tidak leka atau lebih tepat lagi usah anda sesekali tidur. Carilah - kalau benar-benar wujud - nama Hairan binti Ajaib, Ko*** bin Abu Seman, UMNO bin Tinggal, Betik bin Kobis dan Taliberguna Berkebolehan Kawad. Pastikan apabila mereka melangkah masuk ke saluran mengundi, Siew Keonglah pilihan hati. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140521/re_06/Hairan-Bin-Ajaib-Betik-bin-Kobis-semarakkan-kempen#ixzz32JRuNPx9 © Utusan Melayu (M) Bhd
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) - 14 Februari 2019
Oleh ZAAIN ZIN [email protected] Mohd.Amar,Dyana Sofya KOTA BHARU 4 Jun - Kerajaan Pas Kelantan menyelar DAP kerana mengaitkan isu pelaksanaan hudud di negeri ini sebagai penyebab kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu menuding jari kepada Pas dan hudud, sebaliknya mengakui kelemahan sendiri kerana calon yang dikemukakan iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bukan pilihan terbaik. Katanya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina sehingga menyebabkan mereka melakukan protes dengan cara tidak mengundi DAP. Pada pandangan saya tidak ada sangkut paut dengan hudud, sebab kalau betul boleh menjejaskan sokongan macam mana DAP boleh menang di Bukit Gelugor. Jika Teluk Intan terjejas, Bukit Gelugor patut terjejas sama. Saya melihat punca kekalahan adalah undi protes daripada pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan oleh DAP. Mereka mahu orang Cina, tiba-tiba letak calon Melayu. Sudahlah muda, bukan berasal dari situ pula," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Center di sini hari ini. Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya. Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular. Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan meminta DAP mencermin diri dan tidak terus menerus menyalahkan pihak lain terutama Pas atas kegagalan parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan. Kita pun kalau kalah, tidak salahkan siapa-siapa, kita salahkan UMNO sahaja," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140605/po_01/Pas-minta-DAP-cermin-diri#ixzz33kSdMeqN © Utusan Melayu (M) Bhd
Takocan Takoyaki is a takeaway restaurant located in Malang, Indonesia. I got the opportunity designing the logo, characters, illustrations, and the packaging.
Malaysian Chinese girl with flowing brown hair and expressive eyes taking a selfie.